Fatihah Fazlin

Ahad, 31 Mei 2015

Kekal Cergas Dengan Minyak Kelapa Dara D'aura
Assalamualaikum..


Kekal Cergas Dengan Minyak Kelapa Dara D'aura | Alhamdulillah, dah lebih seminggu dapat try makan suplement Minyak Kelapa Dara dari  D'aura . Dua tiga hari pertama tu tak rasa sangat apa-apa perubahan, cuma pagi pagi kerap masuk tandas. Dan benda ni nik rasa best sangat sebab nik ni sejenis manusia yang susah nak pergi tandas pagi-pagi.



Okey.. bagi yang tak tahu, Minyak Kelapa dara ni antara salah satu produk keluaran D’Aura Group Sdn Bhd yang mana kita tahu, minyak kelapa dara memang banyak kelebihannya dalam aspek kesihatan. 

 
Yang paling best minyak kelapa dara d'aura ni diperbuat daripada bahan semulajadi 100% dan diproses tanpa menggunakan pemanasan haba, menjadikan ia produk yang terbaik untuk kita semua. Seperti yang kita tahu, minyak kelapa dara adalah minyak yang paling sihat di dunia, tambah pulak minyak kelapa dara dari D'aurah ni dalam bentuk softgel so mudah la kita nak makan dan bawak ke mana-mana.



Kekal Cergas Dengan Minyak Kelapa Dara D'aura



 [Kelebihan Minyak Kelapa Dara D'Aura]

• 100% semulajadi tanpa sebarang campuran
• Lebih jernih berbanding prduk VCO jenama yang lain
• Kualiti buah kelapa yang terpilih dari aspek saiz dan isinya
• Menggunakan teknik “cold press” tanpa pemanasan haba
• Ratusan testimoni yang diperakui oleh pelanggan
✔Kecantikan luaran dan dalaman
 ✔Merawat kulit
✔Mencegah & Merawat Penyakit/ Kanser 
 ✔Menambahkan tenaga dalaman 
 ✔Mengimbangi berat badan✔Menguatkan sistem imun badan
✔Memaksimakan kecergasan badan-




                                        

                                          Facebook DAura HQ






Sabtu, 30 Mei 2015

Kundasang: Desa Dairy Farm
Assalamualaikum..


Kundasang: Desa Dairy Farm | Hihi.. meneruskan satu lagi entry kesinambungan sempena kedatangan adik kesayangan ke negeri di bawah bayu ni. Memandangkan plan untuk ke pulau di batalkan atas sebab sebab tertentu, nik buat keputusan untuk ke Kundasang terus. Mula-mula rasa macam nak bermalam kat sana, tapi tak jadi jugak. eheksss..


Walaupun dah dua kali nik menapak kat Kundasang ni, tapi masa pergi kali ni tetap juga guna waze.. Maafkan kami.. Takut silap jalan sebenarnya. Tapi seriously senang je jalan nak pergi Kundasang ni.  Dari KK, just straight je jalan. Kalau jenis manusia yang suka berjalan, senang je korang nak sampai kundasang ni.  


Masa pergi hari tu, nik bertolak jam 8.30am dari kota kinabalu ke Kundasang. Jarak perjalanan dalam 100km macam tu. Terlambat sikit sebab masa tu baru balik dari kerja malam. So  korang kalau nak ke Kundasang ni better pergi awal sikit la. Lebih lebih lagi kalau nak balik ke KK petangnya. Banyak masa sikit untuk jalan-jalan. Jangan jadi macam nik, pergi lewat dah tak sempat nak singgah banyak tempat tempat lain. Tambah pulak pergi hari jumaat, nak solat jumaat lagi kan..




Tempat pertama yang kitaorang terjah di sini adalah Desa Dairy Farm. Tempat wajib lah ni kan. Macam yang orang ramai dok kata la, kat sini memang sejuk. Eh actually tak sejuk sangat-sangat tapi boleh rasa la jugak. Tapi tak panas.  Dalam kereta lagi dapat  rasa suasana nyaman Kundasang. Seronoknya orang orang sini kan? Malam malam takyah nak berkipas aircond bagai.

Tiket nak masuk Desa Dairy Farm ni RM4 seorang kalau tak silap nik. Tiket korang boleh beli kat pintu masuk dia. Tapi tak menahannya jalan dalam kawasan ladang ni tak bertar. Kenapa eh? Kalau bertar lagi best kot sebab berlubang dan tak rata. eh.. ke memang tak perlu nak tar? entah.





Sampai saje kat Desa Dairy Farm, terus turun tarik nafas. Best ! Hahaha. Bau lembu la kalau dah namanya kat ladang lembu. Tapi suasana dia tu yang bestnya.Sejuk berangin. Gambar kenangan haruslah banyak ye korang. hahaha. Kalau tak nanti menyesal sebab tak mengabadikan Kenangan di kaki Gunung Kinabalu ni.

Oh kalau korang nak tahu(bagi yang tak tahu) Desa Dairy Farm Mesilau ni jugak ornag panggil New Zeland in Sabah. Tengok jelah rumput-rumput dia tu, memang macam kat NZ dah kan?




Pemandangan dia memang cantik. Lagi cantik kalau ada kamera best! huaaa.. nik ni cuma guna kamera handphone je. Gambar jadi suam-suam kuku. humm..  Tapi kat sini kalau hujung minggu ramai orang. Penuh parking katanya. Nasib baik nik pergi hari bekerja. Orang tak ramai, tapi itulah. Dalam tak ramai tetap tunggu turn nak bergambar kat atas batu besar kat bawah ni. Nak posing pun tak syok sebab ada orang lain duk menengok.






Ini kesayangan saya. Amat! Si bongsu. Manja. Dalam telefon gambar dia je yang banyak.. Semua tempat gambar dia mesti ada. Kalau tak bagi monopod, merajuk.. haihh..


This is the view beberapa km sebelum jumpa Desa Dairy Farm, Mesilau. Subhanallah cantikkan? 



Amat ! 

Ini jugak hero kesayangan ! Dua dua tak menyempat nak posing maut. 
Tukang gambar nilah yang penatnya.



Ya ampunn.. bulat macam tembikai cina muka bila pakai spek ni.. Yang gemuk bertambah gemuk !

Kat belakang tu tempat jual sourvenir susu segar dari ladang.. Freshh oii.. Kami masuk tengok-tengok kejap je. Tapi si amat ni nak beli keychain pulak.. TERBELILAH dia fridge magnet barang saketul. Pastu kitaorang belu susu segar sekotak kongsi 4 orang. hehehe. Jimat. HAHAHA. Kami minum kat luar. Ada kerusi meja payung khas untuk duduk minum-minum. yeay...

Amat teguk sekotak air susu tu ! eh.


Orang nak pose, dia pun nak menyibuk jugak. 


 Yuyien.


Kami tiga beradik ! 



Dalam jam 12 tengahari. Kabus dah mula banyak yang muncul. Dan yang sayangnya, kami tak sempat nak bagi lembu-lembu ni makan. Tak sempat nak tengok lembu ni secara dekat. Tak sempat nak tengok cara pemprosesan  nak dapatkan susu lembu. huaaaa.. sebabnya kami datang sebelah pagi. Selalunya benda ni semua akan dibuat pada sebalah petang dalam jam 3. Tapi takpelah kan, takdak rezeki.. 



Ini penulis kamu. Happy yaww.. Lepas ni kita cerita destinasi kedua di Kundasang pulak ye.. Baibai.


Desa Diary Farm, Mesilau
Mesilau Highland, Kundasang, Ranau, Sabah
Tel: (+6088) - 889 562


Jumaat, 29 Mei 2015

A walk To Remember ! Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu
Assalamualaikum..


Hi korang !

A walk To Remember ! Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu | Ahirnya tercapai jugak cita-cita nak update blog pasal kedatangan budak dua orang ni ke Sabah. Setelah ebih kurang plan 2 bulan sebelum. Mereka datang berdua dari Kelantan. Yehaaaa. Flight tiba di Kota kinabalu dalam jam 3.50 ptg macam tu..


ni haa budak dua orang tu.


Dek tak tahu nak bawak dorang berdua ni pergi mana, so kitaorang putuskan untuk ke tempat yang paling senang dan dekat iaitu Pantai Tanjung Aru. Huaaa..dah beberapa bulan tak tengok pantai ..Rindu nak dengar bunyi ombak! 


Sebelum apa-apa, ajak dorang makan dulu.. Kat Pantai Tanjung Aru satu ni memang banyak tempat makan, bawah satu bumbung. Nak makan apa boleh je. Tapi nik rasa kat sini yang paling famous kat sini kepak ayam la.  Kitaorg order nasi goreng dan ABC. Haaa.. ABC gedabak kat bawah ni. Sedap ! Yang ni Abc biasa rasanya RM4. Kalau nak yang special pun boleh, dia tambah buah dan aiskrim kalau tak silap. Tapi yang ni pun penat nak menghabiskan. hahahaa



yummmyy !

Usss.. 

Amat tu seronok benar main air. Dia nak mandi tapi leceh pulak nak salin baju nanti.  Main kat gigi air jelah. Masa kami mula mula sampai takde orang sangat. Tapi petang sikit tu dah peuh dengan manusia.  Kalau dah ramai, jadi macam tak best la pulak..







Sebelum sebelum ni pun, nik dah banyak kali datang sini. Tengok sunset. Tapi kali ni tak sempat tengok sunset yang bebetul cnatik sebab balik awal. Takutnya kawan tu tak sempat asar.. Nampak sunset yang tak berapa nak menjadi je haritu.. hahhaa. Dari kejauhan pulak nampak pulau-pulau Sabah. Cantik okeyy.. 


Sepetang di Tanjung Aru bersama dengan orang yang kita sayang. Felling dia lain ... hahaha



FATIHAH FAZLIN@templatesyard