Fatihah Fazlin

Selasa, 26 Februari 2013

Kecintaan: Tak Sabar
Assalamualaikum..:)
Salam senyum sejuta rasa dear...


hummm..:p Dah lama teringin nak beli novel baru, lagi-lagi novel hijau yang orang tengok pom dah mula rasa kesejukkan dihati..ceewah! Alhamdulillah..beli kedua-dua buku ni pom sebab ada baucar buku.. biasalah..yang selebihnya simpan nak bayar buku kat lecturer,.tahu lah ye, buku akaun harganya agak tidak berkemampuan la bagi nick yang nyata terang lagi bersuluh tidak bergaji mahupun bekerja.. masa beli tu,dah tak sabar-sabar nak baca and habiskan..hihi^^^





Meh nik nak ulas sikit apa yang ada kat dalam buku ni..tapi kalau nak tahu lebih lanjut,dear semua kena beli sendiri la..alaa. kan ada baucar..:)

Sebarkan Cinta-Mu
Sebuah novel Tauhid yang betul-betul meruntun jiwa. Seperti biasa, Fatimah Syarha Mohd Noordin menulis dengan gayanya yang tersindiri. Yang jelas, beliau cuba berdakwah dalam karyanya.. macam skema je ayat nik kan?

Oke,novel yang mengisahkan seorang wanita dan isteri yang taat dan tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. di situ pelbagai persoalan timbul dan dan dia cuba membantu walaupun dia sendiri ada masalah. Perlahan-lahan dia mendekati warga kolej dan dalam senyuman dia menyebarkan cinta.

Untuk endingnya,dapatkan di pasaran dan nik yakin, novel ni mampu membawa kita muhasabah diri dan menjadi lebih baik...In Shaa Allah..:) tidak mahal dan nik rasa mampu milik untuk semua orang. Hanya RM31.00 (semenanjung) dan Rm34.00(sabah serawak)

Belailah Kalbu.
Acctually, nik belum habis baca lagi buku ni tapi agak menarik sebab sesuai dengan jiwa nik..hehehe.. Buku Dr. HM Tuah  yang satu ni ada siri soal jawab, so bagi student ia memang lebih senang untuk kita faham..

Tak rugi beli dengan harga RM19.90  (semenanjung) dan RM22.90 (sabah serawak) sebab dia macam menjawab apa yang kita nak tahu dalam mendidik hati, dan seterusnya memahami nikmat bahagia dalam hidup kita..

So, apa kata beli dan dapatkan sorang satu..ada jual kat toko-toko buku kat seluruh Malaysia..^^
selamat membaca.


Selasa, 19 Februari 2013

AKU INGIN MENDOAKANNYA
Assalamualaiku..:)

Give a big and sincire smile before reading oke dear...lapangkan hati, tenangkan jiwa, damaikan rasa..kerana untuk dia, sesungguhnya AKU INGIN MENDOAKANNYA.. mak ! umi ! ibu ! mama ! bonda ! mummy !







Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,

Perindahlah ucapanku di depan mereka,

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan pahala yang berganda
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, Ya Allah
sebab Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila Magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika Magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, maka
izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santun-Mu
di tempat kediaaman yang dinaungi kemuliaan-Mu,ampunan-Mu
serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tidak berakhir
dan engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.

Sekian..:)
ikhlas ^^

Khamis, 14 Februari 2013

MY CUTE IRFAN  WITH KFC
Assalamualaikum dear..! :)
^__^


Ahad lepas kfc time with my youngest brother and sister..dah lama janji nak bawak irfan makan kat restoran kcf,dia merungut coz asyik bungkus makan kat rumah. haha..:) seblom g kene marah sebab dia tunggu lama kakak2  dia bersiap! biasalah dik,,..^^ 













sekian..:)

FATIHAH FAZLIN@templatesyard