Akhirnya! - Fatihah Fazlin

Khamis, 12 Februari 2015

Akhirnya!

ASSALAMUALAIKUM..

WOOOAHHH.. dah lama kot tak menaip kat blog ni. eh sebenarnya baru je.. entry cepat lagi panas pasal ZERO JUARA MLM 2014 tak dikira sebab tu kira nik update lunyai-lunyai je. hehehe. Ni baru menaip dari hati... cehhh.




Akhirnya, hari ni nik di beri kekuatan untuk menaip kat blog ni. Itupun setelah beberapa kali tulis padam tulis padam. Kekdahnya... tak tahu nak tulis apa. Tu yang tajuk pun entah apa-apa.

Eh. sebelum cerita panjang, nik nak ucap terima kasih bebanyak eh pada yang sudi singgah blog cabuk lagi suamsuam kuku ni. View meningkat, maknanya korang ada singgah la kan. Mekasih.. :)


WOookeh.. ni nak cerita.. dua minggu lepaih cek balik kampung. Punya seronok rasa macam dunia ni ana yang punya. Yelah... dekat 5 bulan tak balik kampung. Rindu semua yang ada kat kampung tu. huaaaa. Tuhan je yang tahu hati ni lagu mana tau dak. Alhamdulillah. AKHIRNYA... 27 Jan hari tu nik jejak kaki ke bumi kelantan. Alhamdulillah. Tapi sayu je hati tengok negeri sendiri dari udara. Mungkin effect daripada banjir kot. Tu yang nik sayu.


Okee.. stop cerita sedih ni.. move to cerita happy happy lak. Macam biasa kalau balik kampung tak sah la kalau mak tak buat jamuan kecik-kecik kami satu family. Laksa ya tuan puan. Kegemaran sejak berzaman. Dan diet yang nik dah buat dan konsisten selama 13 hari dianaktirikan begittu sahaja.. hurmmm... Makan banyak gilerrr.. Laksa. Tomyam.. Mee Sizzling.. Pizza.. apa lagi. Semua perut nik terima dan pasrah.

Akibatnya.. 3 Feb timbang.. naik 1.5kg.. ambekk,.. padan muka ko nik. Hancur induction diet atkins! HEE.. Tak pa.. la ni dah sambung balik dahh :)

Balik kampung bukan selalu. Lagipun adik adik dah besar, belajar jauh semuanya. nak jumpa dan berkumpul semua memang payah. So, alang-alang ada kesempatan, kita guna jelah kan? Sekarang tengah berkira-kira nak cari cuti sekali lagi. Harap cuti kali ni untuk cuti kahwin la ye... Oppsss..

Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard