Fatihah Fazlin

Selasa, 13 Oktober 2015

Selamat Menyambut Awal Muharram.
Assalamualaikum..

Hai semua.

Tinggal beberapa jam je lagi kita nak menyambut tahun baru Islam. 14 Oktober ni bersamaan 1 Muharram dah Awal Muharram. Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan tahun Hijrah Islam. 

Amalan sunat:

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.




Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua..


Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Sukan Negara 2015
Assalamualaikum.

Hi korang. Memandangkan malam ni ada sedikit rasa bosan, so kita update blog la ye. Sempena HARI SUKAN NEGARA 2015 ni, jabatan nik ada buat program... PROGRAM GEGAR 10000 LANGKAH MEGA & KEM 'I WANT' .. Yuhuuu. Nik pun takde buat apa so rela hati la turut serta. 


 Awal pagi program dimulakan dengan senamrobik duluan. Haha. Happening. Ramaikan. Yang dalam gambar ni separuh je. Sebelah kanan tu ramai lagi.
 Maap gambar tak elok. Ambik dari bucu bucu je ni. Masa perasmian oleh DO.

Demi Kesihatan Untuk Negara ! !


Memula ingatkan nak turun padang sebagai perserta.. tapi kena jadi petugas pulak.. alahai.. tak dapat den nak pusing jalan jalan makan angin 6.5km kat Taman Millenium tu.. 

Meriah giler program pagi tadi. Kalau secara mata kasar dekat 2000 orang kot rasanya.. huhuhu. Tapi disebabkan takde mood sangat pagi tadi, tak banyak gambar yang nik ambil. Kat hp ni ada dua tiga keping je. Sedih! 

Btw, sesiapa yang datang kat IKBN Pertak tadi yang turut serta dengan Program Gegar 10000 Langkah Mega tadi.. komen kat bawah.. hahaha.. takpun kalau korang blogger jugak.. buat entry bagitau kat sini. Nik nak pergi usha gambar korang.. hehe.

Nik ada usha kat hashtag instagram.. ramai kot yang join HARI SUKAN NEGARA 2015 ni. Yelah kan Yb Khary dah war warkan secara meluas kan.. meriah je tengok kat instagram tu. Kalau buat acara tahunan pun best gak kan. Secara tak langsung boleh pupuk semangat kesukanan rakyat Malaysia yang katanya satu kajian tu.. ramai yang obesiti. Hahaha. Moh la ramai-ramai kita amalkan gaya hidup sihat ! ! ! Giteww..   



Rabu, 7 Oktober 2015

Payah Rupanya...
Assalamualaikum..




Kata orang, kita pergi tempat orang kita kenalah sesuaikan diri dengan cara dan gaya kat situ..huhhhh. nik cuba yang terbaik kat tempat baru ni..Walaupun sebelum ni nik bayangkan benda yang best-best kat sini. hahahaha.

Sesungguhnya, kerja pejabat di sungguh memenatkan otak. Bila otak dah penat mulalah fizikal pun nak memberontak. Sampaikan hari hari sakit kepala. Orang baru biasalah. Bila banyak benda baru kena belajar.. itu nak kena ingat.. ini nak kena hafal.. huhhhh. jenuhhhh..

Best je sebenarnya belajar perkara baru. Serius nik suka. Tapi yang tak best bila ada yang kata kita sloww.. aikkk.. siapa jelah yang laju buat kerje kalau benda tu kali pertama dia buat kan? hehehe. ke korang rasa macam mana...

Tapi nik jenis yang takut buat silap! Sejak dulu.. 


FATIHAH FAZLIN@templatesyard