Fatihah Fazlin: Tempat Menarik Kelantan
Memaparkan catatan dengan label Tempat Menarik Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempat Menarik Kelantan. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2022

Mandi-manda di Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan.

 Assalamualaikum.


Terimalahhh...

Mandi-manda di Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan.


Lamanya post ni dok dalam draf. Takde mood langsung nak mengarang sejak-sejak pregnant ni. Padahal masa terluang banyak je. 


Plan asal nik nak bawak anis naik kereta api kat Tanah Merah, nak ke Dabong. Yelahkan, kan sekarang tengah orang berpusu-pusu ke Dabong naik train, kita orang pun taknaklah ketinggalan. hahha. Tapi sebaik baik perancang tu Allah jua, tiket kereta api sold out pulak hari tu. Kecewa dak Anis tak dapat naik train.


Dah satu hal pulak kena google tempat lain yang menarik, yang dekat-dekat di kawasan Tanah Merah. Walaupun orang situ-situ je, nik tak tahu ye mana-mana tempat happening kat Kelantan ni. Tak pernah explore negeri sendiri. 


Dah google, jumpalah review Lata Bijih Campsite & Recreation ni. Apalagi, terus kitaorang ke sana.  Nik tak ambik banyak gambar sebenarnya. Gambar-gambar Anis ni pun mak and pak sedara dia yang tangkapkan. Kalau tak, takdelah kenangan. Kat sini memang sesuai kalau korang nak bawak budak. Kolam dia tak dalam pun, memang khas untuk budak-budak seumur anis. Tempat pun boleh tahan bersih terjaga. At least, masa nik pergi. huhuhu.


Makanan lebih baik bawak sendiri dari rumah. Ada gerai jualan, tapi macam biasalah tempat gini, mahal sikit dari biasa. Korang potluck bawak banyak-banyak, anak boleh makan sepuasnya! Nak masuk kolam pun kena bayar, kalau tak silap nik RM3 je per person. Kalau setakat dok tepi tepi tu tak perlu bayar pun.Lepastu, dia ada sediakan wakaf untuk kita sewa. Nik lupa harga berapa untuk 1 wakaf tu. Tapi tak mahallah. Sementara anak dok mandi, kita lepak kat wakaf sambil makan. hahaha. 


Korang nak camping pon boleh tau. Ada ruang lapang yang disediakan. Tapi sama jugak, perlu sewalah tapaknya.



Mulut dah biru pun tak nak naik ye budak ni. Rela kesejukan.Suka sangat main air.


Seronok ada abang tolong melayan dia.

Ibu, nak makan tuuuu....

Kat belakang tu, parking pun luas. Sungai pun seronok kalau nak bawak budak, sebab air dia cetek je. 


Excited tengok air memancut gitu.




Saya tak naik selagi tak puas main. Ibu panggil pun buat tak tahu je.

Sesiapa datang Tanah Merah tu, kalau rasa tak tahu nak bawak anak pergi mana, try lah ke sini. Anak-anak mesti seronok tak nak balik hahaha. Korang boleh waze atau cari kat google maps location Lata Bijih Campsite & Recreation Tanah Merah, Kelantan. Dia memang akan terus bawak korang ke sini. 







Jumaat, 10 Disember 2021

Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Putih | Tempat Viral di Kelantan

Assalamualaikum.


 Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Putih | Tempat  MenarikViral di Kelantan



Balik kampung hari tu, sempatlah nik singgah sekejap di Jeram Mengaji ni. Plan asal nak ke Kuala Krai dulu tapi suami malas pulak nak drive jauh, sebab lepastu nak ke Terengganu. Alang-alang nak bawak anis berjalan sekalilah. Lama duduk rumah PKP kan.. Kang anak tak kenal lembu, itik, ayam! 

Lama dah sebenarnaya nak ke Jeram Mengaji ni. Orang duk viral kata tempatnya cantik macam Kundasang kan? Nik pernah ke Kundasang masa kerja kat Sabah dulu, so why not kita tengok sendiri, sama ke tak. 

Dan.. memang terbukti pemandangannya agak sama. Walaupun takde Gunung Kinabalu sebagai view di perjalanan, tapi bila sampai betul-betul di kawasan tu ada bukit disekeliling. Dengan kabusnya lagi. Boleh dapat feelling Kundasang tu. hahaha. 

Cuma sayangnya, nik pergi hari Jumaat. Lembu hitam putih yang nak bagi Anis tengok seekor pun tak jumpa. Mungkin lembu masuk kandang atau nik salah waktu. Tapi masa pergi tu, manusia Ya Allah punya ramai ye. Tak terkira. Masa tu baru dua minggu gov bagi rentas negeri kan. Maka berpusu-pusulah kot rakyat jelata asal kelantan balik. Parking pun penuh kiri kanan. 


Bertiga jer. Gamble suruh akak tak kenal ambilkan gambar kitaorang.

Anis dengan papa. Dia baru bangun tido masa sampai sini, tu muka masam macam limau bali tu.

Anok papa kan.Ibu tinggal sorang.

Ibu jong ambik gambar jah. Anis taknak pakai mask, selalu elok je. Awas ye korang, tempat ramai macam ni kena jugak pujuk anak pakai mask. Bahaya covid di mana-mana. Anis ni, nik sehabis elak berselisih dekat-dekat dengan orang lain. Dia mengamuk tak nak pakai mask. 


Ajak bergambar tak nak. Baju anis pakai nenek pilihkan.

Bincang apa tah.

View berkabus. Masyaallah cantik. Kebetulan mai lepas hujan. 

Kuda je ada. Lembu takde.





Anis memang suka binatang.


Ada keto sodok. Kita naiklah.




Selfielah sikit.

Ok ok. Anis masuk sekali.  Disebalik mask ni, anis ikut muka sapo bena?


Last but not least. Nik suruh papa anis ambik gambar, nak background botol susu corak lembu tu, tapi nampak separuh jah. hmmm.  Tayar jah full. 

Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Putih | Tempat Viral di Kelantan


Dari segi prasarana, mungkin ada yang boleh ditambahbaik. Bermula dari simpang nak masuk ke Agro Resort Jeram Mengaji, jalannya berlubang teruk(mungkin sebab hujan) dan agak sempit. Pengunjung ramai keluar masuk, nak berselisih kereta tu menakutkan. 

Tandas ada disediakan. Kedai-kedai pun banyak jugak dibuka. Senang nak membeli makanan yang mana ada anak kecik. Susu lembu of course ada!  Aktiviti menunggang kuda, sewa ATV dan jungle flight pun ada disediakan. Korang berminat nak cuba bolehlah. Harga nik tak pasti, sebab tak tengok pun.  

Untuk aktiviti mandi-manda korang boleh terus ke Jeram Mengaji. Nak berkelah pun boleh. Nik tak masuk ke kawasan ni sebab sampai sana pun dah lewat. Lepas jalan-jalan keliling, ambik gambar sikit,  terus balik. 

Nik rasa kalau kerajaan Kelantan bagi fokus untuk pembangunan Jeram Mengaji Agro Resort ni, mesti akan lebih gempak sebab tempat ni boleh jadi tempat tumpuan pelancong luar jugak.



FATIHAH FAZLIN@templatesyard