Assalamualaikum !
Hai !
Korang yang kerja/belajar dekat dengan rumah parents mesti best kan boleh balik tiap tiap minggu - istilah balik kampung jugak ke?
Aaaaa..jeles benor. Nik ni dah lama duduk negeri luar(bukan oversea ye), Dari umur 18 ke Perlis.. lepas tu ke Terengganu.. lepas tu ke Sabah..sekarang di Selangor pulak. Balik kampung tu adalah sesuatu yang memang ditunggu setiap masa. Malah kalau boleh pantang ada public holiday nak balik kampung. tapi kena buka bab bajet la pulak kan.. Yang ni kena banyak berkifir dan buat kira-kira. hahahah.
Khamis lepas dapat balik kampung.. wehuu. seronok okey ! Walaupun balik 4 hari je, nak jalan-jalan pun memang tak sempat..tapi tak kisah pun. Dapat balik duduk rumah.. lepak lepak dengan adik beradik mak abah.. tu pun dah cukup. Yelah.. semua dah belajar jauh. Dapat berkumpul ramai-ramai macam ni memang susah dah sekarang.
Rindu? Tipulah kau tak !
Part paling best bila dapat masak kat dapur. waaaa. Sejak bermaharajalela kat selangor ni, memang tak masuk dapur dah. Balik kampung tu.. memang balas dendam balik la. Nik pulak dah lama nak makan sambal pauh pergghhh.. memang tak leh sebut tertelan air liur okey! Maka buatlah sambal pauh.. sup sayur..pastu buat asam pedas ikan kembung( yang ni sedap. ehhh! adik ai yang cakap.)
Sambal pauh to be.. hahaha |
Mak pulak kalau tahu anak dia yang ni nak balik, dia order tulang lembu siap-siap. Sebab sub tulang kaki lembu is my fav. Fav yang mak buat je, yang orang lain buat nik tak berapa. Habis berpeluh mengembeleng tenaga makan. part isi dalam tulang tu, hirupp dengan straww. Ada bran??
Satu je benda tak best bila balik kampung... saat nak packing barang nak balik ke tempat kerja balik. Tak suka .
esok yaya plak blekkkkk...ahhahahaha
BalasPadamHome. The best place yang boleh buat kita happy biarpun dalam keadaan yang sederhana kan.. hmm.. rindu kampung.. emo tiba2.. ededehh..
BalasPadammudik lebaran
BalasPadamikan kembung kok tak kembung
BalasPadamikan tongkol itu
BalasPadam