Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Fatihah Fazlin

Sabtu, 30 Ogos 2014

Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

ASSALAMUALAIKUM

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

"Dengan tidak lebih dari 300 patah perkataan, nyatakan dan tulis mengenai peranan anda sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Apa yang anda boleh lakukan menerusi medium blog untuk tunjukkan kecintaan anda terhadap Malaysia."

Peranan sebagai blogger?? hmmmm.. Tak susah sebenarnya kita sebagai blogger nak menzahirkan rasa cinta dan patriotik terhadap negara. Medium penulisan yang kita guna ni adalah satu medium yang sangat mudah untuk dekatkan rakyat Malaysia mencintai negara. Tapi persoalannya macam mana?


Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Melalui penulisan yang berkesan! Ya. melalui blog,kita boleh menulis sesuatu yang baik dan berkisar tentang semangat kecintaan terhadap negara. Pada pandangan peribadi nik sendiri, agak mustahil kita yang berfikiran waras tidak sayangkan negara sendiri. Tempat kita dilahirkan. Tempat kita membesar dan mengenal dunia. Tempat kita tahu apa itu hidup. Tempah tanah tumpah darah kita! Pembaca budiman, sama-sama kita tetapkan hati, menjaga nama Malaysia sebaik mungkin. 

Negara ni negara kita. Tanah yang kita pijak ni hasil keringat dan titisan darah nenek moyang kita. Jangan sekali kita 'gadaikan'. Bukan mudah untuk peroleh kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. Hargai pengorbanan pejuang-pejuang negara kita.  

Selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57 buat semua rakyat Malaysia !! 


Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. .

7 ulasan:

  1. Eh, awak pun join :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-57. Good luck dear.

    BalasPadam
  3. Salam kemerdekaan buat Fatihah (Nik). Semoga terpilih sebagai bloglist di blog Hasrul Hassan. Tanamkan dalam diri masing-masing semangat nasionalisme dan patrotik agar semangat kemerdekaan terus bersemi.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.... Fatihah. Semoga berjaya dengan segmen ini. Salam kemerdekaan kali ke-57 buat anda.

    BalasPadam
  5. Salam kemerdekaan... selamat bersegmen. Semoga berjaya tersenarai ke bloglist Hasrul Hassan.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard