Kamu tinggal dimana? Kamu ingat rumah kamu? - Fatihah Fazlin

Jumaat, 13 September 2013

Kamu tinggal dimana? Kamu ingat rumah kamu?

ASSALAMUALAIKUM..

Segala puji bagi ALLAH yang maha esa. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Betol-betol jarang update disini..hati nick tergerak nak kongsikan satu cerita yang jarang sangat berlaku depan mata nick, even mungkin depan mata kita semua. ::><:: sungguh nick tersentuh..

waktu entry ni ditaip, nick di tempat kerja, memandangkan tak de ramai patient datang, nick menyempatkan diri sign in blog.ouchh! rasa macam blog ni dianak tirikan pulak. Btw, alkisah bermula bila nick tengok seorang pakcik/abang(tak pasti sebab di membelakangi nick) duduk di atas welchair di muka pintu,. Lama dia disitu. First, nick fikir mungkin dia sedang menunggu saudaranya..atau kawan atau family.

10..20..30..40..50..120 minit kemudian..
ada seorang yang paling penting yang kerja kat hospital lalu depan pakcik/abang, pakai kot putih..ala yang pakai steteskop tu..(boleh fikir kan) ..pakcik/abang tu tengok ja..kali kedua,dia tegur..
nick tak jelas butir percakapan mereka, tapi nick masih boleh dengar.dan nick yakin apa yang nick denagr tu betul..

"encik,boleh ka minta ambulans hantar saya?"

"tidak.kamu tiada kawan? "

"tiada.saya sorang saja.ambulans ada encik?"

"nak guna ambulans ada procedure."

begitulah sedikit sebanyak yang nick dengar..dan pemakai kot putih terus berlalu..:"( sedih dan tersentuh sangat nick tengok nad dengar suara pakcik/abang tu. apa lagi yang dia mampu buat. seorang di hospital jam 11.30 malam tanpa keluarga @ kawan dan tak mampu berjalan (welchair)..




seterusnya, dia bertanya pula pada guard yang ada.. Nick pasti guard tu mahu tolong dia, tapi waktu tu dia pun sedang kerja, apa la yang dia boleh buat..

nick yang melihat dari dalam,tersentuh..dalam hati kata 'harap-harap ada yang tolong dia.'.. terkikir jugak nak mintak number telefon family dia, tapi tak sempat sebab masa tu patient tengah ramai. :":": tak lama kemudian, ada la satu family ni datang dari luar..Mungkin diorang dengar perbualan pakcik/abang tu dengan si pemakai baju kot tadi dan baru selesai jumpa doktor dan ambil ubat kot..

'Si Family' adalah dalam 3 orang, mungkin suami,isteri dan adik beradik salah seorang dari mereka.. yang si 'suami raut wajahnya agak garang.nick pun takut nak tengok..tapi siap tahu disebalik wajah tu, dia masih punya sifat perikemanusiaan. Alhamdulillah..

perbualan mereka...

"kenapa? kamu nak balik? kamu tinggal di mana? kk( area bandar kk) ka??"

si pakcik/abang tu macam bingung/terkejut nak menjawab..butir jawapannya tak jelas.

"kamu ingat rumah kamu?" 

si pakcik/abang tu angguk.

"ok.marilah.kami hantar kamu. di kk kan?"

si 'isteri' membantu menolak welchair.

"kamu disini dulu, saya pergi ambil kereta"

..................................................................................................


tanpa kenal, tanpa tahu nama, tanpa diminta... 'si family' sudi menolong.. bagi pihak pakcik/abang tu, nick ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tuhan akan balas kebaikkan kamu. dan nick pasti pakcik/abang tu juga amat berterima kasih.. ya..tidak kira kamu siapa. menteri, pegawai, polis, cikgu, mahupun peguam.. yang penting kamu manusia, maka tumbuhkanlah sedikit rasa ihsan buat sesiapa yang dalam kesusahan. Cambahkan sedikit rasa perikemanusiaan pada sesama makhluk.

Jangan angkuh. Jangan sombong! 

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

 


p/s: kisah benar ini berlaku depan mata nick sendiri..

2 ulasan:

  1. kisah ni betul2 menyentuh hati akak. rasa terharu bila baca kisah lelaki tu. harap urusan beliau yg lain dipermudahkan Allah

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard