Fatihah Fazlin

Khamis, 3 Julai 2014

Kata-kata

  Untuk motivasi kita semua..
Nik suka baca kata-kata motivasi dan quotes yang macam ni, 
jadi nik kongsilak kat sini dengan pembaca..
Mungkin antara kita ada yang terinspirasi nanti.




p/s : Hidup kena sentiasa positif walaupun kita ada masalah, sebab masalah tu akan ada jalan penyelesaian. Allah juga tak akan duga hambaNya kalau dia tahu kita tak mampu menanggung.
Pantai Tanjung Aru: Piknik Kami
Assalamualaikum..

Sementara rasa nak update blog tu meluap-meluap, nik curi sedikit masa untuk menulis di blog kecintaan ni.. :p ketepikan line slow macam siput sedut, nik tunggu keloadingan yang tak habis-habis ni. Biasalah, kuota nak habis. . Huhuhu

dah berapa hari kita puasa baru nik sempat nak sambung taip entry yang tergendala ni uolls.. Ni nak berkisah pasal piknik kitaorang rakan sekerja yang happenning lagi meriah beberapa minggu lepas.! Serius, dorang rakan yang baik yang nik ada sekarang. Oke! Bagi uolls yang dimaksudkan, jangan perasan ye nik puji anda kat sini. Hihihihi. Tapi apepun, korang memang baik. I love to stay here because i have uolls. Mekasih uolls!!!!

Meh pembaca yang budiman, kita scroll gambar-gambar piknik tepi pantai kami untuk yang kedua kalinya. Rancangan asal nak buat bbq, nak bakar sendiri sotong, ketam, udang, ayam, ikan tu semua tapi memandangkan masa tak menyebelahi dan waktu tu ada yang ada hal sebelah paginya, ada yang syift pagi, so big boss decide untuk beli je ikan yang dah dibakar kat kedai. Beli semua yang dah siap. Ada yang bawak mee, bawak nasi, bawak air.  Yang simple-simpel je. Tapi yang penting objektif program tercapai. Nak buat 'bbq'sebelum puasa. Hehehhehe.

haa.. cantikan pantai Tanjung Aru ni... ^_^

Menunggu kawan-kawan lain yang belom datang. Punyalah boring. 
dekat sejam kami bertiga menyelpikan diri..



haaa...makan ramai-ramai macam ni memang meriah tau! 
orang kata mengeratkan hubungan.
Serius best!

Excited je semua nak masuk dalam kamera. Nasib baik ada monopod kan! 
--bella--judith--azian--kak ros aka mami khalish--joan-- carol--dan lain2 yang tak dapat hadir.


Sesi bonding si mami dengan anak teruna!

bila dah petang sikit, orang dah mula ramai. Cuaca pun elokkk je! :)

Buatlah banyak kali pun aktiviti macam ni uolls lakukan, tetap meriah. Kalau buat sekali macam nak buat lagi..

p/s: 22 hari lagi nik fly balik kampung halaman uolls. Rasa tak sabar sangat2! kalaulah masa boleh diputar. huhuhu.

Rabu, 2 Julai 2014

Ramadan Kareem
Alhamdulillah..

Sempat nik mencelah untuk menulis di sini setelah lama menyepi.. Salam ramadhan kepada semua yang mengenali nik, terutamanya yang membaca blog ni. Hari ni hari keempat kita berpuasa.. cepat je masa bergerak. Tidak terlewat untuk nik ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Dan syukur.. kita masih diberi peluang oleh Allah swt untuk bertemu Ramadhan 1435 H yang penuh berkat ini... 






 Bismillah...Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa adik beradik kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.



p/s: Semoga amal ibadah kita diterima Allah swt.


 

FATIHAH FAZLIN@templatesyard