Fatihah Fazlin

Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Aidilfitri
Assalamualaikum..

Tak nak tanya persiapan raya dah entry kali ni. haaa sebab nik tau dah mesti dah ready kan. Almaklumlah esok dah raya. Tinggal nak pakai baju raya je esok kan.. pergi sembahyang raya.. lepas tu makan-makan kat rumah.. lepas tu pergi berjalan rumah jiran jiran sekampung... uisshhh bestnya !



SALAM AIDILFITRI DARI NIK, SEORANG PERANTAU.. hahahah


Sementara berkesempatan ni, nik nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog nik.. kepada semua saudara mara nik...kepada semua kenalan dan kawan-kawan alam maya..


Mohon segala salah silap nik sama ada yang kecik atau yang besar di maafkan ye. Mungkin masa nik buat tu nik tak sedar benda tu salah. Kita sama sama bermaafan ye.. takmo marah-marah dah ye..:)

Semoga Syawal kali ni bermakna buat kita semua. Amin. 



Rabu, 15 Julai 2015

Popia Nestum Bermilo Meletops Kebabom...

Assalamualaikum..

Alang alang rajin nak menaip ni, nik nak share la dengan korang resepi nak buat popia nestum meletops kebabom . Mak aih nama tak boleh blah kan. Eh.. popia kita ikut kita lah nak letak nama apa..:)



Alkisahya biskut raya untuk dikirim ke kampung nik beli sikit je tahun ni. Tak sempat nak tempah sebab hari tu ada masalah ringgit malaysia. hahaha. So tak kan nak kirim sikit je kan.. nik buat la popia.. takde lah gempak mana pun. tajuk je lebih. Tak susah pun korang nak buat popia nestum ni. Cuma kelainannya nik buat popia nestum bermilo. kehkeh

Resepi Popia Nestum Bermilo.

- 2 paket kulit popia (nik memang plan nak buat banyak)

Bahan-bahan sampingan.(dikisar sekali)


- 2 cawan kecil Nestum (terpulang nak jenama apa)
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan horlicks
- 1/3 cawan milo
- 1/3 cawan gula kasto r(terpulang nak lebih atau kurang) 



- Tepung gandum (bancuh dgn sedikit air- bertindak sebagai gam kulit popia) tapi nik guna telur je nak kasi lekat. 

- Minyak 

Cara-cara membuat Popia Nestum Bermilo.

1. Mula-mula kena potong 2 kulit popia dan ceraikan kulit tu satu persatu. Gulung kulit popia tu jadi macam kat bawah ni. Untuk lekatkan kulit popia tu, boleh sapukan telur atau bancuhan gandum tadi. 



2. Lepas dah habis gulung semua, biarkan dulu lama sikit supaya gulungan popia betul betul melekat. Ada orang cakap biar selama sehari, tapi nik tak sampai setengah jam pun. haha. excited nak menggoreng.

3. Siap semua, gunting popia tu secara menyerong. Saiznya ikut suka hati. Dah siap gunting, boleh la goreng. 


4. Bila popia dah masak digoreng, angkat dan keringkan minyak. Lepas tu masukkan bahan bahan yang di kisar tadi. Gaul lembut. Taknak bagi popia hancur. hehehe. Popia nestum bermilo meletop kebabom anda siap.




Tadaaaaa.. dah siap goreng separuh daripada popia tu..  semalam dah tak larat nak menggoreng. Jam 12 baru siap. penat denn !

Okey popia nestum bermilo nik dah siap untuk di kirim kat mak.. Hehe.. Dah siap masuk kotak pagi tadi. So, sesiapa yang rasa nak cuba buat.. silakan.. Mudah je nak buat popia ni. Cuma kena rajinlah. 


Selamat mencuba ! 

Selasa, 14 Julai 2015

Depa kata jangan balik kampung kalau nak jimat...
Assalamualaikum..

Hi. Ada yang dah sampai kat kampung ke? Best ke idok ye tahun ni? Kita beraya bersama gst dan sekutunya.. haha.. Yang dah sampai kampung tu alhamdulillah Allah lindungi perjalanan. Bestlah korang boleh balik kampung awal kan. Boleh berpuasa sekejap dengan orang kesayangan di kampung. Nik tahu, memang seronok tak boleh nak cakap! Perasaan gembira tu hanya Allah je yang tahu.




Perkara paling best balik beraya di kampung

Depa kata jangan balik kampung kalau nak jimat...mak aih ! mana boleh macam tu. Kat kampung tu ada mak abah. Kalau tak balik time raya, apa pulak kata mereka kan. Kecil hati orang tua. Tak boleh. Tak dak duit sekalipun, kalau dapat cuti kena balik kampung. 

Selain nak jaga hati mak ayah.. nak jaga hati sendiri jugak. Boleh ke nak tahan hati tengok orang lain..adik beradik lain beraya kat kampung dengan seronok dan gembira. sedangkan kita gara-gara nak jimat minyak jimat tol. Aduhh! 

Masa raya nilah nak jumpa kawan. nak jumpa kenalan sekolah. nak jumpa saudara waris dekat dan jauh. Kalau bukan time raya, bila lagi? Duit tu insyaallah boleh cari lagi. Jimat jimat jugak. Kita sahut la saranan mereka nak berjimat, tapi hal tak payah balik kampung semata mata nak jimat, mana boleh.


Ke macam mana?

Eh..Yang bersiap sedia nak balik kampung, bawak kereta lelok okey. Hati-hati di jalan. 




FATIHAH FAZLIN@templatesyard