Fatihah Fazlin

Jumaat, 15 Mei 2015

Berkursus Seminggu di INTAN Sabah
Assalamualaikum.

Seminggu tak dapat nak update blog di sebabkan kekangan line telefon yang terlalu menyakitkan hati Kat tempat kursus ni. Urusetia kata, kat Intan Sabah memang wilayah celcom. Jadi bagi pengguna Digi, bertabahlah bila berkursus di sini ye. 








Hostel.  Macam resort pun ada. 

salah seorang penceramah. Dari Intan bukit kiara.

Wefie sebelum penceramah masuk...





Ada banyak aktiviti berkumpulan...


Alhamdulillah. Hari ni hari terakhir berkursus. Banyak benda la nik belajar. Tajuk kursus: KURSUS PEROLEHAN ASET ICT BIL 1. Kursus ni under Kewangan, sebab tu nik apply dulu. Katanya bos, kalau boleh pilih kursus yang ada kaitan dengan kerja kita. 

Seronok tau kursus kat Intan Sabah ni. Walaupun tempatnya agak jauh ke dalam sikit dan dikelilingi hutan tapi still not bad. Dari segi fasalities semua ada lengkap. Bilik pun ala2 hotel. Ada peti sejuk apa semua. Ada dobi free. Makan pun memang boleh bikin gemuk la. 

Nik tak tahu Intan kat tempat lain macam mana sebab ni first time nik berkursus kat intan. Tapi kalau kat sabah ni memang best. Rasa tam nak balik. Suasana damai..


Ps: gambar tak sempat nak susun lagi sebab update guna fon. 



Ahad, 10 Mei 2015

Sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?
Assalamualaikum.

Terdetik hati nak google pasal hukum sambutan hari ibu, sebab nak tahu asal usul sejarah sembutannya. Agak mengejutkan jugaklah. Meh baca info yang nik ambil dari http://www.e-fatwa.gov.my




ISU:

Mohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?




PENJELASAN:

Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.



Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.


Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.


Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24)


Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi).



Wallahu a'lam.


Sabtu, 9 Mei 2015

 AirAsia memperkenalkan T-shirts limited edition bagi mengumpul dana untuk MAKNA
Assalamualaikum


AirAsia memperkenalkan T-shirts limited edition bagi mengumpul dana untuk MAKNA | Sejak bernaung di bawah KBBA ni, macam macam pendedahan dah nik dapat.  Alhamdulillah. Ahli-ahli KBBA memang sporting dan tak lokek ilmu, begitu juga foundernya Ben Ashaari. Senang kata memang seronok la bersama KBBA ni..

Dengan KBBA juga nik dah terjoin satu komuniti lain iaitu Air Asia Blogger's Community (AABC) . Dan kali ni Air Asia sedang giat menjalankan kempen untuk mengumpul dana untuk di salurkan kepada  Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA).  


AirAsia telah menghasilkan t-shrit #AirAsiaMAKNA dengan rekaan terhad bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA), dengan harga RM30 sehelai.  T-shirt tersedia dalam saiz dewasa dan kanak-kanak bagi kedua lelaki dan perempuan.
Direka dan dihasilkan oleh AirAsia Allstars (staff AirAsia) sendiri, t-shirt ini memaparkan rekaan uniform ikonik kapten dan pramugari AirAsia yang membawa logo MAKNA dan slogan ‘A Meaning To Life’ di bahagian belakang t-shirt tersebut; mengutus mesej positif sebagai sebahagian dari kempen CSR ini.


ni haa.. t shirtnya. Smart kan? 

So, bagi sesiapa yang teringin dan berniat untuk turut sama menyumbang, korang boleh dapatkan T-shirt #AirAsiaMAKNA di beberapa lokasi di bawah:



Lokasi
Tarikh & Masa
Beach Market Bazaar
Taman Gelora
Kuantan, Pahang
8, 9, 10 Mei 2015
10am – 10pm
Graduan Aspire 2015 KL Convention Centre, Kuala Lumpur
9 & 10 Mei 2015
12pm - 6pm
Taylor's University Lakeside Campus 
Subang Jaya, Selangor
13 Mei 2015
10am - 4pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Penang
Gurney Paragon Shopping Mall,
Persiaran Gurney, Penang
16 - 17 Mei 2015
10am - 10pm
AirAsia Travel Fair 2015 @ Petaling Jaya
29 - 31 Mei 2015
10am - 10pm


AirAsia juga menganjurkan peraduan foto bersempena dengan kempen ini. Semua yang membeli t-shirt eksklusif ini berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke destinasi-destinasi terpilih AirAsia & AirAsia X, hanya perlu muat naik foto kreatif mereka memakai t-shirt ini di Twitter atau Instagram dan hashtag #AirAsiaMAKNA. Pemenang akan di umumkan oleh AirAsia pada penghujung durasi kempen ini pada hujung bulan Jun.

Bagi yang dekat dengan lokasi-lokasi kat atas ni, aa kata korang pergi beli baju tu, then ambil gambar cantik cantik post kat ig. Mana tau ada rezeki dapat tiket percuma kan... jangan lupa letak #AirAisaMakna tau !

untuk pelbagai maklumat lain, korang boleh baca lagi gi laman web air Asia sendiri ye - http://www.airasia.com/airasiamakna 

FATIHAH FAZLIN@templatesyard