Fatihah Fazlin

Sabtu, 16 Januari 2016

Cukup Derita Itu... tak mengecewakan.
Assalamualaikum. 

Hujung minggu macam ni kalau takde sape ajak keluar, nik hanya kat bilik melayan jiwa raga.. haha. Kalau ikutkan hati memang nak sangat buat aktiviti yang lain. Tapi nak buat cemana.. tak dapat.

Selain dari hobi, bagi ni baca buku jugak satu terapi untuk hilangkan stress. 

Cukup Derita Itu.


Tapi mestilah masa yang ada ni kena isi kan. Tak lain tak bukan membacalah jawabnya. Tu antara sebab kenapa nik tak bosan duduk sendiri. Asalkan ada buku, then it fine for me ! Walaupun bukan buku ilmiah. Haha. Janji ada !

Cukup derita itu . Karya terbaru novelis popular, Siti Rosmizah. Penulis yang sangat sangat nik suka. Dari segi plot, cerita ni memang tak mengecewakanlah. Dari awal sampai akhir buat kita tertanya-tanya akan akan jadi for the next page. Haha.

Cerita yang mengisahkan kembar.. adik beradik kembar yang kontra perangai.. tingkah laku..cara pemikiran dan sebagainya. Hero pulak dengan membawa watak yang tak terlalu sempurna.. masalah kemalangan..hilang ingatan... diri hero tu sendiri tak seperti hero hero novel lain yang mana.. dia seorang yang nik boleh cakap jenis yang tak percaya diri. Tapi best ! Herion pun takde lah terlalu diagungkan cantik dalam penulisan ni. 

Pastu.. babak sedih memang banyak. Nik baca sambil lap hingus sebab nangis. Haha. Isus kekeluargaan pun banyak diterapkan dalam novel ni. Which is memang banyak yang boleh kita ambil iktibar.  

Kesudahan cerita Cukup Derita itu nik tak mau ulas banyak.. tapi of courselah happy ending kan.. nak tahu macam mana dan apa yang berlaku dalam novel ni.. kena bacalah. Hehe. 

Oh.. hero novel ni namanya ZARUL ZAFRAN  dan heroin pulak ELLANI, kembarnya ELLANA.




Sabtu, 9 Januari 2016

Demam dilwale baru sampai !
Assalamualaikum..

Huh. Lama gila rasanya tak update blog. Takde mood punya pasal. Pastu sibuk dengan keje satu hal. 

Hari ni cuti dah tak leh tahan dah. Nak kena update jugak. Haa.. semalam nik pergi tengok cerita bollywood yang tengah hot, Dilwale. Masa keluar trailler lagi duk berangan nak pergi kan. Mau tak nak tengok ! Shah Rukh Khan tu kita minat.  Ajak orang tu ajak orang ni.. semua ada keje.  Nasib baik ada hamba Allah ni sudi bawak kita. 



So, menapak lah kami petang semalam ke Aeon Rawang demi nak tengok Dilwale ni. Lambat dari koranglah kan. Orang lain dah 77kali tengok nik baru terkedek nak pergi beli tiket. 

Hahaha. Tapi memang puas hatilah ! Panggung penuh weii. Kalau kira beli awal dah tu. Tapi seat yang ada cuma dua baris kat depan je! Geram. Melengut kami kat bawah tu. Hahaha

Kira semlama mission accomplish la. Dapat tengok. Best kot cerita ni sampai menitik air mata. Tapi orang sebelah cover cun je. Kita ni dah tak leh nak tahan, teresak esak lah jugak. Orang kata terubatlah rindu nak tengok lakonan baru Shah Rukh Khan dengan Kajol kan. Entah bila pulak dorang nak ada movie lain lagi. 

Nak review pasal movie ni, macam taklah sebab malas. Yang nik tahu cerita ni best dan kalau yamg belum tengok lagi tu pergilah tengok ye. Nik dah tangkap leleh dengan lagu dia tu. Nak downloadlah! Hahaha. 

4.8/5 rate untuk dilwale. Nik suka ! Sampai semalam balik tido termimpi mimpi. Rasa nak jadi Kajol. Haha.


Ahad, 29 November 2015

Tonton Online Gegar Vaganza
Assalamualaikum.


Dah trending dah Gegar Vaganza tahun ni kan. Kalau sebelum ni, nik tak berminat sikit pun nak tengok. Tapi dek kerana kat facebook tu sana sini orang duk hashtag, nik pun rasa macam kena tengok. Haha

Macam biasa.. nik memang tak tengok kat tv. Dah berabad rasanya tak tengok tv. Nevermind. Tak kisah pun. Nik boleh tengok online. Huhuhu. Tapi tak tengok live la. 

Hujung minggu mereput kat bilik, apalagi tonton online gegar vaganza la. Wifi pun laju je. Tapi yang malam ni, nik tengok live streaming. Huh. Tapi tak best sebab tersekat-sekat.  Agak-agak siapalah ye akan jadi juara musim ni. I vote for nana. Sebab minat dia dari zaman duet dia dengan arwah acik. .


FATIHAH FAZLIN@templatesyard