Keselamatan kita ibarat telur di hujung tanduk!! - Fatihah Fazlin

Ahad, 12 Januari 2014

Keselamatan kita ibarat telur di hujung tanduk!!




ASSALAMUALIKUM...

Say cheese. 
Saya Alhamdulillah untuk segala yang Allah hadiahkan pada kita. 
Selawat salam pada junjungan nabi.

Alhamdullah. Dapat disisip sedikit masa untuk melakar tulisan pada blog kali ini. Entry kedua untuk tahun 2014. fuhhh. cepat je masa berlalu. bertambah lagi umur, semakin dekat dengan kematian. muhasabah. adakah amalan juga bertambah seiring dengan pertambahan umur? Selagi bernafas kita masih punya peluang, tapi yang menakutkan kita tak tahu bila-bila masa saja nyawa kita akan ditarik. dan bagaimana saja caranya. Allahu.



2014.
Awal tahun lagi dah macam-macam berita dan cerita tak sedap kita dengar. kes bunuh ada di mana-mana. kes rogol tak pernah berenti. Orang biasa, orang awam macam kita, ada senjata api.  menakutkan! banyak perkara boleh berlaku tanpa kita jangka. bukan minta perkara buruk terjadi (nauzubillah) tapi, ini adalah kenyataan. keselamatan kita bagai telur dihujung tanduk. bila-bila masa boleh terancam. 

Jenayah ada di mana-mana. nak berjalan ke kedai runcit di depan rumah pun dah tak selamat. kita kena peduli. mungkin hari ini tidak berlaku pada kita atau keluarga terdekat tapi malang tidak berbau. Jangan sesekali ambil ringan. Ke mana sahaja kita pergi, berjaga-jaga. jangan rasa kita selamat. penjenayah tak akan pilih yang kaya sahaja. 

tak kira anda nenek, mahupun anak dara, berhati-hatilah.
tak kira anda kanak-kanak mahupun belia tegap, berhati-hatilah.

Keselamatan kita sudah tidak terjamin, walaupun di dalam rumah sendiri. Nick yakin, setiap kalu mahu keluar rumah, anda akan cuba pastikan diri anda selamat. pandang kiri kanan, depan belakang. hakikatnya, sejauh mana kemungkinan kita akan pegi dan pulang dengan selamat.
wallahua'lam.
tapi walaubagaimana pun.. tawakkal tua'lallah.

mulakan setiap perjalanan kita, walaupun hanya ke rumah jiran sebelah, mulakan dengan BISMILLAH HITAWAKKAL TUA'LALLAH. Semoga Allah menjaga kita. aminn...

4 ulasan:

  1. betul tuu. awal2 tahun dah ada kes yg xsedap didengar. semoga kita semua terlindung dari perkara2 yg xdiingini

    BalasPadam
  2. jemput join :) http://cocopinkylover.blogspot.com/2014/01/tomodachi-big-giveaway.html

    BalasPadam
  3. Jenayah ada dimana2, kena lebih berhati-hati sekarang ni

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard