Pengalaman Pregnant Baby Kembar ! - Fatihah Fazlin

Selasa, 22 April 2025

Pengalaman Pregnant Baby Kembar !

 Pengalaman Pregnant Baby Kembar !




Assalamualaikum uolls yang sudi jengah ke sini.


Yeayy alhamdulillah. Allah rezekikan lagi untuk kami pregnant kali ni walaupun kami tak rancang untuk ada new addition lagi dalam family. Dan benarlah, Allah sebaik baik perancang. Ko rancanglah macam mana pun,kalau Allah berkehendak, Dia akan bagi and vise versa. 


Dan  nik doakan semoga yang sedang TTC sekarang ni, Allah bukakan jalan rezeki untuk korang. Semoga Allah hadirkan korang anak-anak yang soleh dan terbaik untuk korang. Amin.


Okey. berbalik kepada cerita nik, sebelum ni nik rasa dah cukup kot dua orang baby girl kat rumah ni. sebab walaupun girl, lasaknya kemain. Panjat tangga papa dorang buat kerja itu biasa. Naik sofa dan terjun kuak lentang itu juga biasa. Berenang dalam lopak air depan rumah time hujan lagilah selalu. Basuh seluruh dapur sebab nak sembunyikan kotoran dorang buat pun pernah.  Jadi, nik putuskan supaya biar mereka berdua je. hahhaa.  Tak larat ye kawan-kawan sekalian.


Mungkin Allah nak bagi rezeki lebih lagi la kot kan. Allhamdulillah tahun 2025 nanti akan bertambah anak-anak ibu. Daripada 2 terus jadi 4! Excited sangat-sangat! Paling tak boleh bayang macam mana keadaan rumah nanti dengan 4 orang anak. hahahha. Sebab nik dari awal kahwin dulu mmg plan nak anak paling ramai pun 3 sahaja. 


Meh nik share pengalaman nik daripada awal tahu pregnant, tahu pregnant twins, alahan, dan sebagainya. 


Bulan julai 2024 nik ada join satu program turun berat badan kat pejabat ni (kita berat wakkk). Setiap khamis memang ada macam macam aktiviti kecergasan. Panjit bukit, briswalk, briswalk kat tepi pantai, water resistence, dan macam -macam lagilah. Nik join je semua aktiviti tu dengan sepenuh hati sbb memang niat nak kurus! Jaga makan, mmg makan makanan dietlah. Tanpa nik tahu sebenarnya masa tu nik dah mengandung pun! 


Dipendekan cerita, pada 20 Ogos, nik tak larat sangat nak pergi kerja. Tak demam, tak sakit apa pun. Cuma penat dan tak larat. Nak bangun siapkan anak pun tak larat. Hari tu semua suami buat. Dan nik baring je. Dalam tengahari gitu, teringat ada pregnancy test lebih yang tak guna lagi. Dah terlintas kat fikiran masa tu.. ke aku ni ada baby lagi??? seram sejuk masa tu. Tapi gagahkan diri bangun dah cek. Memang tak sampai seminit naik double line terang benderang tak boleh nak tipuuuu! 


Masa naik double dalam 2 ke 3 hari jugaklah nik menangis hahaha. sebab memang sebelum-sebelum tu dah bincang dengan suami yang kita tak nak tambah anak lagi dah. Dan suami pun memang setuju. Cukup dua orang. 


So mentally, memang nik tak bersedia. Tapi suami kita pujuk kemain. rezeki Allah bagi adalah tu hikmahnya nanti. Lepas dah habis fasa menangis tu, happy dah.. sebab tak tahulah, seronok sebenarnya ada baby dalam perut ni. Dia punya perasaan cinta dan berbunga-bunga tu Allah je yang tahu mcm mana. 


Dah tahu pregnant, nik fikir macam malas nak buka buku pink awal-awal sebab penat nak menapak ke klinik setiap dua minggu. Tapi in the same time,nik beli vitamin dan asid folic kat farmasi. So makan jelah ubat tu. 

Lepas dari tu, terus alahan ye kawan-kawan sekalian. Makan apa-apa semua loya. Selera nak makan tu tinggi, boleh telan tapi selepas tu akan loya atau terus muntah. Paling pilu,minumatau makan manis-manis, confirm akan keluar balik. Both pregnancy sebelum ni tak pun. Lagi manis, lagi suka telan! Hari-hari sekarang makan makanan yang masam-masam untuk cover semula rasa loya nak muntah tu. 


20 Oktober tarikh nik buka buku pink.. heheheh. memang lambat dan memang kena tegurlah dengan nurse, dengan doc apa semua. tapi nik pekakkan telinga jelah sebab mmg salah kita kan.Masa ni dah 16week ++ dah. Korang kalau tahu pregnant, bukalah buku pink awal-awal ye. 


Masuk bilik doctor untuk terus scan hari tu sebab dah lewat sangat nurse cakap. Kat part ni paling lawak, paling mendebarkan. hahaha. Sampai sekarang tergelak sorang kalau ingat balik. nik recall balik conversation nik dengan doc kat blik scan tu.,,.


Doc: Besar dah baby awak baru nak buka buku pink ni.


Nik: Ye doc.(sambil sengih) berapa minggu dah tu doc?


Doc: Kat sini bagitahu dah 16w dah ni. Tenngok ni kepala, kaki, paha. Aktif dia kat dalam. 


Nik: Ooo. sihat kot dia. Amin..


Lepas doc tunjuk semua tu dia nak ukur ukuran apa semua secara detail, jadi nik dah tak tengok kat skrin dah. pandang siling jela. tiba-tiba....


Doc: Eh..eh..


sepantas kilat nik berpaling kat doc, sebab nada eh dia tu macam mencemaskan..


Nik: kenapa doc? Baby ada masalah ke?


Doc: Ada suprise ni. awak tengok ni!


Nik tengok moniter csan tu.. kita tak pandai nak baca scan baby ni terus bagitahu


Nik: Doc bagitahu jelah saya jantina baby, saya tengok pun saya tak pandai nak tentukan tu boy ke girl, doc bagitahu jelah senang. 


Doc: BUKANNNNN.. BABY AWAK NI TWINS! CUBA TENGOK NI. NAMPAK ATAS SATU BAWAH SATU! 


Nik: Biar betul doc. Macam mana boleh ada dua manusia pulak! 


Doc: Eh dia tanya kita!!!


Doc tu gelak dengan kawan-kawan dia kat luar sekali gelak. Nik masih samar-samar nak percaya atau tak. Pakej gementar semua ada. Siap minta doc scan sekali lagi biar nampak dua-dua untuk puas hati. Boleh dia bergurau, kang saya scan lagi jumpa yang ketiga kang... ampunnnn!!


Tapi doc tu baik je, dia layan je kita minta nak scan lagi. Dan tak boleh nak in denial sangatlah sebab memang terang nampak dua ketul baby dok kemain bergelek kat dalam perut. Dua heartbeat. Turun dari katil, sambung kat meja doc pulak, mcm-macam dia bebel kita, buka buku lewatlah, dah twin pregnancy ni tinggi risiko.. Kita hadam jelah ek walau masa tu masih tak boleh nak percaya "aku pregnant twinsssssss"


Keluar bilik doktor terus call suami dan bagitahu dia dalam keadaan nik sendiri terketar dan terkejut lagi! air mata menitis masa ni sebab memikirkan kemampuan nik dari segi kesihatan mental sendiri. mampukah aku nak berpantang dan jaga dua baby serentak nanti?? mampukah aku nak jaga amanah Allah ni sebaik-baiknya?? Memang macam-macam dalam kepala masa tu. Bercakap sejap dengan suami masa tu pun dalam sedu sedan dah.. hahhaha. Kita tisu wakk. sikit sikit nak nangis. 


Jadi gitulah kisah nik masa mula-mula tahu pregnantkan baby kembar ni. Nik plan nak update week by week kat sini. tapi tengoklah dulu macam mana sebab daku tak berapa nak rajin. Yang ni pun berapa hari taip baru nak siap dan mungkin akan publish bila baby dah lahir nanti kot. hari last nik tulis kat sini masa baby dah 20 weeks. 


















1 ulasan:

  1. Masya-Allah. Alhamdulillah. Tahniah ya. Moga sihat selalu ibu dan anak-anaknya.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard