Fatihah Fazlin

Rabu, 7 Januari 2015

J.A.U.H

J.A.U.H



Banyak cara nak nyatakan perasaan.
Tapi kalau sebab jauh perasaan hilang
itu bermakna kalau belum layak
untuk memberi rasa pada perasaan lain.

Banyak cara nak beri sayang
Tapi kalau sebab jauh sayang kau hakis
itu bermakna kau belum layak 
untuk curah kasih sayang pada mereka.

Banyak cara untuk kau faham
Tapi kalau sebab jauh kau tak faham
itu bermakna kau belum layak
untuk meminta mereka memahami.

Banyak cara nak tunjuk peduli
Tapi kalau sebab jauh kau rasa tak perlu peduli
itu bermakna kau belum layak
untuk banyak SONGEH!!!!!

ada faham??



 

Jumaat, 2 Januari 2015

Cunning Single Lady
ASSALAMUALAIKUM

Sejak dua menjak ni, nik dah mula terjebak dengan drama korea. Tapi takdela sampai ketagih sangat. Tengok online time ada masa je. Drama terbaru yang nik sempat habiskan ialah Drama Cunning Single Lady. Cerita ni antara  cerita yang hot tau. Seronoklah tengok. Tak boring. Tambah-tambah lagi heronya Joo Sang Wook. hiihihi
 
 Details Drama Korea Cunning Single Lady:
Judul: 앙큼한 돌싱녀 / Ankkeumhan Dolshingnyeo
Judul Lain: Cunning Single Lady
Genre: Romance, comedy
Jumlah Episode: 16 episode



BARISAN PELAKON

 Joo Sang Wook sebagai Cha Jung Woo
Lee Min Jung sebagai Na Ae Ra
Kim Gyu Ri sebagai Kook Yeo Jin
Seo Kang Joon sebagai Kook Seung Hyun (Adik Yeo Jin)
Hwang Bo Ra sebagai Kang Min Young (roomate Ae Ra)
Lee Jeong Kil sebagai presiden Kook (ayah Yeo Jin)
Kim Eung Soo sebagai ayah Ae Ra


 Blurr pulak gambarnya.


. 
Heroin pulak cantik sangat..Lee Min Jung


Drama Korea terbaru 'Cunning Single Lady' mengisahkan Na Ae Ra (Lee Min Jung) yang harus membanting tulang untuk keselesan hidupnya selepas bercerai dengan suaminya yang agak nerd, Cha Jung Woo (Joo Sang Wook).

Mereka bernikah ketika muda. Kehidupan bahagia mereka terhalang bila Jung Woo meletak jawatannya di syarikat dia berkerja kerana mahu memulakan perniagaan sendiri semasa aniversary ke 100 hari perkahwinan mereka. 

Ae Ra marah dan tidak mampu bertahan kerana hutang mereka makin banyak. Malahan dia juga terpaksa bekerja keras. Akhirnya, dia meminta cerai. Tiga tahun selepas perceraian, Bang Soon kawan serumah Ae Ra memberitahu Ae Ra bahawa Jung Woo sudah menjadi bussinesman yang berjaya dalam dunia IT.. Malah, kehidupan Jung Woo pun sudah berubah 100%. Dia yang dulunya seakan budak nerd, berubah menjadi lelaki yang macho dan hensem.

Ae Ra pada mulanya cuba untuk menarik perhatian Jung Woo dengan bekerja di syarikatnya, tetapi tidak di layan. Akhirnya dia mengalah. Tetapi hati Jung Woo sudh mula terusik dengan kehadiran bekas isterinya. Dalam pada itu, ada yang menaruh hati pada Ae Ra dan berusaha untuk merebut Ae Ra.

Akhirnya... Ae Ra memilih... nak tahu ending macam mana silalah tonton Cunning Single Lady ye. hehehehe. -sumber-

Haa.. ada satu lagi drama korea yang best untuk korang, tajuk dia BIRTH OF A BEAUTY. Jangan lupa tengok tau. Kalau korang peminat drama korea, this is the most wanted drama la.. kehkehkeh.


yang benar,
peminat baru Joo Sang Wook. 
kekeke



I need a sandal !
ASSALAMUALAIKUM.

Serasanya, dah lama nik tak beli hadiah untuk diri sendiri. Ohhh! Dan yang paling mengerikan, 'hadiah' penting yang mejadi keperluan setiap wanita, nik belum beli lagi. Dan ianya sangatlah di perlukan! Semua yang ada sekarang ni macam tak elok dah nak pakai. So sad.

Yang satu, rosak sebab kena air( kan selalu balik/pergi kerja dalam hujan). 

Yang satu lagi dah rabak sebab selalu pakai dan ianya teramatlah selesa. Nik pakai sampai takde bunga dah tapaknya. :( 

Yang lain-lain(dua tiga pasang) pulak, ada tumit. alahai.. malas nak pakai yang bertumit bagai ni. Tak selesa dah sejak umur cecah 2 kat depan! 

Yang tinggal sekarang cuma kasut ye. Tupun mujur ada dan selesa dipakai setiap masa. Tapi yang mengerikan lagi, takkan i nak pakai kasut kartun warna kelabu dengan baju kurung pergi kerja??? ohhh.. tidak adil sangat. 

I NEED A SANDAL !

Dan... susahnya nak cari sandal yang betul-betul berkenan di hati. Pusing kedai dua tiga, tapi tak jumpa. Nak yang lebih kurang macam kat atas ni, sebab dalam gambar nampak comel. cantik. dan simple. Tapi yang ni kat Zalora. Nak beli kat Zalora guna voucher yang ada tak reti..... Vouche pun dah expired 31 Dis rituuuu.. humm.

Adakah, kena tunggu hari lebaran dulu baru akan ada kasut/sandal baru?



Yang benar,
Pencinta sandal 2015



 

FATIHAH FAZLIN@templatesyard