Fatihah Fazlin

Isnin, 27 April 2020

Ramadhan yang berbeza
Assalamualaikum.

Hi. Lama dah tak bukak blog sebab tak tahu nak tulis apa, kering idea sebab asyik duduk rumah je. Sesekali keluar untuk kerja pun tak jumpa orang sangat. Sedar sedar dah bertemu Ramadhan. Cepatnya lahai masa berlalu. Hari ni pun dah hari ke empat ramadhan. 

Tapi suasana ramadhan kita tahun ni memang lain kan, tanpa terawih kat masjid, tanpa bazar ramadhan, tanpa bersesak kat bazar tu. Berbeza sungguh. Apa pun, kita doakanlah virus corona ni dapat dijumpai ubat/vaksin secepatnya. Tapi alhamdulillah kita kat Malaysia ni kes makin berkurang kepada dua digit. Esok-esok mungkin dapat digit 1. PKP pun dah ditambah masa lagi.

Puasa tahun ni, memang nik plan nak masak setiap hari makanan berbuka. cewahhh. setakat hari ni memang masak lagi, cuma bila hari kena kerja tu tak tahulah macam mana, larat ke tidak sebab balik kerja pun dah 5.30 petang. Nak masak beria waktu hari bekerja agak susah sikit. 

Alang-alang bercakap pasal menu berbuka ni, nik share kat sini teruslah makanan yang nik masak dua tiga hari ni. Saje je, mana tahu boleh dapat idea untuk menu untuk hari seterusnya.


Hari pertama puasa takde gambar sebab nik dengan suami masing-masing lembik hari tu. Lepas masak terus masuk bilik baring, orang azan terus makan takde hidang-hidang dah. Teruk kan. hahaha  Second day dah okey dah, semangat berpuasa.

Sup carrot putih, sedap sangat dan bagus untuk ibu menyusu. 

Buah nenas dan tembikai untuk pencuci mulut. Husband suka sangat makan buah-buah. 

Tepung pelita jiran kami bagi. Alhamdulillah.

Ayam grill, the hero! 

Pinggan saya! Nik tengah nak cuba eat clean sekarang ni. Harapnya istiqomah.

Untuk hari ketiga berpuasa, nik tak masak banyak, just buat roti jala sebab yang lain jiran-jiran dah bagi. Nak masak lagi takut tak habis pulak sebab yang makannya dua orang je. Nanti membazir.
Roti jala nik. bolehlah sedap jugak!


Yang dalam mangkuk macam kari tu pengasuh anis bagi, nik tak tau pulak nama apa, lepas tu ada bawang putih jeruk. Simple-simple dah la, nak makan banyak perut ada 1 je. hahaha


Ni makanan berbuka nik. Sandwich ayam grill. Lepastu adalah try segulung roti jala. 

Betik. shosedap.

Overnight oat nik buat untuk sahur. Hari- hari sahur ni ni. Letak buah buahan sikit then 2@3 biji kurma


Saje je nik share kat sini, disamping untuk tambah content blog yang makin tak terurus ni. Hahaha. Korang masak apa hari ni, meh share meh, nik nak balik masak pulak petang karang.


Ahad, 15 Mac 2020

Tentang Corona Virus aka COVID-19
Hi.





Terpanggil jugak kita nak komen serba sedikit pasal Corona Virus yang menyerang umat manusia buat masa ni. Setakat pagi ni nik baca kenyataan dari KKM, kes telah meningkat sebanyak 238(update di twitter @KKMPutrajaya 14 Mac 2020) . Agak menakutkan bagi nik!

Kes COVID-19 makin meningkat kat negara kita sebab perhimpunan jemaah tabligh kat Masjid sri petaling hujung bulan 2 hari tu, bagi nik sepatutnya kerajaan kena ban perhimpunan besar-besaran macam ni dari awal. Kalau dah jadi macam ni memang agak susahlah, kes akan makin meningkat. 

Sekarang ni hampir seluruh negeri kat malaysia dah ada kes covid-19 ni. Kita nak undur masa semula dah tak boleh dah, kena hadap jugak. Cuma bagi ni, kesian kat petugas kesihatan kitalah, for sure cuti pun kena hold. kena kerja lebihhhh masa. 

Jangan korang baca ni dan fikir nik salahkan jemaah tabligh tu, takkk. Diorang pun tak nak juga benda ni terjadi, macam kita jugak. 

Ada orang cakap, alah covid-19 ni macam  demam biasa je jugak. Mana ada yang meninggal pun kat Malaysia ni. Orang kita je yang over. Hemmm. Geram je aku nak ketuk kepala dia  biar otak tu berfungsi sikit. Dia malas membaca, nak salahkan orang lain yang over. 



Apa-apa pun, kita jaga diri dan family kita dulu. Tak payahla nak berhibur sangat dengan keadaan macam ni, berjalan ke bercuti ke, holdkan dulu. Tahulah tiket tengah murah nak ke jepunlah, korealah. Sabar dan tahan diri dulu untuk ke negara berisiko. Dalam Malaysia pun, bawaklah berehat je kat rumah. Lebih baik kita fikirkan yang terburuk yang boleh berlaku dalam situasi sekarang. Dah kena nanti, nak menyesal pun tak guna kan. 

Jangan lupa basuh tangan dengan sabun! Gosok lama sikit sebab virus/kuman boleh hilang kalau kita basuh tangan dengan betul. Hand sanitizer tu boleh guna time air takde dekat dengan kita atau kita sentuh apa-apa permukaan(tak kira nampak kotor ke tak). Virus ni dia bukan macam lalat yang kita boleh nampak kan.

Yang rasa Corona Virus ni takde apa-apa, nik harap korang tak dijangkiti, nauzubillah. 

Doalah kita banyak-banyak. Insyallah Allah akan bantu kita semua. Teori konspirasi apa semua tu harapnya sekadar teori jelah ye.

Kalau korang nak baca apa-apa info pasal Corona Virus ni, terus ke laman web KKM. Tekan je link ada infografik senang sikit nak faham kan.

 Assalamualaikum.



Khamis, 27 Februari 2020

Main masak-masak bolehlah dari takde
Assalamualaikum,

Dah jadi ibu-ibu ni korang, blog pun kita share pasal masakan jelah kan. Tak pasal makanan, pasal anak. Hahaha. Sebab itu je rutin harian sehari-hari. Nik tak reti masak mana pun, tapi sejak kawin ni cubalah belajar sikit-sikit. Nak masak google. Apa susah dunia sekarang. Tapi kalau nak tips masakan lebih sedap kena tanya orang-orang lama. 

Angkat tangan kalau setuju!

Sajer je kali ni nik nak share beberapa jenis masakan yang simple. Untuk rujukan diri sendiri jugak nanti.  Mana tahu one day dah blur nak masak apa, boleh rujuk sini.




Vietnamese Spring Rolls.

Terbuat tanpa sengaja sebab tengok vlog bella khan. Halllahhhh. kecur air liur kita wak masa tengok dia makan Vietnamese Spring Rolls ni. Kita tak pernah makan pun sebelum ni. Try buat sendiri, eh sedap pulak. Lagi sedap kalau sos tu sedap.  





 Acar Timun.

Ini sungguh la fav nik. Makan acar timun ni boleh habis satu mangguk. haha. Nampak sangat makan banyak kan. Korang kalau tak pernah makan, try la buat sendiri. Senang je. Gaulkan hirisan timun batang, cili, carrot, sesudu gula, garam sikit dan cuka masakan 2-3 sudu.


Puding Cendol Bermilo

Nik tengok kat youtube orang buat puding cendol, tapi nik olah sikit buat dua lapis kasi nampak cantik sikit, hehehe buat puding milo kat bahagian bawah. Baru menarik rupa dia kan kan? Makan sejuk-sejuk uhhhhh. sedap! 



Tom Yam Putih

Tom yam memang makanan berkuah fav nik. tapi selalu nik masak tomyam merah tu. Ni kali pertama jugak buat tomyam putih. Not bad la, senang je campak-campak, siap! 




Laksa Pinang

Ya Allah. siapa penggemar laksa pinang ni tahulah macam mana rasanya kalau nampak gambar ni. hahaha. Terliurlah walau tengok gambar je. Nik buat laksa ni 3 minggu lepas, sekarang rasa nak makan laksa lagi. Kena buat sekali lagilah kot.  Suami makan laksa pinang je dari pagi ke malam. Sedap kot kita masak. hahhaha



Nasi Ayam

Kalau dah boring makan nasi biasa, nik suka buat nasi ayam. Dia macam penambah selera la. Kena pulak buat sambal dia pedas sepedasnya, lagilah selera nak makan. Nik dak anis pun suka sangat makan. 


Puding Karamel

Terhasil sebab nik teringin nak makan benda-benda manis hari tu. Kebetulah telur banyak kat rumah, kita buatlah puding karamel ni. Sedap sungguh. Kalau beli kat luar satu slice pun 2-3 ringgit. Koser eh, baik buat sendiri*time rajin hahaha*. Time malas beli jugakkkk.


Jangan kata kita nak menunjuk kita pandai masak tau. Kita tak pandai masak, resepi masak semua google Yang tak google tanak nasi je. hihihi. Selamat memasak korang! bye

FATIHAH FAZLIN@templatesyard