Pantai Tanjung Aru: Piknik Kami - Fatihah Fazlin

Khamis, 3 Julai 2014

Pantai Tanjung Aru: Piknik Kami

Assalamualaikum..

Sementara rasa nak update blog tu meluap-meluap, nik curi sedikit masa untuk menulis di blog kecintaan ni.. :p ketepikan line slow macam siput sedut, nik tunggu keloadingan yang tak habis-habis ni. Biasalah, kuota nak habis. . Huhuhu

dah berapa hari kita puasa baru nik sempat nak sambung taip entry yang tergendala ni uolls.. Ni nak berkisah pasal piknik kitaorang rakan sekerja yang happenning lagi meriah beberapa minggu lepas.! Serius, dorang rakan yang baik yang nik ada sekarang. Oke! Bagi uolls yang dimaksudkan, jangan perasan ye nik puji anda kat sini. Hihihihi. Tapi apepun, korang memang baik. I love to stay here because i have uolls. Mekasih uolls!!!!

Meh pembaca yang budiman, kita scroll gambar-gambar piknik tepi pantai kami untuk yang kedua kalinya. Rancangan asal nak buat bbq, nak bakar sendiri sotong, ketam, udang, ayam, ikan tu semua tapi memandangkan masa tak menyebelahi dan waktu tu ada yang ada hal sebelah paginya, ada yang syift pagi, so big boss decide untuk beli je ikan yang dah dibakar kat kedai. Beli semua yang dah siap. Ada yang bawak mee, bawak nasi, bawak air.  Yang simple-simpel je. Tapi yang penting objektif program tercapai. Nak buat 'bbq'sebelum puasa. Hehehhehe.

haa.. cantikan pantai Tanjung Aru ni... ^_^

Menunggu kawan-kawan lain yang belom datang. Punyalah boring. 
dekat sejam kami bertiga menyelpikan diri..



haaa...makan ramai-ramai macam ni memang meriah tau! 
orang kata mengeratkan hubungan.
Serius best!

Excited je semua nak masuk dalam kamera. Nasib baik ada monopod kan! 
--bella--judith--azian--kak ros aka mami khalish--joan-- carol--dan lain2 yang tak dapat hadir.


Sesi bonding si mami dengan anak teruna!

bila dah petang sikit, orang dah mula ramai. Cuaca pun elokkk je! :)

Buatlah banyak kali pun aktiviti macam ni uolls lakukan, tetap meriah. Kalau buat sekali macam nak buat lagi..

p/s: 22 hari lagi nik fly balik kampung halaman uolls. Rasa tak sabar sangat2! kalaulah masa boleh diputar. huhuhu.

8 ulasan:

  1. bestnya gathering dgn kengkawan..:-)

    BalasPadam
  2. seronok nya picnic. lama sgt liz x picnic dgn family

    BalasPadam
  3. wahh. nampak seronok sangat! ^^, saya pun khamis depan insya-ALLAH plan nak keluar buka puasa dengan member-member.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard