Hanya ikan mati yang mengikut arus - Fatihah Fazlin

Isnin, 18 November 2013

Hanya ikan mati yang mengikut arus


ASSALAMUALAIKUM...


Bismillah...sebulan dua ni memang nick dah jarang update blog. tak tahulah kenapa. perasaan nak updete setiap hari tu memang ada, tapi bila buka blog ni, alahai.. tetiba hati kata 'biarla dulu..esok-esok jelah!'

nampak kan?  sebuah perasaan malas yang tak bertepi..sesungguhnya jangan sesekali biarkan malas menyelubungi hidup anda! ceh.  sebenarnya, sejak seminggu kebelakangan ni nick banyak fikir pasal kehidupan nick, pasal masa depan, pasal siapa nick akan jadi next 10 year, next 20 year...

kalau ikut cita-cita..heee.besar pangkatnya. tapi kehidupan bukan seperti yang kita rancang. Kita nak macam ni, Allah bagi macam tu. Kita nak buah manggis Allah bagi strawbery. kenapa? sebab Allah adalah perencana yang terbaik.  Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tahu apa yang kita mampu, dan apa yang kita tak mampu.. muhasabah.

kalau boleh nick tak nak 10 atau 20 tahun yang akan datang, nick masih macam ni. nick nak sesuatu yang lebih daripada sekarang, bukan tak mahu bersyukur dengan rezeki dan kehidupan sekarang tapi ada sesuatu yang buat nick yakin yang nick akan dapat. Tapi bukan dengan senang. kena ada USAHA disertakan dengan DOA dan seterusnya TAWAKAL.

Ya. Allah tu Maha Adil, letakkan seorang hambanya di roda paling bawah pada satu masa untuk Dia berikan peluang hamba itu mendaki naik ke atas. thats 
the point!!




siapa mahu hidupnya di bawah kan?
semua mahu senang.
semua mahu gembira.
semua mahu aman.
semua mahu berjaya.
semua mahu kaya.
pokoknya...semua mahu yang positive saja!

in the same time, kita tak sedar yang kemahuan tu just a 'kemahuan', langsung tak kita sertakan dengan usaha, right? okey, lets say ada yang usaha tapi still.. 

'urggghh..dah banyak kali try, tapi tak berjaya jugak.. fed up lah..'

hello! hello! hello! diri..?? awak sedar tak awak baru mencuba dua kali, then you still can say 'dah banyak kali'?? tahu tak orang nak buat kapal terbang tu dia cuba berapa puluh kali?? tahu tak? 
thats me! thats us! usaha tak setara mana, tapi mengalahnya lebih dari usaha. wake up diri. wake up nick. jangan hanya jadi ikan yang mati, yang hanya tahu mengikut arus sungai. cuba bangkit lawan arus. cuba jadi ikan yang hidup, mencari makanan melawan arus.

lawan arus bukan maksud langgar apa yang Allah dah tetapkan. tapi cuba buka dimensi hidup yang baru, yang lebih fresh! yang lebih beri motivasi pada hidup sendiri dan orang lain pada masa yang tak keluar daripada hukum-hukum Allah. yess! cuba tekadkan hati untuk buat sesuatu yang beri kesan positif pada next 10 or 20 years..cuba beranikan diri untuk GAGAL dan BERJAYA.

Sekian sahaja kisah nick. Nukilan ni sekadar entry rujukan untuk diri untuk sentiasa bermotivasi! yeah!
Good nite pada yang belum tidur.
Semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi. :)
xoxo.

Moga kita semua menjadi hamba yang bersyukur diatas nikmat yg diberiNYA
bersyukur dengan apa yg ada
Moga Allah terima amalan baik kita sepanjang hayat
Moga Allah hapuskan dosa kita
Jaga diri,jaga maruah,jaga iman,jaga amal,jaga aurat

5 ulasan:

  1. nice entry..
    jemput singgah page saya
    https://www.facebook.com/pages/Tudung-Terkini/474205746007448?fref=ts

    BalasPadam
  2. All the best Nik..Insha Allah semoga segala yang Nik citakan akan tercapai ya

    BalasPadam
  3. assalam...joooom ramai2 join segmen ni... sempena cuti sekolah...
    http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/11/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard