BAB 9
Hazriq memerhatikan gambar-gambar yang terpapar pada
skrin laptopnya. Dia tersengih. Kemudian berkerut dahi. Tersengih lagi.
Angau!
Sah.
Lelaki ini angau! Dibelek satu persatu gambar yang sebanyak 247 keping yang diambil dari pagi hingga petang tadi. Sebenarnya, bukan semua gambar tersebut, dia yang ambil. Haniff dan Saiful yang banyak merakam momen indah untuknya. Masing-masing tak mahu hilang peluang bergambar antara satu sama lain. Pesta ko-kurikulum yang sememangnya berlangsung setahun sekali itu menjadi tradisi sekolah dan antara acara yang paling meriah disambut mereka. Pelbagai aktiviti diadakan. Dan kerana itulah, pelbagai rakaman dan gambar diambil sebagai kenangan.
Angau!
Sah.
Lelaki ini angau! Dibelek satu persatu gambar yang sebanyak 247 keping yang diambil dari pagi hingga petang tadi. Sebenarnya, bukan semua gambar tersebut, dia yang ambil. Haniff dan Saiful yang banyak merakam momen indah untuknya. Masing-masing tak mahu hilang peluang bergambar antara satu sama lain. Pesta ko-kurikulum yang sememangnya berlangsung setahun sekali itu menjadi tradisi sekolah dan antara acara yang paling meriah disambut mereka. Pelbagai aktiviti diadakan. Dan kerana itulah, pelbagai rakaman dan gambar diambil sebagai kenangan.
‘Cepat sembuh Fazlia. Abang nak tengok Fazlia senyum
macam dulu. Abang nak tengok mata awak yang bersinar.’ Tanpa sedar, Hazrig
menaruh harapan setinggi-tingginya.
Kerana senyuman dia jatuh cinta. Kerana sepasang mata
yang bersinar jatungnya berdetak laju. Kerana cinta pandang pertama nadinya
berdenyut tanpa arah tuju. Dia mahu percepatkan langkah. Dia mahu Fazlia halal
buatnya.
***********************************************************************
Dari bilik air, jelas kedegaran lagu nasyid yang
dinyanyikan kumpulan UNIC. Fazlia cepat-cepat keluar. Kedengaran salam dari si
pemanggil.
“Waalaikumussalam. Kenapa abang?”
“Tak suka abang call? Fazlia tak selesa?” Hazriq
kuatir.
“Bukan! Ish abang ni. Faz tanya aje.”Hazriq ketawa
dihujung talian. Gelabah tapi cuba disembunyikan.
“M.I.S.S. sebab tu abang call. Lagipun
kalau nak harapkan Fazlia call abang, mati kebuluran dulu la jawabnya. Kat
sekolah pun Fazlia layan tak layan je abang.”
Glurpp! Glurpp!
Dua kali menelan air liur. Cikgu Hazriq ni memang sengaja
bikin panas. M.I.S.S tengah-tengah malam. Fazlia jadi malu sendiri. Baru
sekejap tadi dia melakar perkataan rindu pada helaian kertas. Aduhai hati.
Alahai jiwa!
“Fazlia. Dengar tak?”
Fazlia mengiakan soalan Hazriq. Termalu sendiri dia bila
ditangkap mengelamun. Diawan-awangan segala rasa bila ungkapan rindu di buat
oleh Cikgu Hazriq. Ucapan rindu yang dieja dalam bahasa inggeris itu menusuk
jauh ke dalam hatinya. Terlakar sebuah perasaan yang indah. Cikgu Hazriq.
Lelaki itu sungguh ‘sesuatu’. Ada aura yang berjaya menarik Fazlia untuk
menerimanya. Selain mengembalikan kenangan bersama arwah sepupu, kehadiran cikgu
itu juga buat dia lebih bersemangat.
“Abang nak cakap sesuatu ni. Fazlia nak abang cakap
sekarang atau nanti kat sekolah?”
“Hmm.. alang-alang abang dah call, cakap la
sekarang.” Dia tak sabar. Sesuatu yang pentingkah?
“Tapi janji Fazlia terima dengan hati terbuka?”
“Isyh. Cakap la dulu. Faz tak nak janji.” tekad!
“Janji la dulu Fazlia. Kalau tak mahu janji abang tak
mahu cakap sampai bila-bila.” Hazriq cuba mengugut. Dia sengaja. Hahaha.
Seronok saja mengenakan gadis itu. Dia dapat bayangkan muka tak puas hati
Fazlia. Dah dekat tiga bulan meraka kenal.
“Tak nak cakap sudah.” Putus Fazlia.
“Macam tu saja?” Hazriq pula yang geram. Terbalik.
“Abang nak macam mana? Dia yang nak bagitahu kita tapi
nak suruh janji-janji pula. Mengada-ngada. Benci la dengan abang ni. Suka
sangat nak Faz berjanji. Eeei.. tak nak cakap biarlah. Bukan jadi masalah kat
Faz pun.” Panjang bebelan Fazlia kali ni.
Hazriq hanya menadah telinga. Dia macam sudah terbiasa
dibebel oleh gadis itu. Kena marah tak usah cakap lah. Yang merajuk tak tentu
pasal jangan dicerita. Semua ada. Dan, itulah yang dia gemar. Mengusik,
mengusik dan mengusik. Dia akan lakukan apa sahaja yang boleh buat Fazlia
senyum dan banyak bercakap. Bukan sekadar diam dan melayan perasaan dalam
dunianya sendiri.
“Fazlia. Awak tahu tak yang awak ni comel sangat masa
marah?” Hazriq benar-benar maksudkannya.
“Tahu. Sebab tu ada orang tu memang suka buat Faz marah.
Kan?” ujar Fazlia geram. Dalam masa yang sama, tertanya-tanya juga dia apa yang
mahu dibicarakan oleh Cikgu Hazriq. Hazriq dihujung talian pula ketawa kuat.
Fazlia tak pernah mahu kalah. Dia berenti ketawa setelah Fazlia memarahinya dan
mengugut mahu letak telefon begitu sahaja. Tak menyempat.
“Abang memang nak cakap something ni.” Hazriq
kembali ke tujuan asal.
“Faz dengar.” Balas Fazlia pendek. Rasa ingin tahu
membuak.
“Kita kahwin?”
“Jom! Bila? Sekarang?” haa..kalau Cikgu Hazriq boleh
main-main dan bergurau, dia pun boleh. Rasakan! Hehehe..
“Okay. Abang bergurau je. Buat masa ni belum lagi. Tapi
Fazlia kenalah bersedia, may be next two year abang bawa rombongan Cik
Kiah ke rumah. Then, about 2 months after majlis merisik kita buat
majlis kahwin. You’ll be mine that time. Amacam? Okay tak plan
abang? Tapi kalau Fazlia nak percepatkan lagi pun boleh. Abang tak kisah.” Bukan main panjang penjelasan Hazriq.
“Abang, hidup ni jangan kuat berangan boleh? Macamlah Faz
nak kahwin dengan abang.. Eeei..” Fazlia membalas kata-kata Cikgu Hazriq. Di
‘cover’ segala perasaan gemuruh dan gementar tika Cikgu Hazriq melafazkan
katanya. Aduh.. bagai jantung gedebuk jatuh ke lantai.
“Habis tu Faz taknak kahwin dengan abang ke?” soal Hazriq
pula.
“No komen. Tengok la dulu macam mana. Kalau abah dan umi
luluskan, Faz akan cuba pertimbang. Abang, boleh tak abang straight to the
point aje. Faz dah ngantuk ni. Abang nak cakap ape sebenarnya ni?” malas
mahu melayan keletah Cikgu Hazriq yang memang suka mengusik itu, Fazlia cuba
kembali kepad agenda.
“Confirm abah dan umi setuju.” Jawab Hazriq yakin.
Fazlia ketawa perlahan. Tambah parah sudah cikgunya yang satu itu.
“Sebenarnya, minggu depan abang kena balik kampus dah.
Hari khamis ni last day abang kat sini. Praktikal abang dah selesai.”
Payah juga untuk Hazriq berterus-terang. Bukan apa, kalau Fazlia macam gadis
lain, dia tidak sesukar ini untuk menyatakan pemergiannya ke Perak minggu
depan. Tapi tidak, awal-awal perhubungan mereka dulu Fazlia sudah siap berpesan
dan seakan memberi amaran dan klu kepadanya supaya jangan kemana-mana. Jangan
pergi jauh darinya. Jangan tinggalkan dia seperti mana arwah sepupunya
tinggalkan dia. Masih ingat lagi Hazriq perbualan mereka.
Fazlia mendengus. Hembusan nafasnya yang kuat itu jelas
menyatakan perasaannya.
“Abang tahu abang mungkir janji tapi walau di mana pun
abang, abang akan sentiasa dekat dengan awak.” akui Hazriq. Dia sedar dia
bermain dengan janji. Tetapi apa lagi yang harus dia lakukan?
“Fazlia..abang minta maaf.” kali ini Hazriq kalah, kalah
pada ‘sunyi’nya Fazlia. Hazriq cuba menyusun kata namun belum sempat dia
membuka mulut, Fazlia sudah meletakkan
telefon.
Hazriq tahu, Fazlia sentiasa berpegang pada kata dan
janji yang dia luah dan taburkan. Bukan sengaja dia berjanji dan bukan sengaja
dia memungkiri janji. Sebolehnya dia juga tidak mahu meninggalkan Fazlia. Tapi
sayang, dia masih punya tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Dia sendiri
tidak pasti bagaimana nanti perasaannya apabila terpaksa berjauhan dengan
Fazlia kerana bayangan gadis itu sentiasa
ada apabila dia memejamkam matanya.
Keluhan berat dilepaskan. Dia baring dikatil...BERSAMBUNG/.....
Tiada ulasan:
Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.