Perancangan demi Perancangan - Fatihah Fazlin

Rabu, 22 Oktober 2014

Perancangan demi Perancangan

ASSALAMUALAIKUM.

Entah kenapa, seminggu dua ni rasa malas sangat nak update blog. Banyak benda nak kongsi, nak bagitahu, nak up kat sini, tapi bila buka dashboard... hummm.. hummm.. takat tulis ASSALAMUALAIKUM je yang mampu. Malas yang amat nak menulis bila perasaan tengah berperang ni.

Kot la kan ada yang ternanti entry kat blog ni... *baldi saiz paling besar mohon sediakan* bajet macam blog wajib singgah. Padahal orang tak sedar pun kewujudan blog ni. Kesian. Abaikan hal itu tuan puan. Mari kita bercerita benda yang lebih penting dan mapan. Eh!

Sedar tak sedar dah lama dah nik bermaharajalela kat Sabah ni. Perasaan pun dah jadi lain macam sangat. Tu yang duk kata berperang dengan perasaan tu. Dah lain dah.. Kalau sebelum ni, perancangan awal nak duduk sini lama-lama(dalam 5-7 tahun). Tapi sekarang. huh... kalau boleh nak apply pindah balik kelate masa ni jugak! 

 Aku ada kerna kau ada.. gambar takde kena mengena dengan cerita tapi sebab cantik kita letak sebagai penyeri entry ye :P kredit gambar di sini.


Kenapa begini ?
Tak tahu kenapa. Nak kata bosan, tak jugak. Kat sini best walaupun sejak kerja ni dah berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang kadang-kadang terlalu melampau sampai menitik ayaq mata.. Banyak benda nik belajar. Most important things, nik hidup sendiri dan berdikari. 

Masak sendiri(tak pandai pun), basuh baju sendiri(kat rumah campak dalam mesin basuh, kalau rajin basuh kalau malas mak atau adik akan basuh), buat apa-apa semua kena sendiri. Sakit beli ubat sendiri. Picit sendiri sambil tahan hati nak menangis. Perghhh.. Penat rasanya bila jauh dengan mak ni. Nak buat apa-apa macam tak de semangat dah. 

Awal-awal dulu kemain seronok duduk jauh. Sekarang, hari-hari meratap piluuuu ! 

Sebelum pindah, kalau boleh nak ada kenangan indah yang indah indah kat sini dulu. Lagipun nak selesaikan apa yang perlu dulu. Hujung bulan ni ada exam untuk pengesahan jawatan. Dah lulus apa semua baru boleh slow-slow isi borang balik ke negeri tercinta.

Nik plan, tahun depan nak apply pindah dah. Tapi tak tahulah dapat ke tidak, rasanya makan masa juga. Lagipun bukan senang kan nak pindah. Harap tahun depan boleh kahwin, lepas tu apply pindah sebab ikut suami !Eh Eh! Macam senang je kan. Dah cakap plan, benda yang di'plan' ni memang smooth je dalam banyangan. Tapi, realitinya perancangan kita hanya sekadar perancangan yang belum pasti macam mana jadinya.

Tapi nik percaya dengan takdir. Kalau Allah dah tetapkan nik akan berada di sini untuk masa yang lama, nik terima je. 

So korang, wish me the verry best eh.   

Kiranya, ini sajalah dulu nik mampu bercerita. Kalau ada yang baca, mekasih sudi singgah dan baca. Kalau tak de orang baca, nik baca sendiri apa yang nik tulis.,.. kekekekeee..

Sekian.
Salam sayang seribu kali sayang. ^_^


11 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan urusan utk pindah sis :) Rabbi yassir wa la tu'assir rabbi tammim bikhair.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaa.. aminn. harap-harap macam tu lah.
      Terima kasih.

      Padam
  2. kelik cepat nik! =P
    nanti boleh gather geng2 kbba pantai timur.
    semoga dipermudahkan sume urusan.

    BalasPadam
  3. Kita senasib Dik Nik.. Cuma Kak Kep ada anak anak dan husband.. tapi tuh pun tetiap hari dok skype dgn mak.. tetiap ari update gossip kat kampung.. huhuhuh.. sadisss.. tapi nak buat mcm mana.. bertabah dan hidup mesti diteruskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak kep, macam tulah. Mak hari-hari call tanya bila nak balik. Sayu je hati.
      Yes kak.. life must go on.

      Padam
  4. bersabar lah yer nik...insya Allah, ada yang terbaik menanti nik bila nik banyak bersabar...saya doakan nik dapat balik ke negeri nik tercinta...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehee.. terima kasih atas nasihatnya mama amir.. : )
      harap-harap tahun depan dapat pindah dah,

      Padam
  5. semoga dipermudahkan segala urusan. duduk kat negeri orang mana nak sama dengan negeri kita kan? Dulu pernah duduk kat sabah jugak. Memang best tapi terpaksa balik sebab ayah tak dapat kerja kat sana.

    BalasPadam
  6. Okey! uncle wish you the very very very verry best...!!!

    hehe

    BalasPadam
  7. jangan diturutkan sangat hati yg lara, karang nanti merana.
    hehehehee
    anda berhak untuk happy ^_^

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard