Fatihah Fazlin

Khamis, 9 Oktober 2014

Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
ASSALAMUALAIKUM

Bukan Cinta Secondhand-karya Ezza Mysara

 

Review: Novel Bukan Cinta Secondhand|Mungkin kita pernah rasa tentang cinta yang takdirnya bukan untuk kita,...ceewahhh.. Entry review ni berbunga-bunga sikit, sebab review ni pasal novel yang berbunga-bunga. Layan jelah dulu sinopsis dia. ^_^


Sinopsis

​“Aku tak suka kau! Dah sepuluh kali aku ulang ayat yang sama. Apa kau tak faham bahasa ke? herdik Amril.

“Even if you tease me by saying this is foolish, I can’t turn this heart around… Yang pasti, aku akan tetap tunggu kau sukakan aku! Eh, bukan… aku akan buat kau sukakan aku!” tekad Naira.

Kemalangan hati paling dahsyat ialah bila kita terlanggar hati seseorang yang tak sukakan kita. Silap hari bulan, organ yang satu itu boleh masuk Unit Rawatan Rapi! Itulah yang terjadi dalam hidup Naira.

NAIRA ILYANI - Dia mengejar Amril setelah terpikat pada keperibadiannya. Bukan harta, ataupun rupa. Suara yang mengimamkan jemaah itu membulatkan tekad Naira untuk menjadikan Amril sebagai imamnya.

MUHAMMAD AMRIL - Cinta terhalang membuatkan jiwanya mati. Sayangnya pada Dewi Aleeya tidak pernah berbelah bagi. Namun kerana peristiwa itu, mereka terpisah sedangkan dalam hatinya hanya ada Dewi.
Demi merebut cinta, Naira sanggup lakukan kerja gila.

“Aku dah tak nampak jalan nak patah balik…. Aku nak tahu siapa Dewi. Aku nak jumpa dia. Aku nak kenal dia… aku nak ambil Amril dari dia.” NAIRA ILYANI.

Mengenali baiknya hati Dewi membuatkan hidupnya berubah. Malah, Naira sanggup menentang satu dunia untuk mempertahankan hubungan Amril dan Dewi. Namun, pemergian Dewi Aleeya secara tiba-tiba dan kehadiran Dewi Ilyani merubah segalanya.

Di saat Aril dan Naira masih mencari letak duduk hubungan mereka, Qiuzi hadir menghulur kasih kepada Naira. Dia lelaki biasa yang sempura. Namun, mampukah Qiuzi menggantikan cinta di hati Naira?

“Bila awak tolak saya, awak akan rasa lebih sakit sebab… awak pernah rasa apa yang saya bakal rasa itu. Sakit, kan? Dan saya pasti yang… awak tak mahu kongsi rasa sakit tu dengan sesiapa pun.” AHMAD QIUZI.

Benarkah harga cinta secondhand itu tidak setanding dengan nilai cinta pertama? Siapakah pemilik hati Naira yang sebenarnya?

Actually, novel Bukan Cinta Secondhand nik dah beli dan siap baca sebulan yang lalu. Tapi tak sempat nak tulis kat sini awal-awal.. Konkluksinya, novel ni memang menarik. Jangan ceita penuh konflik dengan kehadiran watak sampingan yang agak kepoh dan meriah.

Jalan cerita yang tak berat dan gaya penulisan novelis ni pun santai. Nak tahu ending novel yang best ni, kenalah beli ye korang. :P 

 
Bicara Aku Seorang Makhluk.
Add caption

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf ayat 12


Dalam seharian banyak keluh kesah yang kita suarakan. Sebagai manusia, kita payah untuk lari daripada perkara ni. Tapi kita juga ada Pemilik. Dia maha mendengar apa yang hambaNya minta. Minta pada Dia. Kita hidup kerana lillahita'ala, Dia akan jaga kita.

Rabu, 8 Oktober 2014

Maafkan adik, adik yang tersilap
   ASSALAMUALAIKUM.
 
 Surah Rum ayat 21, Allah menjadikan kita hidup berkeluarga supaya kita berasa tenang. Begitulah fungsi adik-beradik dalam kehidupan – untuk memberi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Alkisah dua beradik: Maafkan adik, adik yang tersilap |Satu masa dahulu, ada dua beradik yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi antara satu sama lain.(foto hiasan)

Ia adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsi tanah, peralatan, pekerja dan hasil untuk sekian lama.

Kerjasama utuh antara dua adik beradik sebelum itu akhirnya berkecai. Ia bermula daripada satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar sehingga akhirnya pertukaran kata-kata melampau serta melukakan hati diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya.

Satu hari, ada seorang datang mengetuk pintu rumah si abang. Lalu abang membuka pintu dan melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan.

“Saya sedang mencari kerja untuk beberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh buat?”

“Ya,” jawab si abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar di kebun belah sana itu. Dia jiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik saya. Minggu lepas kami bergaduh besar, dan dia ambil bulldozer lalu mengorek dari sungai itu dan membina parit antara dua kebun kami. Adik saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci kepada saya. Saya nak buat yang lebih baik untuk balas dendam.”

“Lihat kayu balak di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi saya kelihatan buat selama-lamanya,” tambah si abang lagi.

Riduan mengangguk. “Saya faham situasi encik. Berikan saya paku, mesin untuk mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang encik mahu itu.”

Selepas itu, si abang itu terpaksa ke bandar selama seminggu untuk mencari pelanggan baru.

Setelah menyediakan semua bahan mentah untuk Riduan, si abang terus ke bandar.

Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap.

Si abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina.

Setibanya di kebun, si abang terkejut sehingga ternganga mulutnya melihat apa yang dibuat Riduan dan terus berasa marah dan menjadi bengis.

Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali.

Apabila terjumpa Riduan, si abang dengan marah mahu berkata, tetapi belum sempat dia berkata, si adik menyampuk “Apa awak buat." Rupa-rupanya adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap.

“Tak sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik. Adik yang tersilap. Adik sayang abang,” kata adik kepada abang.

Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi.

Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar.

“Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata si abang.

“Saya nak pergi, terdapat banyak lagi jambatan yang sedang menunggu saya untuk dibina,” kata Riduan.

“Mengapa saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?” tanya si abang yang masih tidak memahami niat Riduan.

“Apa gunanya kehebatan ilmu membina saya jika saya gunakannya untuk galakkan permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya marah kerana tersilap kata?

"Apa gunanya umur panjang kalau kita biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebencian tanpa cuba membantu mereka?” jawab Riduan.

"Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah beliau lagi.

Wahai anakku,

Aku ceritakan ini untuk engkau mengerti perbezaan orang yang positif dengan yang negatif. Jika kamu seorang yang positif, kamu akan selalu berfikir untuk menyelesaikan masalah.

Sebaliknya jika engkau seorang yang negatif, kamu akan selalu menimbulkan keburukan dan mencari masalah.

Wahai anakku,

Jika kamu seorang yang positif, kamu akan suka meringankan masalah sekiranya engkau seorang yang negatif, kamu suka merumitkan masalah. Jadilah seorang yang positif dengan mengecilkan masalah yang besar, daripada menjadi seorang yang negatif membesarkan masalah yang kecil.

Allah menjadikan kita hidup berkeluarga supaya kita berasa tenang. Begitulah fungsi adik-beradik dalam kehidupan – untuk memberi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Cerita ni, nik copy dari kawan nik yang sent kat wassap. Kepada penulis asal yang nik tak ketahui siapa, terima kasih kerana berkongsi sesuatu yang berpengajaran macam ni.  Kita pembaca, ambil segala pengajaran yang tersirat. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


FATIHAH FAZLIN@templatesyard