BAB 8
Ujian Pengesanan Satu sudah menutup tirainya hari ini. Rata-rata
pelajar mengeluh gembira kerana telah Berjaya melepasi halangan pertama untuk
tahun ini. Oleh sebab peperiksaan berakhir awal, para pelajar sudah dibenarkan
pulang iaitu jam 12.30 tengah hari. Bergegar satu sekolah apabila pengumuman pulang diumumkan. Teriak dan sorak
pelajar begitu gamat terutama di bangunan baru di mana bangunan tersebut menempatkan sebahagian
pelajar menegah rendah.Sekolah yang mempunyai kapasiti kurang 2000 orang
pelajar semakin sunyi dan lengang. Ramai pelajar telah meninggalkan kawasan
sekolah, begitu juga dengan guru-guru. Medan perhimpunan dan Anjung Perdana yang menjadi tempat letak kereta para guru
juga sudah mulai kosong. Baik guru
mahupun pelajar masing-masing dengan satu tujuan.Pulang ke rumah dan mengisi
perut!
“Air?”
Fazlia menyambut plastik yang berisi air bandung dari
tangan Cikgu Hazriq. Ucapan terima kasih disertakannya.
“Macam mana exam hari ni?” Fazlia tersenyum.
“Okey..macam biasa aje.” jawabnya sejurus selepas itu.
“Ila kirim salam rindu pada abang.” Terangkat kening
Hazriq.
“Janganlah buat muka macam tu.”
“Mungkin dah nasib abang, orang lain yang abang rindu
orang lain yang rindukan abang.” Fazlia berpura-pura tidak mendengar. Cikgu
Hazriq mungkin tidak mengerti akan perasaannya. Selama lebih seminggu dia tidak
bersua dengan Cikgu itu, dia umpama kehilangan sesuatu yang bernilai. Duduknya
tidak selesa, tidur apatah lagi. Semua kerana dia didera rasa rindu. Tetapi
biarlah dia tidak mengucapkan rasa itu. Biar hanya hati sahaja yang mengolah
rasa.
***********************************************************************
Syakila khusyuk mendengar penjelasan Cikgu Hazriq
sehingga lelaki itu menoktahkan katanya.
“Saya rasa dia takut cikgu tinggalkan dia. Mungkin bagi
dia cikgu ni Abang Eri dan dia tak nak kehilangan untuk kali kedua. Cikgu
kenalah terangkan satu per satu pada dia, cikgu
kena buat dia faham. Kalau tak sampai bila-bila pun dia tak akan boleh terima. Orang
macam ni kita tak boleh ikut kata dia saja.” panjang Syakila menyuarakan
pendapatnya. Dia tidak kisah walau apa jua penerimaan Cikgu Hazriq kerana yang
penting dia cuma mahu bersikap jujur. Dan dia tidak mahu suatu hari nanti Cikgu
Hazriq berpatah arang.
Pada Hazriq, memang benar dia perlu tahu semua itu
walaupun kebenaran yang diutarakan Syakila sebentar tadi amat pedih untuk
diterima. Dia tertanya-tanya apakah rasa kasih dari Fazlia yang terpamer selama
ini kerana dia ‘sama’ dengan seseorang yang bernama Tengku Hairi? Seseorang
yang terlalu menyayanginya, juga yang sentiasa disayanginya. Seketika Hazriq
bermonolog sendirian.
‘Ah! Apa-apapun mesti ada cara untuk
buang arwah Hairi jauh dari hidup Fazlia!’hati Hazriq menjerit. Dia begitu kesal dengan keadaan yang terpaksa
dilaalui Fazlia. Kenapa harus dia yang mesti menanggung beban yang sebegini
rupa? Kenapa harus Fazlia?
Setelah lebih setengah jam berbincang dan menjawab
pelbagai soalan daripada Ciagu Hazriq, Syakila meminta dir untuk berlalu. Awal
tadi dia agak terkejut apabila seorang pelajar Tingkatan 6 memaklumkannya
bahawa dia dipanggil oleh Cikgu Hazriq. Tika itu dia baru saja selesai
mengadakan latihan lariannya untuk persediaan kejohanan peringkat daerah minggu
hadapan.Sekarang,fahamlah dia kenapa Fazlia mengamuk sakan malam
semalam.Rupanya ada sesuatu yang berlaku.
*****************************************************************************
Sudah 15 minit Hazriq menunggu barulah orang yang dinanti
tiba. Hazriq bangun tanda hormat dan menghulur tangan untuk bersalam. Dia
mempelawa duduk. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“Maaflah abang lambat, ada kerja sikit tadi.” Menyedari
kelewatannya dalam temujanji tersebut, Encik Harun memohon maaf. Apa yang
penting kelewatannya hari ini bukan disengajakan, dia benar-benar sibuk minggu
ini. Banyak hal yang perlu dibereskan. Malahan, hari ini dia belum lagi menjamah
nasi sekadar memakan bihun goreng yang disediakan oleh isteri awal pagi tadi.
“Takpe bang, saya faham..saya yang patut minta maaf
kearna mengganggu masa Abang.Saya harap Abang tak keberatan sebab saya nak
berbincang tentang Fazlia.” Ujar Hazriq berterus-terang.
Walaupun begitu,dia sendiri tidak yakin dengan apa yang
sedang dilakukannya sekarang.Hanya mampu berserah pada Allah SWT.
“Cikgu..sebelum cikgu teruskan. abang nak cakap sesuatu
terlebih dahulu. Abang yakin firasat abang dan rasa ianya betul.”
Encik Harun berhenti. Dia meneruskan niatnya apabila
melihat guru itu mahu terus mendengar.
“Dengan keadaan Faz macam tu, saya risau. Kalau difikir
logik tak akan ada siapa yang mahu mendekatinya.Usahkan orang luar cikgu,jiran
sendiri pun takut. Abang dapat hidu niat cikgu. Betul ke cikgu?”
Hazriq tersenyum. Tidak susah kerjanya kali ini. Cuma dia
perlu menampakkan kesungguhan. Apa pun dia sanggup lakukan demi mendapatkan
cinta.
“Abang tak tahu samada cikgu ikhlas, simpati atau sekadar
suka-suka. Tapi abang harap cikgu tahu Fazlia bukan bahan untuk dijadikan
ujikaji. Abang amat berbesar hati kalau cikgu benar-benar ikhlas, tapi kalau
sekadar nak mempermainkan dia, lebih baik cikgu berhenti. Dia dah banyak
menderita. Tolong jangan dekat dengan dia kalau cikgu ada niat yang abang tak
suka” Luah Encik Harun tenang. Hazriq yang mendengar mempamerkan reaksi
bersahaja. Wajahnya yang bersahaja langsung tidak menggambarkan jiwanya yang
berombak.
“Sebenarnya bang, sejak dari kali pertama saya melihat
Fazlia saya dah jatuh hati pada dia. Sedikit pun niat main-main tak ada dalam
hati saya. Saya harap abang dapat lihat keikhlasan saya. Insha Allah. Saya
cintakan dia.”Hazriq berhenti seketika, kemudian menyambung lagi.
“Saya nak bawa Fazlia berubat cara kampung kalau abang
izikan. Saya nak dia sembuh sepenuhnya.”
“Faz tak pernah nak berubat cikgu. Dia hanya bertahan
dengan ubat doktor. Dah puas kami pujuk cikgu. Sampaikan kami terpaksa menipu. Bagi
dia minum air penawar, air yassin pun kami masukan dalam masakan dan air lain. Dia
mati-mati tak nak cikgu.” terang Encik Harun panjang. Dia mahu cikgu itu faham
akan situasi dan keadaan Fazlianira yang sebenarnya dan tidak menyesal di
kemudian hari.
*****************************************************************************
Pejam celik-pejam celik cuti seminggu telah pun berakhir.
Fazlia yang menghabiskan cutinya bersama keluarga di Pantai Irama, Bachok
begitu gembira dapat berjumpa kembali dengan dengan Syakila. Sememangnya dia
merindui teman karibnya itu. Maklumlah,mereka sudah berkawan sejak dari dalam
perut ibu lagi.Sudah faham perangai masing-masing.Rajuk-merajuk dan pujuk-
memujuk sudah menjadi gula dan garam dalam persahabatan mereka.Bergaduh
pernah,bertengkar pun selalu.Namun semua itu tidak menjadi kudis dek kerana
keutuhan persahabatan yang terjalin sedari kecil ini bagai tiada berpenghujung.
“Ayah aku tak dapat cuti la, macam mana nak holiday. Kakak dan abang aku pun tak
balik….”sedih bunyinya. Syakila seakan kesal kerana tidak ke mana-mana untuk
menghabiskan cuti seminggu persekolahan.
“Laaa…ok apa duduk kat rumah. Mesti kau study hard gila kan? Tak rugi pun.” Fazlia
cuba memujuk.
“Pandai la kau..Banyak la kau punya study!”
“Memang aku pandai pun.”
Ketawa Fazlia terburai. Lantas bantal bersampul merah
jambu dilempar mengena tepat pada Fazlia walaupun telah mengelak. Ibarat
bergegar satu bangunan dengan pekik dan gelak tawa mereka.
“Hai kakak-kakak sayang.. happy semacam aje ni.
Ada apa-apa ke?” Tegur Farhana seketika.
“Yelahkan adik sayang? Tapi akak okay je, ni haa! Kak faz
awak ni, sejak ada abang hensomed senyum memanjang,”
“Hoi! Kau ni ikut sedap mulut aje cakap kan? Penampar
nak?” bentak Fazlia marah. Geram betul dia dengan mulut Syakila. Arghh..macam
bertih jagung.
“Untung badan..merajuk sikit nanti dah ada yang pujuk.”
“Dah la! Dah la! Sakit telinga aku dengar.” Fazlia cuba
buat muka marah walau sebenarnya dia cuba menahan malu.
Syakila
pula memang pantang! Akhir-akhir ini dia memang gemar mengusik sahabatnya. Yup!
Bukan dia tidak tahu berlakunya konflik dalam hubungan Fazlia dan Cikgu Hazriq
sekarang. Tapi dia yakin bahawa dia tidak perlu risau, Cikgu Hazriq pastinya
ada formula tertentu untuk memujuk dan menyelesaikan masalah tersebut.
Kematangan dan sikap tak berputus asa Cikgu Hazriq membawa dia menyelusuri
peribadi lelaki itu. Dan yang paling tak disangka, satu perubahan besar telah
dia bawa. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya berlaku. Bila mana Allah
mengkehendakkan sesuatu itu berlaku, maka sekelip mata ia boleh terjadi.....
Jam
menunjukkan 9.40 malam. Bilik-bilik dorm asrama kosong. Semua pelaar telah ke
bilik persediaan (bilik study). Fazlia dan Syakila tidak terkecuali walaupun
masing-masing telah menyiapkan kerja sekolah mereka awal lagi. Namun, kerana
peraturan mereka terpaksa juga ke bilik tersebut.
*****************************************************************************
Sekali lagi Fazlia terpaksa meninggalkan Syakila.
Temannya yang seorang itu memang cerewet hendak ke sekolah. Fazlia sudah tidak
mampu lagi tercegat dan menunggu di luar dorm. Dia masuk semula dan duduk di
katil. Sudah berapa lapis bedak ditepek, temannya itu masih tidak berpuas hati.
Sudah berapa kali tudung yang sudah elok terletak dibetulkan kembali. Dia
memerhati gelagat Syakila. Akhirnya dia mengalah untuk menunggu apabila gadis
itu meminta dia ke sekolah terlebih dahulu. Dan Syakila sendiri pun bukan tidak
biasa sendirian ke sekolah. Dia sering lewat bersiap dan Fazlia terpaksa
menunggu lama. Selalu, di suruhnya Fazlia pergi tanpanya. Itu semua gara-gara
tudung yang susah nak dibentuk dan mukanya yang minta di tempek bedak!
Fazlia lenggang menuju ke kelas. Matanya kadang ke depan dan kadang ke bawah.
Panas!! Panas hatinya melihat Cikgu Hazriq berbual mesra dengan Faezah. Lagi
menyakitkan hatinya, gadis itu sengaja menjeling sinis terhadapnya.
“Perempuan ni saja cari nahas dengan aku. Gedik!
Tengok apa jadi dalam kelas nanti. Cikgu pun satu, gatal nak melayan si minah
gedik tu. Huhh!”
Tidak sanggup menonton drama itu lagi, Fazlia
berlalu ke kelas. Hatinya panas terbakar. Belum sempat dia duduk, lagu Negaraku
berkumandang. Ketika hendak mengaminkan doa pagi, kelibat Syakila kelihatan.
Dari jauh dia tersenyum sumbing.
“Hoi Ila, kau ni nama saja pengawas tapi selalu
datang lambat. Tak ada disiplin la.” Tegur Saiful. Nampaknya dia sengaja
mencari nahas di pagu hari.
“ Suka hati mak bapak aku la. Tak susahkan kau pun.
Sibuk!”
“Aku cakap aje. Marah la pulak.”
“Cakap jangan sebarang cakap okey. Melayang kepala
tu nanti baru nak menyesal.” Syakila membalas. Tamat di situ sebab dia malas
nak merosakkan moodnya yang sedang elok.
Pandangannya beralih pada Fazlia. Sambil itu, dia menyandangkan beg di
kerusi.
“Kenapa pulak ni Faz? Monyok je, tadi okey.” Dia
duduk diikuti Fazlia.
“Perempuan gedik tu la!” tajam anak mata Fazlia
mengarah kepada Faezah yang baru masuk dari pintu belakang.
“Dia buat hal lagi?”
Fazlia tidak menjawab. Dia bengang dengan apa yang
baru disaksikannya sebentar tadi. Dia bengang dengan Faezah. Dia bengang dengan
Cikgu Hazriq. Waktu pembelajaran berlalu
setelah loceng rehat dibunyikan. Fazlia memutuskan untuk berada di kelas
sahaja. Seleranya mati dek melihat kejadian tadi. Rakan-rakan yang lain telah
keluar meninggalkan kelas.
“Faz, jom teman aku pergi PSS nak? Aku nak pinjam buku
rujukan Fizik la.” Lamuanan Fazlia terhenti.
“Aku belum beli lagi buku yang Sir cadangkan hari tu.”
Fazlia berfikir sejenak. Nak menolak, kasihan pula pada Kartini berseorangan.
Tapi, nak terima..besar kemungkinan dia akan terserempak dengan Cikgu Hazriq
kerana semua guru praktikal di tempatkan di sebuah bilik besar di dalam
perpustakaan.
“hurmm..Okey jom la. Aku pun tak buat apa ni.” Putus
Fazlia setelah beberapa saat berfikir. Mereka beriringan mennuju ke pusat
sumber sekolah. Sebaik sampai, Fazlia mengambil tempat di sebuah meja. Kartini
disuruhnya mencari buku yang dia perlukan. Fazlia mencapai akhbar Berita Harian
di meja sebelah. Sekadar membelek.
“Fazlia!”
Sergahan itu membuatkan Fazlia terkejut. Nasib baik dia
tidak melatah kali ni. Nafas yang dalam ditariknya. Jelingan tajam dihadiahkan
pada Cikgu Hazriq. Sakit hati pagi tadi masih belum reda. Kalau diikutkan hati
mahu saja dia marah sepuas hati.
“Sorry Fazlia. Abang bergurau je.”
“Tak payah nak bergurau sangat la. Faz tak suka. Dahla
suka melayan si Faizah tu. Pergi main jauh-jauh. Faz nak baca surat khabar!”
tanpa memandang Fazlia melepaskan geramnya.
Hazriq senyum menampakan baris giginya. Hensem mungkin gaya begitu!
“Cemburu la tu. Isyh.. ada orang cemburu la. Sayang juga
Fazlia kat abang ye?”
“Tak ada maknanya Faz nak cemburu. Pergi la. Nanti orang
perasan.”
Hazriq akhirnya mengalah. Dia tahu tak manis lama-lama
berkeadaan begitu walaupun ditempat terbuka. Banyak mata yang memandang. Nanti
timbul masalah pula. Bukan dia tak tahu perkara panas sebegini mudah sahaja
tersebar menjadi gosip. Dia pamit dan sempat menghadiahkan sebuah buku yang
baru dibelinya pada Fazlia. Memang asalnya dia mahu hadiahkan petang nanti,
tapi memandangkan buku yang bertajuk ‘La Tahzan: Jangan Bersedih’ itu sedia di
tangannya, dia serahkan saja pada Fazlia. Moga berguna nanti.
Orang kata dalam hati ada taman. Tapi Hazriq, bukan
sekadar tamankan, kedai bunga pun turut serta di hatinya. Senyum panjang dia
bila Fazlia menerima hadiah tersebut. Cukup kuat hatinya berpaut pada Fazlia.
Mungkin itulah penangan cinta pandang pertama. Kalau boleh, dia mahu gadis
manis itu menjadi suri dalam hidupnya. Secepat mungkin. Tapi memandangkan Fazlia
masih terlalu muda, dan dia sendiri masih belajar, di simpan dulu niat
tersebut. Kalau boleh dia mahu Fazlia sembuh terlebih dahulu.
Bukan bermakna dia tidak dapat menerima keadaan tidak
tentu gadis itu, tapi sebaliknya dia mahu Fazlia sendiri rasa betapa dia tenang
dan bersyukur jika gadis itu sembuh. Dan selebihnya, dia tak mahu Fazlia
mengenang kisah lama dan berdendam. Dia mahu kembalikan Fazlia kepada yang
lama, seperti di dalam gambar. Ceria dan bersinar matanya.
Bersambung ....
Bersambung ....
Tiada ulasan:
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.