Hari Sukan Negara 2015 - Fatihah Fazlin

Sabtu, 10 Oktober 2015

Hari Sukan Negara 2015

Assalamualaikum.

Hi korang. Memandangkan malam ni ada sedikit rasa bosan, so kita update blog la ye. Sempena HARI SUKAN NEGARA 2015 ni, jabatan nik ada buat program... PROGRAM GEGAR 10000 LANGKAH MEGA & KEM 'I WANT' .. Yuhuuu. Nik pun takde buat apa so rela hati la turut serta. 


 Awal pagi program dimulakan dengan senamrobik duluan. Haha. Happening. Ramaikan. Yang dalam gambar ni separuh je. Sebelah kanan tu ramai lagi.
 Maap gambar tak elok. Ambik dari bucu bucu je ni. Masa perasmian oleh DO.

Demi Kesihatan Untuk Negara ! !


Memula ingatkan nak turun padang sebagai perserta.. tapi kena jadi petugas pulak.. alahai.. tak dapat den nak pusing jalan jalan makan angin 6.5km kat Taman Millenium tu.. 

Meriah giler program pagi tadi. Kalau secara mata kasar dekat 2000 orang kot rasanya.. huhuhu. Tapi disebabkan takde mood sangat pagi tadi, tak banyak gambar yang nik ambil. Kat hp ni ada dua tiga keping je. Sedih! 

Btw, sesiapa yang datang kat IKBN Pertak tadi yang turut serta dengan Program Gegar 10000 Langkah Mega tadi.. komen kat bawah.. hahaha.. takpun kalau korang blogger jugak.. buat entry bagitau kat sini. Nik nak pergi usha gambar korang.. hehe.

Nik ada usha kat hashtag instagram.. ramai kot yang join HARI SUKAN NEGARA 2015 ni. Yelah kan Yb Khary dah war warkan secara meluas kan.. meriah je tengok kat instagram tu. Kalau buat acara tahunan pun best gak kan. Secara tak langsung boleh pupuk semangat kesukanan rakyat Malaysia yang katanya satu kajian tu.. ramai yang obesiti. Hahaha. Moh la ramai-ramai kita amalkan gaya hidup sihat ! ! ! Giteww..   



Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard