Fatihah Fazlin

Sabtu, 13 Disember 2014

Kurus dengan Workout
Assalamualaikum. 

Happy saturday korang. Alhamdulillah untuk segala yang Allah bagi pinjam selama ni. 

Badan besar. 
Thats me. Okey nik mengaku nik gemuk and i'm a little bit okey with that. Walaupun kekadang rasa nak kurus sangat-sangat. But, nak bagithu satu benda, walaupun nik kata nik tak kisah gemuk, tapi tetap ada jugak masalahnya. SUSAH NAK CARI BAJU! Blouse espesially. 

Yes.. admit it. Banyak banyak baju kat pasaran dikatanya susah nak cari? Yerp! Kalau kat shopping mall lagilah. Semua kedai jual baju saiz adik adik tadika. Saiz xl pun, yang muat-muat je. Allah. Payah sangat. Kecuali kalau masuk butik plusize. Tapi harganya.. memang korang telan ayaq liuq la. Jarang yang ada RM40 ke bawah. Dan nik jenis yang never beli baju memahal. I akan cari yang paling murah plus selesa la kan. Bukan orang kaya pun nak beli baju mahal kat butik atau atau barang branded tu. For me, pikai baju bundle pun tak kisah. Malah, baju bundle selesa buat tido. Fuhh..

Rentetan susahnya nak cari baju untuk badan gemuk macam nik ni, kadang nik decide untuk tukar gaya hidup. Nak kurus yawwww!! Nak kurus.. supaya boleh beli jubah lelawa kat igshop.. hehehe.. boleh beli blouse bebunga yang murah lagi cantik kat fb. Uraggghhh.. Nak start workoutlah macam ni! 

Tapi.. balik balik tanya diri sendiri. Boleh ke aku kurus dengan workout dalam masa yang sama aku tak mampu nak korbankan nasi dan benda sewaktu dengannya.? Sekali lagi.. bolehkah aku kurus dengan workout? Atau patutkah aku just buat diet atkins yang dicadangkan oleh beberapa teman tu? Atau biar je gamuk macam ni? 

Hummm..tak boleh jadi. Kena kurus jugak. Kena buat macam cik epal buat. Kena eat clean. Kena workout. Kena jaga kesihatan. Hehehheheh.


Sekali lagi. Mampukah aku????? 

Rasanya gaya gelak kat situ pun korng dah boleh agak mampu ke tak kan... hahahaha


Jumaat, 12 Disember 2014

Windbell Seafood Restaurant Tanjung Aru
ASSALAMUALAIKUM.

Windbell Seafood Restaurant Tanjung Aru | Kat Kota Kinabalu ni, ada banyak sangat tempat makan yang menarik yang boleh di singgah. Bagi korang yang di semenanjung kalau pasang cita-cita nak datang Sabah, stay tune dengan blog ni tau! Nik akan share dengan korang pelbagai tempat menarik kat sini, especially tempat makan menarik di Sabah ni.

Baru-baru ni, kawan sekerja ni sekali lagi plan untuk berkumpul ramai-ramai sambil makan. Apa lagi, nik kalu bab makan, never say NO! So, tempat pilihan kawan-kawan nik adalah Windbell Seafood Restaurant di Tanjung Aru. 


Macam gemuk pulak ambe.


sumber gambar

sumber gambar

Best ke kat Windbell ni? Okey, dari pengamatan nik, nik boleh bagi 7/10 la. kira tinggi dah tu ye. Yang nik suka, tempat ni ada aircond. Masa makan tu syok la. hehehe. Lagi satu, sampai je sana, terpampang besar-besar, FREE WIFI. Laju je wifinya. Memang off la kan data kat fon.
  

Windbell Seafood Restaurant ni tak jauh pun dari KK. Dalam 15 minit perjalanan, atau kurang. Berkereta. Dekat sangat dengan Pantai Tanjung Aru yang kengkononnya my fav beach tu. Untuk reservation boleh hubungi 088-222305. Windbell Seafood Restaurant dibuka setiap hari dari jam 10:30am-2pm & 6pm-10pm.

Thats all. Thank you.


Warna Tema Perkahwinan Meletop 2015
ASSALAMULAIKUM.

Warna Tema Perkahwinan Meletop 2015 | Hujung tahun ni mesti ramai yang akan melansungkan perkahwinan. Mesti dah melalui fasa pening kepala nak pilih warna tema dan sebagainya. Jangan stress ye sebab benda ni sekali je seumur hidup(insyaallah).

Jadi untuk bakal-bakal pengantin 2015, bersediakah korang untuk memeningkan kepala nanti? Korang kena baca entry ni sampai habis, kalau korang rasa masih mencari-cari idea untuk warna tema hari bahagia korang. Im sooo excited to share with you all warna-warna tema meletop kebabom untuk wedding 2015!! Lets cekidaud!


CELESTIAL BLUE
Bahasa melayunya mingkin biru kekelabuan kot. Nampak mewah sikit kan?



 PISTACHIO
Hijau muda la senang adik kakok. For sure keadaan majlis lebih kelihatan tenang right? Warna pistachio mix dengan warna-warna tanah. Mesti kebabom majlis korang!


PURPLE + YELLOW
Kat Malaysia jarang kot buat pepel kuning ni. Eh ke nik yang tak tahu. Cantik  jugak. Tapi orang kata kalau sanding kat dalam rumah and ruang dia sempit, kalau boleh elakkan warna terang-terang.


 WATERMELON PINK
Jatuh cinta dengan gabungan ketiga-tiga warna ni. Nampak ceria.



NATURAL SAND
Natural sand ni nik yang pandai-pandai letak ye. Atau maybe champange colour kot. Warna ni bagi nik tak menyerlah sangat, tapi kalau kena gaya, theme colour wedding korang akan dapat pujian ramai.


 NAVY BLUE/ROYAL BLUE
Kalau tahun lepas banyak weeding buat emerald green kan? Ala macam awal & scha tuuu...
2015 maybe royal blue ni akan menjadi pilihan bakal pengantin.



Gabungan soft pepel dengan soft green.(nama saintifik warna nik tak tahu). Pastel colour la kiranya kot. Nice. Tak berat mata memandang.



PEARL + PEACH
Sweet sangat warna ni... I guees, ia akan timbulkan suasana romantik gitewwww..



ELEGENT GREY
Pepandai je ye nik letak nama warna ni. Sekali tengok macam buruk pulak warnanya. Dua kali tengok, cantik pulak. Pilih yang berkenan ye.



VIBRANT TURQUOISE
Biru turquoise ni warna kegemaran iolss ye. Tapi kalau kahwin, iolss nak warna baby blue.hehehe. Kat malaysia sana, ramai mix kan turquoise dengan baby pink kan? 




Oritee.. b2b sekalian.. rambang mata kan? Jangan buat keputusa terburu-buru tau. Bincang dengan partner and family dulu nak pilih warna tema korang. Jangan main redah jugak eh. hehehe

Apapun ni je nik dapat kongsikan Warna Tema Perkahwinan Meletop 2015. Perkongsian ni nik buat setelah nik kaji daripada sumber sini, sumber sini, sumber sini, dan juga sumber sini. hehehe.

Eh, nak pesan berpesan jugaklah untuk korang dan siri sendiri, kita orang islam elakkan ye buat majlis yang membazir dan telalu "keorang putihan" tu. Pakaian pun jangan ikut contoh kat atas tau. Kita buat majlis yang Allah redha.




FATIHAH FAZLIN@templatesyard