Fatihah Fazlin

Selasa, 30 November 2021

Review Vasaline Expert Care Extremely Dry Skin Rescue

 Assalamualaikum. 


Hi. 


Review Vasaline Expert Care Extremely Dry Skin Rescue | Baru-baru ni nik ada singgah watsons beli barang sikit, ternampak lotion vaseline yang agak famous ni. Ada nik baca kat facebook ramai jugak yang suggest. Benda dah viral. So, kita trylah. 


Review Vasaline Expert Care Extremely Dry Skin Rescue

Mana-mana lotion pun kan, nik rasa lebih baik kita pakai masa lepas mandi, Masa tu badan masih lembab, so tambah dengan lotion, kelembapan tu akan lebih dirasai. Gituhh. 


Dari segi kesannya, nik rasa okeylah. Jenis nik kulit kering duduk dalam aircod ni, memang boleh nampak perubahan. Teksture kulit lebih nampak lembab dan tak kering.  So, dapat  satu point kat situ. Sebelum ni nik cuma guna lotion anak, baby jonhson je. Bedal jelah yang mana ada tu. 


Harganya kalau tak silap nik Rm13.90 untuk saiz kecik ni (100ml). 


 

Korang boleh tengok dia punya teksture. Dia tak terus meresap ke kulit on the spot tau. Tapi dalam 15 ke 20 minit macam tu, dah hilang rasa kat kulit so takdelah rasa nak melekit sangat. Kan ada sesetengah lotion dia melekit lama. 


PRODUCT DETAILS

1. Clinically proven to deeply hydrates and repairs extremely dry skin in 2 hours*

2.  Formulated with glycerin, pro-lipids and Vaseline® Jelly to provide immediate relief, intense moisturization and strengthen skin barrier

3.  Hypoallergenic

4.  Fragrance free

5.  Suitable for normal to extremely dry skin
*Based on clinical test.

INGREDIENTS.

Water, Glycerin, Stearic Acid, Isopropyl Palmitate, Glycol Stearate, PEG-100 Stearate, Dimethicone, Petrolatum, Mineral Oil, Hydroxystearic Acid, Stearamide AMP, Glyceryl Stearate, Palmitic Acid, Cetyl Alcohol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Arachidic Acid, Triethanolamine, Disodium EDTA, Tocopherol, BHT, Phenoxyethanol, Methylparaben, Propylparaben

HOW TO USE

Apply Vaseline® Expert Care twice a day for best results. Apply thoroughly to avoid product rubbing off on clothes.












Ahad, 28 November 2021

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum - Nak buang double chin.

 Assalamualaikum.


Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum | Bila umur dah makin meningkat ni, kulit pun dah tak macam remaja dulu kan? Yang paling ketara yang orang nampak kulit muka kita. Nik ni kalau ikutkan tidaklah menjaga sangat kulit muka. Tapi bila dah nak capai umur 30 ni baru rasa macam kulit dah tak setengang dulu.


Safi Youth Gold


Alang-alang review, nik trylah sekali. Best jugak korang produk rangkaian baharu antipenuaan dan pengganjal Safi Youth Gold ni, formulasi terbaru yang dipertingkatkan dari Safi Rania Gold. Yang mana dapat menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing dan tirus. Nampak lebih mudalah lepas ni. hahaha.. 


Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum - Information


1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.


2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit. (yang ni confirm best) 


3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus(kot la boleh dapat dagu macam artis korea nun. hahahha) 


4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.


5. Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit. (nik paling tak suka produk yang jenis kuat melekit2 ni..) 


6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C& Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:


- Menegangkan kulit

- Meningkatkan keanjalan

- Mengurangkan garis halus & kedutan

- Meningkatkan kelembapan kulit

- Melindungi kulit dari pengoksidaan

- Meningkatkan kehalusan kulit

- Memperbaiki kulit rosak

Berdasarkan ujian saintifik & klinikal


 Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum


7. Harga berpatutan – hanya RM59.00 je wei.. Korang boleh dapatkan both safi youth gold ni  di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 


Sesuai untuk semua jenis kulit.
Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

Lagi best, cuba terus dengan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser ni.  So that nanti manfaatnya korang akan dapat secara maksimum. Yang ni pulak harga marhaen sangat. hehehe Rm19.80 jer. Dagu berlapis hilang. Kulit muka pun lebih anjal dan tegang. Nik baru je seminggu guna kedua-dua produk ni, nanti dah sebulan ke apa, nik update balik kat sini dia punya result. Tapi so far, tak de masalah, sesuai dengan kulit.



Nik bagi link lah kat bawah untuk korang baca sendiri kat website Safi Malaysia. Segala info ada kat sana. Senang, klik je terus. 

Lifting Golden C Duo Serum https://bit.ly/3izM0fm

Lifting 24K Serum Cleanser https://bit.ly/3F


Selfie sikit..


Kalau nak rasa sendiri perubahan tu, korang kena cuba sekarang tau! Nak sebarang update atau mana tahu ada promosi ke apa korang terus ke:

Instagram: @safimalaysia

Facebook: @SAFI.My

Twitter: @SAFImalaysia

Youtube: SAFI Malaysia


#SafiYouthGold

#SafiMalaysia

#SkincareMalaysia






Khamis, 28 Oktober 2021

Hobi baru Jaga Petunia

 Assalamualaikum.


Hi korang! 



Nak dijadikan cerita, nik dah mula start minat dengan pokok-pokok bunga ni sejak dok tengok ig story Kak Diya. Dua puluh empat jam dia dok update pasal bunga-bunga dan pokok dia tanam. hahah. Mau tak terpengaruh. Terjatuh cintalah dengan poko bunga petunia ni. Cantiknya MasyaAllah, tak tahu nak cakap macam mana.


Misi mencari penjual petunia area Terengganu terus dimulakan. Jumpalah dengan akak seller sorang ni, ambik masa 2 minggu jugak tunggu dia datang COD. hahaha. Tak menyabor, nik order dulu sepasu kat shoppe. Pastu pergi pulak cari kat nursery dekat rumah ni dapat sepasu. Payah ye nak cari petunia area sini, mostly kat nursery takde stok, atau memang tak jual. 


Meh la nik tunjuk sikit, antara koleksi petunia yang ada. Sayang tau bila berbunga cantik and lebat macam ni. Kita jaga dengan penuh kasih sayang. Nak balik kampung lama pun dah jadi dilema, takut petunia mati tak de yang siram dia. wakaka.




Petunia ni yang paling awal nik beli. Cantik sangat. Tapi masa beli tu dia dah nazak sangat dah.  Nik dapat murah so balik tu terus trim dia. Sekrang dah nampak lebat daunnya, cuma bunga masih malu malu nak keluar.
Petunia ni yang paling awal nik beli. Cantik sangat. Tapi masa beli tu dia dah nazak sangat dah.  Nik dapat murah so balik tu terus trim dia. Sekrang dah nampak lebat daunnya, cuma bunga masih malu malu nak keluar.




Warna purple cantik. Kalau bunga lebat lagilah cantik.Nik baru lepas trim weekend hari tu. Sekrang masih togel tinggal daun je. 



Merah hati. Paling sayang ni. 


Warna putih. Ni yang nik beli kat shoppe tu. Alhamdulillah selamat sampai. Risau mati tengah jalan. hahaha. tapi yang putih nik macam spesis lain dari yang kawan-kawan dia. Bunga besar sikit, daun pun sama. Sekarang tengah lebat bunganya, cantik sangat-sangat. Cuma dia ada bau, which is nik tak berapa suka.










Ni nik beli mini petunia. Beli dengan orang kampung nik masa balik hari tu. Kat rumah dia penuh petunia dan vinca. Cantik. Sekarang dah makin lebat bunganya. 



Eh.. keladi pun ada. 



Terpaksa gantung kat ampaian. Kain sidai tempat lain.  hahaha. Takde tempat sesuai., almaklumlah petunia ni manja sikit. Tokleh panas terik, tokleh hujan lebat. 


loveeeeee

Mini petunia in light pink! 


Light purple petunia.

Petunia in white. Walaupun bau sikit, tetap sayang!


Dah dekat 3 bulan kot nik jaga petunia-petunia ni. Walaupun leceh sikit, tapi seronok sebab suka tengok. Dia cantik. Manusia kan suka yang cantik-cantik. Nik memang plan nak tambah koleksi warna lagi, tengah semai benih sendiri. Tak tahulah menjadi ke tidak, sebab 1st try macam tak muncul je tunasnya.

Cara penjagaan petunia pulak, nik just guna baja AB dua atau tiga hari sekali. Siram sekali atau dua kali sehari, pagi dan petang. Kalau time takdan belah pagi, petang jelah nik siram, Siram terus ke tanah dia. Tak boleh kena batang atau daun, nanti dia memburuk. 






FATIHAH FAZLIN@templatesyard