Fatihah Fazlin

Khamis, 28 Disember 2017

Dah Kahwin Dah.
Assalamualaikum.

Fuh.. gigih sungguhla nak update blog setelah 2 tahun meninggalkan arena blogging ni. Dua tahun jugak blog ni diprivate atas sebab sebab tertentu. Nak dapatkan balik mood menulis ni bukan mudah. Tapi alhamdulillah. Ada mood booster.

LOVE.
Apo pandang pandang?

Dalam 2 tahun ni macam macam jadi. Yang paling perlu dihighligt kat sini adalah.... jeng jeng jeng... status ai dah bertukar daripada cik kepada puan. Alhamdulillah. Terima kasih pada Allah atas segala anugerah yg di beri. Tanggal 25.11.2016 tahun lepas ai dah selamat jadi isteri kepada suami ai. Hehehe. Dah basi kan ceritanya. Tapi takpelah. Sebagai kenangan nak jugak cerita kat blog. Nanti tua-tua esok bosan duduk rumah boleh baca blog sendiri. Kakaka.

Majlis nik buat tahun lepas biasa-biasa je.
Majlis kecil je, ajak dalam 300-400 orang. Majlis nik takde pelamin cantik macam korang pun, cuma hias bilik bergambar pun dalam bilik je. Hias bilik je pun dah makan RM800. Nak kawin rasa duit keluar macam airrrrr je. Bila fikir balik rasa macam membazir upah photographer tapi takde pelamin elok kan? Tapi nik nak jugak gambar elok buat kenangan. Nasib abam photog berbaik hati ajak kitorang buat photoshoot kat outdoor. Katanya gambar tak banyak.. alahai.. 


























Mohon doa korang. Doakan kebahagian kami dunia akhirat. Semoga ikatan yang terbina ni dikurniakan sakinah dan mawaddah dannnnnnn kekal hingga ke jannah serta dikurniakan anak yang memberi manfaat kepada agama. Amin.


Rabu, 20 Julai 2016

Selamat Hari Raya ! Sebulan kan?
Assalamualaikum! 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN !!

Hai korang? Valid lagi kan ucapan raya ni? Matailah(dialek sabah ni)(rindu sabah weh.sob sob).. dah separuh syawal baru gigih update kat blog. Ini memang dasar pemalas lagi malas. Bulan puasa satu entry pun takde kat blog ni weiii.. Apa punya blogger la macam ni.. 

OKEY.. Macam mana agaknya puasa korang tahun ni ek? Best ke tak? Nik puasa kat sini rasa macam paling teruk lah dugaannya. Dengan cafe yang buka awal pagi tutup pkul 3.. bulan puasa nak beli makanan awal awal buat apa weeei. Sengsara sangat bab nak cari juadah berbuka. Dugaan.. tapi alhamdulillah. Dapat puasa dengan jayanya walaupun macam macam benda berlaku. Sekarang fokus nak puasa 6. Baru sehari je weii.. bila entah nak habis. Orang lain dah siap beraya puasa 6 dah. 

Hari raya? Macam biasa.. tapi tahun ni rasa macam meriah sikitlah. Tak tahu kenapa..2 haribulan 7 haritu nik dah balik kampung dah. Dengan angkut semua kerja2 penting untuk disiapkan. Beraya sambil bekerja -_-. Ko raserr.... tapi raya tahun ni jugak raya yang paling memenatkan weh. 2 hari sebelum raya nik dengan adik beradik pulun mengecat rumah. Fuh. Satu tumah kami cat kaler pepel. Start dari subuh sampai maghrib. Tengah malam pun mengecat lagi. Upah orang.. tak payah susah susah. Apa guna ada anak jantan dalam rumah kan. Lagipun nak upah mengupah ni mahalll.. hahaha. Nasib baiklaaa ada adik lelaki yang minat kerja kerja menukang ni. Dia yang banyak buat kerja. Tapi kesian.. hari raya dia flat habis..  tahun depan mu tak yah buat kerja dah min deh. 

Muka abah kena tutup dek anak sulung yang gajah.. 😂Yang besau baju melayu pink tu sepupu nik. Ada 3 lagi adik lelaki koreaku tak masuk gambar. Sorang yang flat mengecat, dua lagi beraya entah ke mana. Entah.

Hari raya pertama.. kami geng tema merah. Tapi takde lah geng sekeluarga sangat kan. Cuma yang wanita je berjubah merah. Lelakinya entah kaler apa.. semua bercampur. Beli last minit mana ada saiz dah... warna lagilah. Redha itu penting. Gambar pulak semua tak cantik. Geram sangat. Lighting kat rumah tak okey. Tahun depan nak kena bubuh 10 lampu jalan dalam rumah. Biar cerah secerahnya. Baru gambar meletop! 

Udah di bilang gambar tak cantik. Nak letak jugak.

Abah. Mak.  Kemain susah nak bergambar dengan mak. Abah senang masuk gambar tapi payah nak ada gambar yang menjadi. Paham paham la.


Dua beradik lagi takdak.. tak nak ikut kami beraya.. takpeee.

Me.Abah. Dehe. 

Raya kali ni tak makan banyak sebab timbang masa bulan puasa hari tu.. fuhhh. Terkojot mak nakkk.. punyalah gemuk. Sekarang dalam proses nak turunkan berat badan balik. Heheeee.. doa doa semoga nik istiqomah ye. Payah nau nak diet. Raya pertama kami p beraya rumah mak mak sedara 4 5 buah. Petangnya semua dah penat.. lentok tunggu orang datang rumah je. 

Raya ke dua. Berjalan ke Tanah Merah, rumah pak long belah abah. Dah lama tak pergi sana. Walaupun dekat tak sampai setengah jam perjalanan tapi nak sampai tu susah sangat. Haha. Semua sibuk ☺ Kat tanah merah rumah pak long tu makan mee kari makngah buat. Akhirnya dapat jugak makan mee kari.. sejak bulan puasa dok teringin.  

Raya ke tiga kat rumah nik ada buat makan makan sikit. Ajak sedara dekat dekat je. Yang lawaknya buat makan makan time raya ni.. ayam habis.. daging habis.. ikan habis.. ais habis.. macam macam betul. Tapi alhamdulillah semua lancar.. Yang penting semua dapat makan. Raya ke empat dah xde cerita sebab duk kalut pulun siapkan kerja pejabat. Raya kelima pagi nik dah bertolak balik ke Selangor. Jem teruk oiiii.. naik bas jam 10.30 pagi sampai rumah 11.30 malam.. fuhh. Dugaaan lagi.. 




Khamis, 2 Jun 2016

Nak try Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion !
Assalamualaikum.

Okey dah 2nd June dah hari ni. Menghampiri setengah tahun dah ni untuk dua kosong kosong enam! Tambah tolak darab bahagi, dah nak masuk puasa dah.

Nak tanya ni, korang guna lotion apa ye sekarang? Ada tak yang guna lotion Cosway R Series tu? Ada? Kita geng okey. Tapi start June 2016 ni, nik dah tukar angin. Haaa.. Bukan sebab R Series tu tak best ke apa.. serius best! malah nik dah guna lotion tu sejak dari form 4 lagi. Setia okey! 


berkenan kat botol ! 



Tapi minggu lepas.. kawan office punya kerja la ni.. dia p sogok nik untuk beli set  Cherry Blossom ni. Dalam satu set tu ada tiga jenis.. tak ingat apa yang lain.. tapi salah satunya lotion ni lah.. Nak beli semua kang, kalau tak guna nanti rugi jugak.. So nik beli jela lotion dia dulu.. nak trylah. Lagi best dari R series tu ke atau tak? 

eh.. lupa.. nama penuh lotion pink sweet ni panjang 2 ekar tanah, Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion.. huhhh tediaaaa.. memang panjang namanya. tapi sebab botol dia pink then ada bunga sakura sikit sikit kita abaikan je nama dia. simpan kat bilik boleh la filing-filing kat korea.. yeeee. berbekalkan bunga sakura kat botol tu. :P 

Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion

Tadi nik dah try la pakai.. dari segi bau memang ada bau bau korea.. yess.. mungkin bau bunga sakura lah kot. entah ! sebab tak pernah bau bunga tu in real. tapi bagi nik, ai lebih suka bau lotion Cosway R Series tu. Lebih kena dengan jiwa..Jangan marah.. Nik tergerak hati nak try ni sebab fungsi utama dia untuk moistkan kulit. Almaklumlah.. jenis kulit kering.. 

Tak tahulah bila akan habis Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion ni.. Tiga tahun lagi kot.. hahaha.  Meh share dengan nik, korang pakai losyen apa? Best ke tak? 


FATIHAH FAZLIN@templatesyard