Fatihah Fazlin

Khamis, 25 Jun 2015

ABC Kegemaran !
Assalamualaikum ..


Kenyang menyandar kan lepas berbuka. Nik kat sabah berbuka jam 6.33 petang hari ni. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Berbuka kat tempat kerja makan ala kadar jelah. Tupun tapau kat cafe hospital. Nak masak memang tak la kan. 


Dah lama teringin sangat nak makan Ais Batu Campur. Huuuaaa. sejak awal puasa lagi dah mengidam nak ABC. Nak pergi Tanjung Aru sana semata-mata nak makan ABC memang mustahil la. Humm.. Akhirnya hari ni kesampaian jugak nak minum.. huaaa. sedapnyaaa.




Tapi sayang, ABC nik yang ni indah khabar dari rupa, dari luar nampak sedap dan mengiurkan. Tapi rasanya tidaklah sesedap yang nik banyangkan. Dia manis sirap! Bukan manis susu. Tak rasa pun susunya. Sedih tau. Tapi nak buat macam manalah kan, ni je yang ada. Harga pun bolehla RM2.50 je.


Kalau korang nak tahu, kat kampung nik, i mean kat bandar la kan.. ada satu kedai ni dia jual ABC punyalah sedap. Kedai tu takde nama tapi dia terletak sebelah econjaya. huaa.. nik masa buat part time kat econjaya dulu memang tiap hari akan singgah beli ABC kat situ. Makan pulak dengan koropok lekor, memang terangkat lah.

Selasa, 23 Jun 2015

Ku tak pernah by Fathia Latif & Syukri Tahir
Assalamualaikum.


Hai.. Rupa-rupanya terjawab dah soalan nik tentang siapa yang menyayikan lagu yang sedap dalam drama adaptasi novel Dia..isteri luar biasa ni. Fuh.. rupanya hero dan heroin dia yang menyayi. Sedap kot suara Fathia Latif dan Syukri Yahya ni. 

Mesti ramai kan yang layan drama ni. Nik macam biasa awal-awal episod dulu memang tak akan tengoklah. Bila dah masuk episod ke 8 baru nik gigih tonton online drama Dia..isteri luar biasa ni. Sebab sebenar, nik malas nak menunggu seminggu untuk dapatkan next episod. Tak best tau menunggu. 

credit gambar sini


So korang kalau rasa nak tonton online jugak  drama Dia..isteri luar biasa ni, tekan je link kat bawah. Kat web tu nik tonton drama ni. heheheh
Kat bawah ni lirik lagu Ku tak pernah yang dinyanyikan oleh Fathia Latif & Syukri Tahir dalam drama Dia..isteri luar biasa.


Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi..

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi..

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku

Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi...

:)


Isnin, 22 Jun 2015

Instagram berwajah baru ?
Assalamualaikum..


Wohhaaa.. dah lama sebenarnya tak buka instagram kat laptop atau PC. Kelmarin tetiba rasa nak buka instagram kat PC. What a suprise, interface(betul ke istilah ni) instagram dah banyak berubah. Dan i like it so much sebab interface yang sekarang lebih matang dan nampak segak. haks.



See..ni gambar yang nik printscreen kat PC.. Layout "home" untuk instagram  macam lebih kemas kan? Nak tahu jugak, dah lama ke instagram ubah benda ni? Kenapa nik lambat sedar eh? Humm... 


Alang alang kan, apa kata korang tak tak pernah singgah insta nik, p singgah kejap. hahaha. Promote sikit eh. Kita kawan-kawan kat sana pulak. Boleh gitu? boleh aihhhh.. meh meh ke insta nik @fatihahfazlin333. 


bai bai.. 



FATIHAH FAZLIN@templatesyard