ASSALAMUALAIKUM.
Diet
Atkins bukan sesuatu yang membahayakan kalau kita buat dengan betul dan
berdisiplin. Malah, dalam masa beberapa bulan kesannya kita dapat
rasai. Jadi, kenapa masih nak persoalkan kalau ramai yang berjaya
turunkan berat badan ke tahap yang mereka mahu. Insyaallah.. nik pun
kalau boleh nak kurangkan 20-22kg lagi. Macam mana boleh 'jumpa' diet
atkins ni? Korang baca entry Diet Atkins: Serasikah?
Amaran: Pesakit
buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu
mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat
low carb diet(bawah 160g carb)
Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)
Induction
berlangsung selama 2 minggu(PALING SINGKAT). Tapi kalau berat badan
korang terlalu berat dan obes ataupun lambat menyusut korang boleh
kekalkan/tambah jangka masa Induction(20g carbs) selama 2-6
bulan ke atas dengan selamat.
- Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
- Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
- Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
- Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
- Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
- Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
- Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
- Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
- Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
- Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
- Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
- Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
- Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
- Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
Makanan yang boleh dimakan.
- Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
- Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
- Ikan, Udang, Ketam - (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
- Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
- Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
- Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
- Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
- Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
- Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
- Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
- Minyak masak, olive oil & sebagainya.
- Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
- Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
Syarat-syarat semasa Induction1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih. (Penting)2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat.5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.10. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)
"Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."
Macam dalam syarat Induction kat atas, kena minum banyak air. Kalau boleh untuk setiap 25kg berat kita, 1 liter kena habiskan. So, kalau berat korang 75kg, kena minum 3 liter lah. Macam nik, memang susah sangat nak minum sebanyak tu. Tapi demi nak capai target, nik paksa diri je sekarang ni. Dalam diet atkins ni, kita minum air dalam kuantiti
yang banyak untuk mengurangkan
air sebanyak mungkin di dalam badan kita.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana kan?
"Bila kita minum air
kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau
kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang
air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan
dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak
langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke
tandas."
Kenapa tak boleh makan buah-buahan?
Nik pun mula-mula terkejut monyet. Dah apesal pulak tak leh makan buah. Selama ni nik diet makan buah banyak. Tapi for sure.. sekilo dua yang turun. takat tu je.
Korang.....buah-buahan berwarna mengandungi
kandungan gula yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang
berlebihan. Gula ni akan ditukar kepada kanji dan akan
disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet
dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan
lapar dan sentiasa lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali
berlapar untuk menurunkan berat badan
"Benda paling penting, buang tabiat
suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya,
kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk
makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu
lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa
yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu."
Mesti korang terfikir kan.. dah semua tak boleh makan, nak makan apa je? Satu stigma yang memang susah nak ubah! Kalau diet tak leh makan ayam.. takleh makan daging. Baca jadual kat bawah. Korang boleh makan keju.. Kegemaran kan? Korang boleh makan ayam! Kfc pon boleh tapi buang kulit. Burger pun boleh tap buang rotinya!! see. semua makanan kegemaran boleh makan. Yang penting, kalau jumlah karbohidratnya tinggi, jangan sesekali makan atau beli.
Contoh sarapan / Breakfast
- Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
- Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
- Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
- Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
- Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
- Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
- Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
- Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
- Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Pilihan dalam tangan korang sendiri ye, tak sesiapa memaksa. Tapi nik pilih Diet Akins :)
Credit : bicikut.blogspot.com
Saya pun nak try diet atkins ni. tapi skang ni saya ajar dulu diri utk minum air kosong dengan banyak. kalau sebelum ni susah sangat nak minum air. 500 ml pun belum pasti habis dalam masa 1 hari. Tapi alhamdulillah, skang dah boleh minum 4L 1 hari. Try slow2.
BalasPadamhehe.. memang sy pun susah nak habiskan 3L air sehari. tp sy buat jugak hehehe.. dh lama ni jadi okey pulak.. Good luck ieday:)
Padamsaya jenis xmakan sayur.. macam mana eh?
PadamIeday.. klu ikutkan sy pon mmg x mkn sayur... tp paksa diri... skrg pun sayur2 terpilih je mmpu mkn ..
PadamSy masak utk satu keluarga.. So sy kema rasa makanan tu ckup garam atau tidak.. Misalnya daging kurma yg ada kentang.. Klau sy rasa dalam 2, 3 sudu mcm mana ea
Padamnik.....tadi aq dh TERmakan ubi...masa keja tadi hujan..tak dapat nak order makanan jadi pergila gerai2 kat luar tmpat keja..xda pilihan nik..uwarggghhh mo nangis pn ada sbb dh langgar pantang..huhu..
BalasPadamceh emmyyy...kena start balikkkk... nda boleh tu! hahaha. lama-lama akan biasa tak makan benda-benda yang dilarang oleh atkins ni.hehhe. bertabahlah kio..
PadamToday is my 4th day of induction. tapi nape baru semalam n hari ni badan saya rasa menggeletar n xbermaya? first n second day x pon...
BalasPadamSebab xdk gula dlm bdn... sbb tu bdn awak mnggeletar
Padamgula dlm masakan tak boleh lgsung ke? tapi baca cni,'http://cicikbombom92.blogspot.com/2013/11/jumlah-karbohidrat-makanan-info-pada.html'
BalasPadam1 sudu kecil gula - 4.2g karbo.. so still tak bole lebih dr 20gm kan sehari kan..so bole tak?
hi nik.
BalasPadamif kita cheat 1day so kita msti start from the begining ke ?
Saya baru hari keempat amalkan diet berserta teh detox. Dan saya baru bg blog ni. Banyak rupanya saya tak tahu pasal pemakan ni. Saya fikir buah2 blh bantu kuruskan badan. Makan nasi dlm kuantiti sedikit tidak menggemukkan. Rupanya... TIDAK. ��
BalasPadamTapi sekarang saya dh tahu cara diet yg betul. Ok ... for sure, selama 4 hari ni dpt minum air lebih 4L. Walaupun payah rasa smpai nak termuntah, namun saya gagahkan juga. ☺
-FATIN-
boleh tuh produk,ada lagi produk diet bagus yang alami
BalasPadamminum air sejuk bileh kan? Tak semestinya air suam kan
BalasPadamYup..air sejuk lgi bagus
Padamsy dh wt diet atkins nie dr start pose smpi smlm hari kelapan pose sy dh hilng 6 kg ... ok ker atau lmbt proses penurunan tu
BalasPadamCepat dh tu...tbaek
PadamCepat dh tu...tbaek
Padammau nyiba buat nurunin berat badan
BalasPadammenurunkan berat badan memang sangat mudah ddan sulit heee
BalasPadamproduk inovasi
BalasPadamsalam sehat
BalasPadamKalau nak stevia boleh Whatsapp sha ok 0135353574
BalasPadamKalau nak stevia boleh Whatsapp sha ok 0135353574
BalasPadamKalau nak stevia boleh Whatsapp sha ok 0135353574
BalasPadamgood job
BalasPadamGood info. Memang tgh search pasal the diet ni..cosin ena turun 25kg dlm masa 2 bulan je follow diet ni
BalasPadamassalaaamualaikum..saya nak Tanya sikit,kalau sy dah Berjaya kekalkan berat saya kepada 50+kg,macam mana saya nak kekalkan berat badan saya? takut kalau saya teruskan makin kurus kering plak.saya seorang perokok,ada kaitan atau kesan jika amalkan diet atkins ni? kalau tuan Tanah masih aktif tolong whatsapp saya,019-3244118.terima kasih
BalasPadamAssalamualaikum, boleh tak dalam diet ni kita minum air kosong campur dengan kepingan lemon?
BalasPadamsedih peha saya besar ..ad cara tak untuk kecilkan peha dan buntut....berat dah turun tpi lemak dekat peha .masih sama ..ad cara tak..plze mohon petolongan
BalasPadamsedih peha saya besar ..ad cara tak untuk kecilkan peha dan buntut....berat dah turun tpi lemak dekat peha .masih sama ..ad cara tak..plze mohon petolongan
BalasPadamJoging sja.. tu je caranya...
PadamJoging sja.. tu je caranya...
PadamMvm mana nk tingkatkan motivasi diri sbb kadang2 saya rasa down bila sdg diet
BalasPadamsaya sudah buat..dari 90kg turun 75kg dalam masa 20hari siap dgn berbasikal..hehe..diet atkin terbaik !!! mental mau kuat....
BalasPadamSy dlm indction ng da msuk mggu ke 4... Mggu lpas g tmbg 2kg hlg.. Dr 74.3kg ke 72.3 kg.. Air 3-4lter stu hri.. G hliday pm sy pntang jgk mkn... Mkn telur mate je.. Cme air je slow skit... Hehehe... Brat sy dlu 45kg.. Sy nk sgtttt trun brat bdn bgnda2...n brada dlm fasa 1.. Shgga cpai trget... Soal nye skrg... Blh x.. Klu sy mkn telur je..bkn ape... Ad laa si polan ng... Dy nk diet ikut rentak sy... Lbh kurang 100% nk tiru... Tp.. Nk sy yg mskkn... Shre mknn ngn dy... Shre rhsia atkins blh thn lg... Ng siap arahkn klu msk... Msk lbh utk dy skli... Tu yg sy ingt time ad dy kt umh sy nk msk telur je... Time dy xde... Bru nk variasikan mknn +sayur , +ayam @ +ikn... Nyesal ad... G tw hbs... Hahaha.. Boleh kn dlm satu hri bfast, lunch or dnnner sy mkn telur je...
BalasPadamSy dlm indction ng da msuk mggu ke 4... Mggu lpas g tmbg 2kg hlg.. Dr 74.3kg ke 72.3 kg.. Air 3-4lter stu hri.. G hliday pm sy pntang jgk mkn... Mkn telur mate je.. Cme air je slow skit... Hehehe... Brat sy dlu 45kg.. Sy nk sgtttt trun brat bdn bgnda2...n brada dlm fasa 1.. Shgga cpai trget... Soal nye skrg... Blh x.. Klu sy mkn telur je..bkn ape... Ad laa si polan ng... Dy nk diet ikut rentak sy... Lbh kurang 100% nk tiru... Tp.. Nk sy yg mskkn... Shre mknn ngn dy... Shre rhsia atkins blh thn lg... Ng siap arahkn klu msk... Msk lbh utk dy skli... Tu yg sy ingt time ad dy kt umh sy nk msk telur je... Time dy xde... Bru nk variasikan mknn +sayur , +ayam @ +ikn... Nyesal ad... G tw hbs... Hahaha.. Boleh kn dlm satu hri bfast, lunch or dnnner sy mkn telur je...
BalasPadamsalam.. saya nak tanya kalau untuk fasa 1 ni minum air sejuk tanpa ais boleh ke?
BalasPadamsaya baru start diet dlam 3 hari.. mmg kena minum byk air kosong.. kadang xsampai 15minit nk ke tandas... alhamdulilah 1 hari 1kg turun..
BalasPadamdiet aman dan herbal
BalasPadamPELANGSING
BalasPadamOBAT PELANGSING
OBAT DIET
OBAT KURUS
OBAT PENURUN BERAT BADAN
PELANGSING TUBUH
PELANGSING BADAN
WSC BIOLO
BIOLO
BIOLO SLIMMING CAPSULE
PELANGSING BIOLO
Diet atkins best,mental kna kuat,sy amalkankn atkins xda mslh yg penting byk mnum air putih..blm smpi sbulan kwn da puji nmpk kecil krn sblm diet atkins sy nmpk besar..selamat mncuba kwn2..
BalasPadamDiet atkins best,mental kna kuat,sy amalkankn atkins xda mslh yg penting byk mnum air putih..blm smpi sbulan kwn da puji nmpk kecil krn sblm diet atkins sy nmpk besar..selamat mncuba kwn2..
BalasPadammakasihh mas atas infonyaa
BalasPadamPelangsing Biolo super ampuhh
BalasPadamboleh tak awak coba sikit...nak tu bbboleh cuba wsc biolo awak
BalasPadamsis..kalo rasa masakan boleh ke...sbb sy kne msak hari2..untuk hb..
BalasPadamsis..kalo rasa masakan boleh ke...sbb sy kne msak hari2..untuk hb..
BalasPadamnk tya la... dlm diet atkins ni boleh x minum air oren sunquik tanpa gula...
BalasPadamnk tya la... dlm diet atkins ni boleh x minum air oren sunquik tanpa gula...
BalasPadamSaya dah amalkan diet atskin selama setengah bulan.. alhmdllh dah turun 12 kg...
BalasPadammakasih mbak infrmasinya ya
BalasPadamthankbanghet ya mbak
BalasPadamsangatbermanfaat sekali
BalasPadamNak tanya .fasa satu .air suam then tambah lemon sikit tak boleh ke ?
BalasPadamLepas bkfast/lunch dinner boleh mnum air teh+lemon tak?
BalasPadamLepas bkfast/lunch dinner boleh mnum air teh+lemon tak?
BalasPadamTQ so much Nik. Banyak info yg akak dapat dan belajar.
BalasPadamAkan teruskan misi demi kesihatan
TQ so much Nik. Banyak info yg akak dapat dan belajar.
BalasPadamAkan teruskan misi demi kesihatan