Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com - Fatihah Fazlin

Ahad, 14 September 2014

Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com

Assalamualaikum..

Esok isnin dah. Sesiapa yang kerja office hour tu silakanlah iron baju. Nik cuti ye esok dan lusa, biasalah, kerja syift semua tak menentu termasuk tidur, makan, dan cuti.


Tersenarai dalam contest cabaran iphone 5s blog Denaihati.com | Korang rasa apa agaknya perasaan nik? Rasa macam nak bagitahu semua orang. Hahaha. Alhamdulillah blog nik tersenarai jgak dalm cabaran ni. Cabaran yang disahut ni sebenarnya bulan 8 lagi. Tunggu pengumunan dari blog Tuan Denaihati dengan penuh kesabaran dan debaran. Boleh dikatakan setiap kali buka blog sendiri, blog pertama yang akan di cari adalah blog Tuan Denaihati. Dalam senari peserta, nik orang yang ke 30. Boleh tengok kat entry Tuan Denaihati, Cabaran iphone 5s.

Macam ni cakap kat entry iphone 5s gajet impian setiap blogger, harapan nik menggunung, impian nik melaut untuk memiliki iphone 5s dalam cabaran kali ni. Nak beli sendiri? Buat masa ni belum mampu. Duit 2000 dengan sebuah handphone? Mahu tak mengamuk mak kat kampung.  Mak kalau boleh nak nik guna Nokia 3310 je.. huhuhu. Tapi kalau dapat free rasanya mak nik pun suka! Ehh..

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.

  1. Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  2. Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog  hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  3. Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  4. Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  5. Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
  6. Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
  7. Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.

Untuk pengetahuan korang juga, seramai 140 peserta telah layak ke cabaran kedua. Di mana pemilihannya dilakukan oleh para juri dan sponsor. Senarai sponspor yang superb ada di bawah. Terima kasih daun keladi. Melihat pada status Tuan Denaihati tadi, jumlah sponsor semakin meningkat ! Dan hadiah utama berupa iphone 5s juga bakal meningkat dari 3 kepada 5! Kalau betul berita ni. Alhamdulillah. Peluang untuk setiap peserta menang lebih tinggi. 

Terima kasih sekali lagi pada penaja.

Penaja utama ialah: 

Berikut adalah senarai penaja lain:
                           13- http://daddydee.net                          
14- http://www.sunshinekelly.com

Nik harap, nik berjaya tempuhi cabaran kedua ni dengan mengikut semua syarat yang telah ditetapkankan oleh penganjur.. Mohon doa dan sokongan dari kalian semua. Semua peserta hebat-hebat belaka dan bersemangat untuk menang. Tapi nik yakin dengan usaha dan rezeki Allah. Mungkinkah Mega kat bawah yang berderai pecah ni bakal diganti dengan iphone?


Reupdate: Penaja dah bertambah menjadi 23 orang termasuk penaja utama.


Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu.-denaihati-

21 ulasan:

  1. wahh hebat.. giveaway ni lain sikit dri giveaway yg lain. semoga berjaya!

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya, rasanya ada penaja baru untuk cabaran ini. Jgn lupa update nanti tersingkir pula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat jam 8.30 tadi dah update senari terbaru penaja. Harap sangat tidak terlepas pandang.

      Padam
  3. selamat dan sukses untuk peserta contest cebaran iPhone yang menjadi idaman dan impian blogger se-dunia, terima kasih sudah berbagi artikle yang bagus sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. :) memang teringin sangat nak iphone. Huhu

      Padam
  4. alhamdulillah... semoga berjaya tau... menang ipon boleh wechat dengan mama.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama doakan nik berjaya tau... nanti dpt ipon nik wechat mama.. hehehe.

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard