Fatihah Fazlin

Ahad, 30 Jun 2013

Gembira Seadanya.
Assalamualaikum dears..
Entry ni mula diupdate jam 3.49 pagi waktu Malaysia pada 30 JUNE 2O12 iaitu hari jadi Abah. SELAMAT HARI LAHIR abah.semoga Allah permudahkan segalanya..:)

Excited nak cerita, khamis 20 june lepas nick dah berjaya tamatkan semester dua ijazah..
whooooooaaa!!! akhirnya..alhamdulillah. habis saja exam terus kemas barang-barang nak balik.huhu..barang nick memang banyak. Macam nak pindah rumah. Nick bawak balik semua takut nanti dah tak sambung dah sem 3 dan seterusnya. Mungkin ada rezeki nick akan sampai lagi kat unisza di lain masa,..hikhik^^

Nak dijadikan cerita, hari-hari sebelum balik tu rancang bagai nak rak la..nak pergi jelajah seluruh terengganu.haha..dan dan..nak pergi Masjid Kristal pun sesat..setahun duduk terengganu masih tak dapat tangkap segala jalan yang ada...hikhik..sesat,tapi jumpa akhirnya.

Sampai saja kat sana, terus cari makanan. Ma shaAllah lapar tak terkata masa tu.yelah..pukul 5 pagi nick bangun siap-siap dan usung barang-barang seorang diri turun naik tingkat 3.Bayangkan.. nak mintak tolong roomate, dia tidur lagi, nanti menggangu..kan..:)


Pekena nasi lemak!


taka ada apa2 motif letak gambar terbalik ni...^_^






pelancong..she's from mexico and so beautiful..



pintu sebelah kanan Masjid Kristal..



depan pusat konvensyen....kaburr..bukan jerebu oke..




Tahun melawat Terengganu 2013. bagi yang merancang nak holiday ke, apa kata datang ke sini..tak kan menyesal punya sebab banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati..pantai cantik..pulau-pulau lagi la..nak panjat gunung pun ada.. cehhh..macam duta pelancongan! 
 apa-apa pun,  Pulau Perhentian adalah salah satu destinasi wajib. nick sendiri akan ke sana..tapi tak tahu bila..hahah.. 

sekiannn...

salam seyummm semuaaaaa...:)
..Gembira Seadanya..
Tahiah: Piala FA 2013 kemenagan berpihak pada Kelantan
ASSALAMUALAIKUM..

Tengah malam ni a terasa ada mood nak update blog..seribu kemaafan pada semua sebab dah lama menyepi.:( ada sedikit masalah melanda, nick sendiri jadi kelam kabut.but dont worry, everything will be fine soon..

okey..tak nak cerita panjang-panjang.HAHAHA..gelak happy yang keterlaluan sebab KELANTAN menang lagi 1-0 melawan JDT..Ucapan terima kasih dari semua rakyat Kelantan pada penjaring tunggal NorFarhan..

Tarik nafas panjang jugak nick masa tengok perlawanan tadi..nak-nak masa penjaga gol kesayangan Khairul Fahmi bertempur kuat dengan dua pemain..Tapi Alhamdulillah, berkat doa semua penyokong, berkat kesungguhan pemain dan semua yang telibat The Red Warriors masih mampu mempertahankan kejuaraan.Tahniah!


In shaa Allah, piala ini akan di arak hingga ke Kota Bharu esok.

Sesiapa yang tengok tadi mesti tahu ceritanya.Kelantan berjaya merangkul gelaran juara berturut-turut. Apapun, tahniah juga buat JDT. Semua pasukan dah lakukan yang terbaik!

Tahniah juga buat kapten Badri Radzi yang dinobatkan sebagai Man of The Match. 

Ahad, 9 Jun 2013

Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku"
  • Assalamualaikum...
    Dah berapa ea nick tak update blog?? diri sendiri tak terupdate dengan ilmu-ilmu baru, nak update blog pulak?? hadooi...nick...nick...tapi in shaa allah , niat tu ada nak dapatkan buku berbeg tadi pun  exam tau! ambik kau ! sempat update blog..hihi..dont worry nick ambil masa sekejap je. xD' Nak berkongsi sedikit with u all dear.. :D

     "Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."


    Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun

    Daripada Sepotong Ayatku" 



    ehsan pak cik google !
    5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

    1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

    2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

    3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

    4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

    5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

    Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.Mengejar pahala akhirat....:)

    👔 Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

    🍲 Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu mnejadi darah dagingnya .

    Ini pula 7 kalimat yg harus di biasakan di bibir kita...kepada nick, jangan sekadar menulis ye..pesan dan sentiasa amalkan pada diri..InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...
    1. Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
    2. Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
    3. Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
    4. InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
    5. Laa hawla walaaquwwata illaah billaah- Bila tidak dpt melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yg buruk.
    6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
    7. Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
  • haa...dah baca kan semua..apa kata kita praktikkannya..tak susah pun..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tapi disandarkan pada nick...ehem! ehem! macam bagi talk.. Okey! SEKIAN.. WITH LOVE MUCAS-MUCAS..

FATIHAH FAZLIN@templatesyard