Selangkah ke PJJ USM - Fatihah Fazlin

Rabu, 21 Mei 2014

Selangkah ke PJJ USM

Bismilllah.
Hai assalamualaikum semua.

Hari tu nik ada update entry pasal semakan keputusan untuk PJJ USM SIDANG 2014/2015 kan? Siapa-siapa yang rasa dia dah mohon dulu p la ke link tu. Semak, mana tahu dapat kan? Rezeki tu.
Acctually nik nak cerita pengalaman nik masa mula-mula buat keputusan untuk sambung belajar balik. Dalam fikiran masa tu berbelah bagi. Tapi mak memang suruh belajar. And nik pun memang dah berniat akan sambung. Tapi tak tahu bila je. One day officemate bagitahu dia dah beli no pin  Program Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) USM . Nik pun masa tu dalam dilema lagi.. Telefon mak tanya dia.. And last-last mak kata biar dia beli. Nanti tinggal isi je. Nik okey la. :) 60 hengget untuk no pin PJJ USM tu mak belanja.. hihihi

Nik isi kursus yang sama dengan kawan nik tu. Konon nak belajar sesama la nanti kalau dapat. Tapi masa tu memang nik risau takut bos tak bagi ke ape. Hehehhe.*risautakbertempat* Akhirnya semakan keputusan dah boleh dibuat. Itupun nik terbaca kat blog siapa entah.. nik lupa. ^_^ Nik pun cepat-cepatlah cek. Waaaa.. tak sangka secepat ni nik akan bergelar pelajar balik. Macam tak bersedia pun ada. Tapi alang-alang menyeluk perkasam kan.. biar sampai ke bahu orang kata. Nik dah terima pun tawaran tu. Alhamdulillah. Berkat doa mak abah kot. Nik dengan senang hati je terima. Niat dari dulu pun memang nak sambung belajar.

Kita boh gambar eh..

11-14 Ogos ni orientasi. Tapi nik tak pasti lagi orientasi nik kat mana. Sebab ada nik baca kalau from sabah/serawak orientasi kat sini-sini je. Kalau yang stay semenanjung kena orientasi kat Kampus induk USM. Nik tak sure but harap sangat dia buat kat sini je orientasi tu. Jenuh la nak book tiket ke Penang. Udahlah mahai.. uhuhuu.. Soon, nik nak call pihak yang terlibat. Nak confirmkan.

Please. Siapa-siapa yang dapat tawaran untuk PJJ USM ni,komen kat sini.. nanti boleh kita kenal-kenal. Rapatkan ukhwah. :) Ramai kawan lagi bestkan.Sebenarnya banyak info pasal PJJ USM ni nik baca kat blog Kak Jaakechik . Banyak input yang kak Jaa ni share. Nik terpaut nak apply pon sebab baca dia punya sharing kat blog. Mekasih kak Jaa.

Sekian. Salam sayang.
:)

reupdate... nik terpaksa tunda dulu nak sambung belajar atas sebab-sebab tertentu. dan orientasi ahri tu nik tak pergi ye kawan-kawan.. selamat belajar semua. all the best !

31 ulasan:

  1. all the best in your future undertakings nik... akak pun ada terbaca tentang PJJ USM di blog Jaa....

    BalasPadam
  2. Ilmu mesti dicari dan dipelajari selagi hayat masih dikandung badan...syabas Nik....

    BalasPadam
  3. hehehe...selamat berPJJ la ye...Sally ni okay la jugak...dah masuk sem 4... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sally.. owh kira senior la ni. Mihon tunjuk ajar ye. :)

      Padam
  4. done follow
    blogwalking di sini
    jom singgah dan follow blog:
    http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. kak nik, nanti cerita lah perjalanan sepanjang PJJ..
    husna igt degree nak buat PJJ je kalau boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah husna.. klau ada masa nanti akak bercerita disini...:)

      Padam
  6. tahniah nik. kos apa pulak kali ni? good luck ya!

    BalasPadam
  7. Hehehe...mekasih hannan. Kos yg sy minat lorh...

    BalasPadam
  8. Ayut nk smbg jgk...tp mcm nik la..risau x btempat..cane tu...

    BalasPadam
  9. Saya pun dapat tawaran PJJ USM ni.Bulan Ogos pergi orientasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom join page FB PJJ USM 2014/2015
      Boleh sharing2 info kat sana nnt ;)
      Add FB Nurul Ndnb
      tenkiu

      Padam
  10. Hi Nik..congratulation..p tau orientasi tu..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... nak p, tapi orang tu nak p dengan orang lain...^_^

      Padam
  11. Salam sy nora dr ipoh..sy jg akan menyambung pjj pd ogos14 nanti di usm penang..kos financial..moga kita sama2 berjaya dlm pengajian kita nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam.. :) sama kos kita tu nora :) insyaallah, kita sama2 usaha:)

      Padam
  12. salam..dapat gak bt pjj dkt usm..alhmdulillah,tp..adoi bru bncang dgn bos tdi,bos xlpas nk cuti smpai 4 hari,kne bt half2 day je orentasi tuh..xthu la bleh buat ke tidak,pening2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4 hari tu wajib untuk dihadiri... dah ada kelas sekali...

      Padam
  13. Salam..Alhamdulilah dpt gak pjj kt usm...Salam perkenalan..sy dalindah dr Mlk..kta jumpa di Penang...Insha Allah

    BalasPadam
  14. salam... sya dpt gak pjj kat usm... kos pengurusan... nnti kta knal ye..

    BalasPadam
  15. Saya USM PJJ juga.. kursus pengurusan (organisasi)... insyallah jumpa di sana yer...

    BalasPadam
  16. Alamak, lupa nak pos IC gan Surat Tawaran Insurans. Sempat lagi ke kalu hantar esok.

    BalasPadam
  17. Selamat ber-orientasi Fatihah Fazlin...
    selamat maju jaya.. tq coz baca blog picisan saya...

    Jom baca entry ini : Pengajian Jarak Jauh (PJJ USM)

    Thanks and Regards,
    Jaakechik.

    BalasPadam
  18. Asslm... xder ker yg kos math...? blum jumper kengkawan lg nie...

    BalasPadam
  19. tahniah Nik... Sy pn pljar PPPJJ USM jga. Ambl kos pengurusan kewangan. skrg ni dah masuk tahun 3. next year kita berintensif pla kat USM Penang... Slmt bljar ye..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard