Fatihah Fazlin

Ahad, 30 April 2023

Selamat Hari Raya 2023!

 Assalamualaikum.


Gambar 1st raya dengan family. Kelam kabut sikit. Takpelah, asalkan muka kita nampak cantik disitu. 

Hi semua. Alhamdulilllah, tahun ni kita tak raya terkejut ye. Santai-santai je untuk Aidilfitri kali ni kan? Semia nik tengok bersiap siaga dari awal. Ada yang masak rendang 3 hari awal, pastu frozenkan.. Amboi sangat dia.. hahaha. Takut sangat ye rendang tak masak pagi raya. Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah bagi. 


Takut raya awal, lemang kita buat awal.


Cerita raya kali ni tak drama dah. Kalau tahun lepas sehari bermalam raya kat wad kan, tahun ni takdah! hihi. Malam rabu dah start kereta balik kampung. Khamis nik siap-siap apply cuti sebab takut Jumaat raya dah. Nasib baik Sabtu. Penuh bonet kereta sebab tahun ni anak dua dah, barang pun lebih sikitlah! 


Raya tahun ni jugak,nik dah ada addition to the family, si montel Iman Raihana :) Orang kata ramai anak seronok time raya ye. Tapi nik kalut ye. Tak tahu nak siapkan anak yang mana dulu. wakakak. Kakak ke adik dulu? Dahlah pagi raya tu semua takde pergi sembahyang raya. Terkontang-kanting siapkan dua anak sekali dengan diri sendiri. Nasib baik ada ucu dorang tolong pegangkan Iman. Si dak Iman ni pun, time ibu nak bersiap-time tu jugak dia nak menangis. Berpeluh ibu-mu nakkkk..


Ni lah dua beradik tu. Kesayangan ibu.

Hari raya pertama mok buat Bihun Sup dan ketupat. Nik tolong kacaukan rendang ayam. Suami, Abah dengan adik-adik bakarkan lemang sehari sebelum raya. Cikling buat-buat sibuk kemas satu rumah. Kuih raya cikling banyak oder je tahun ni. Nik ada curi-curi masa buat popia gunting. Dapat dua balang. Esok-esok habislah tu. Sebab yang  adik -adik lelaki kat rumah mok tu bab mengunyah number satu. Kuih raya kalau beli, kena sembunyikan dulu, pagi raya baru bawak keluar.



okey ekkk..

Ibu + Anis + Iman. Jalan - jalan raya katanyaa..

Hari raya kedua pulak, beraya kat Kuala Krai rumah sedara mara belah suami. Seronok Anis dapat banyak duit raya. Sampai kesudah dok cakap Anis nak beli itu ini. Anis kan ada banyak duit. Hahaha. Budak baru kenal erti membeli perlu duit. Raya ke tiga belah petang pulak dah bertolak balik sebab esoknya nik dah kena masuk kerja. Sengaja tak nak cuti lama sebab lepas ni plan nak cuti lagi. 


Oh btw, korang yang baca ni sedekahkan Al-fatihah untuk pak saudara nik ye, menghembuskan nafas terakhir dekat nak subuh raya ke-3. 


Akhir sekali, selamat hari raya korang. Kalau buat open house ajak-ajak la yer. Belah Kuala Terengganu nik boleh sampai! hehehe. Misi mencari kuah kacang + nasi impit. Nik tak jumpa lagi kat mana-mana rumah sepanjang pergi beraya ni. Nak buat sendiri malas. Tunggu open house jelah jadinya. 



Jumaat, 31 Mac 2023

Resepi Murtabak Mini Telur Kulit Popia

 Assalamualaikum.


Hai korang. Puasa puasa ni semua makanan melintas kat fb, semua nampak sedap. Semua nak try. Nik pulak dok terliur murtabak telur mini ni. Hari tu lagi melimtas kat wall fb. Semalam baru sempat buat. Khamis kan balik kerja awal, bolehlah masak speasial sikit. Masak lemak udang pun sempat buat semalam. hahahah


Rupa Murtabak Telur Mini 


Nik buat dua version Murtabak telur semalam. Satu nik goreng berminya. Satu bahagian lagi goreng tanpa minyak. Dua dua sedap. 


Resepi Murtabak Telur kulit Popia. 

Bawang merah sebiji*

Bawang besar 2 biji*

Bawang putih 3 ulas*

Lada (ikut tahap kepedasan koranglah)*

Garam dan perasa*

Telur 3 biji

Kulit popia





3 biji telur


Rupa sebelum goreng


Cara penyedian inti Murtabak:

First, goreng sampai garing semua bahan bertanda * dengan sedikit minyak. Kacau telur dalam mangkuk dan goreng hancur. Campurkan semua bahan(inti murtabak) , sebatikan.


Letak inti sedikit diatas sekeping kulit popia. Lipat ikut kreativiti masing-masing. Murbtabak telur kulit popia sedia digoreng.


Makan panas panas.. fuhh sedapnya. Takperlu sos atau pencicah apa-apa dah. Tapi kalau korang rajin bolehlah buat pencicah merah murtabak tu. Nik semalam makan macam tu je. Habisss.   Buat lebih semalam, untuk stok hari kedepan. 3 biji telur semalam nik boleh dapat dalam 18 biji murtabak mini. Banyak kan? Boleh makan sampai puas.


Selamat mencuba korang!



Selasa, 28 Mac 2023

Ramadham Karem Everyone!

 Assalamualaikum.


Allahduilllah berjumpa lagi kita dengan ramadhan tahun 1444H. Sedar-sedar dah masuk 6 Ramadhan dah kita ye. Sekejap je ni, tahu-tahu masuk Syawal pulak.  Cerita ramadhan nik kali ni, takde apa yang menarik sangat.. Azamnya tak mahu jejak kali jejalah bazar ramadhan. Nak jimat! Setakat hari semalam memang tak pergi lagi. Puasa hari kedua hari tu je, drive adik ke bazar. Tapi nik tak turun. Acilah kan?





Selain tu, menyambut ramadhan dengan dua anak ni lain sungguh ye. Time kita sibuk nak masak juadah berbuka, macam-macam hal pulak yang jadi. Yang kakak nak basuh beraknya..yang adik menangisnya. HaHAHA. Kita dengan balik kerja berkejar nak masak. Menguji imah bethol. Tapi nikmatnya bila dengar azan tu. 


Ramadhan pertama dan kedua nik berbuka dan bersahur kat kampung. Mak masak meriah la. Tiga empat lauk. Dengan kuihnya lagi. Kalau nik masa sendiri satu dua je dah cukup. Balik rumah sendiri memang nik masak lagi setakat ni. Semalam buat ikan singgang + telur masak kicap bergedik resepi cik epal. Hari sebelum tu buat ikan masak air asam + peria goreng telur dan tempe. Petang ni nik plan nak buat ikan masak kicap. Pastu nak buat sayur air je. Masak simple-simple je. 


Di kesempatan ni, nik nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua yang membaca blog nik. Semoga ramadhan kita semua kali ni lebih diberkati Allah. Semoga semua amal ibdah kita diterima. Semoga semuanya baik-baik untuk kita semua.  Amin.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard