Fatihah Fazlin

Selasa, 31 Disember 2013

Hukum Sambutan Tahun baru




Assalamualaikum...
Hari  ni nak share sikit pasal sambutan tahun baru.
Dalil yg berkaitan dengan hukum sambutan tahun baru adalah sebagai berikut :
Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :
Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.
Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].
Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.
Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].
Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.
Tetapi ada pendapat yang mengatakan hukum menyambut tahun baru itu HARUS secara bersyarat.
Mengikut pandangan Ustaz Zaharuddin:
 
Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
..renung2kan sahabat sekalian. Berlandaskan syariatkah cara kita ?
Kalau bukan.. ubahlah.

Isnin, 30 Disember 2013

Popia Pisang Coklat

Assalamulaikum semua...
Hari ni terdetik pula nak share resepi popia pisang dengan coklat. Resepi ni bukan resepi nick tau...dari orang lain jugak. Memang sedap! Senang pulak tu nak buat.


Bahan-bahan dia cuma pisang, kulit popia, telur kuning, dan coklat masakan. :-)


 kat bawah ni ha lebih kurang rupa & bentuk popia pisang coklat!

Pisang tu, kita buang kulit dia. Boleh pilih la nak guna pisang apa.. nik beli kat giant je.tak kenal jenis pisang..hehehe..Pisang ni bloeh la potong ikut saiz yang anda suka. :-)

Bungkus pisang yang dah dipotong dengan kulit popia.
kreatifkan diri anda.

Nak bagi lekat, jadikan telur sebagai gam.

Terhasillah popia pisang ni bila anda cairkan coklat masakan di atas popia pisang yang telah digoreng..
selamat makan!


 
Steamboat di Kampung Nelayan



ASSALAMUALAIKUM..
Selamat pagi dears..♥♥

Dalam sedar tak sedar 2013 dah nak pergi tinggalkan kita .. 2014 nak tiba dah. Settlekan semua 'hutang' lama. Buka buku baru, dengan azam baru dan dengan semangat baru. Semoga 2014 kita lebih berkat, lebih 'sihat' dan bebas daripada 'penyelewengan' kehidupan! Fuhhhh... Ada gaya motivator ni^_^p

Tak nak cerita panjang, nick just nak share dengan uolls salah psebuah tempat makan yg super menarik kat area kota kinabaluni..nanti kalau ada yang datang holiday sini boleh la pergi makan sini. 

Okey. Tempat ni femes dengan stemboat..kampung nelayan. Restoren kampung nelayan. Mungkin ada yang pernah dengar kot sebab tempat ni memang dah dikenali ramai. tempat duduk kat sana pun kalau kena masa memang penuh la..
punya ramai orang.


Gambar atas. Kami sampai awal kat kampung nelayan tu. So, pergilah jalan2 dulu..round area situ. Acctually, track orang jogging ni rasanya sebab around 4-5pm kat sana ramai sangat org jog. ^_^


See the view! Cantik sangat
Penat berjalan berhenti la ambil gambar jap. Start drpd restoren tu kami jalan pusing jauuuhhh lbih 1km kot(x sure). Jalan pusing sampai jumpa restoren tu balik. Fuhhh...penat. dengan pakai kainnya. Dengan jalan berbukit lagi..



Ahah!! Tu steamboat kami. Yang penting sodap! Kenyang! Alhamdulillah... my friend book dlu sebelum datang. So satu kepala dalam rm35. Tapi boleh ambik seberapa banyak yg anda mahu..
Btw.. dari sebelah kiri..yg gak reti guna kayu 2 batang tu nick la. Wani. Judith. Cell. Bella. Azian. And tukang ambil gambar nordin.  semuanya my officemate. :) ♡♡ 



Oke..bagi sesiapa yamg teringain nak makan steamboat ni, kalau datang sabah restoren kampung nelayan ni memang direkomenkan oleh saya. Hahaha. Makan sampai buncit pon boleh. Tapi agak2 la kan. 


Sekian sahaja cerita nick kali ini..
walaupun awalnya malas nak menaip.tapi siap jua sebuah entery..
xoxo.
assalamualaikum semua. :)

FATIHAH FAZLIN@templatesyard