Koleksi Pokok Keladi Viral Mak - Fatihah Fazlin

Khamis, 9 Disember 2021

Koleksi Pokok Keladi Viral Mak

 Assalamualaikum.


Koleksi Pokok Keladi Viral Mak  | Hari tu adik nik ada share kat group whatsapp gambar-gambar pokok keladi yang Mok tanam kat kampung. Mok memang banyak tanam pokok-pokok kat kampung terutamanya keladi. Kan tengah trend orang tanam keladi kat rumah.  So nik share sinilah sebagai kenangan. Pokok-pokok keladi ni pun cantik sangat. 




Keladi Kemoyang


Keladi Kemoyang


Yang macam ni ada dua pasu. Warna hijau biasa je, tapi betuknya cantik. Bentuk love bulat! Nama pokok ni Keladi Kemoyang kalau tak silap nik. Nik kawan mok yang bagi. Dapat free sajorr. heheheh. Hiasan dalam rumah pun cantik ni sebab pokok ni takdelah besar mana. Boh dalam pasu kecik sikit, letak atas consule table, fuhhh. Gambar atas bawah keladi yang sama tau.



                       Thai Beauty aka keladi wayang/keladi batik


Thai Beauty aka keladi wayang/keladi batik


Ni antara keladi yang nik suka jugak. Yeee.. kita suka yang cantik -cantik je. Yang ni nik google namanya Thai Beauty. Atau ada jugak orang panggil keladi wayang/keladi batik. Corak dia ada macam batik-batik sikitkan? Yang lagi unik, daun dia masa mula-mula keluar tu warna hijau, bila dah besar sikit, akan keluar tompok pink dan membentuk  ikut daun. Thai beauty ni nik tak bagi mok bagi kat orang hahahaha. Nik nak tengok dia merimbun banyak dulu. 


Postman Joyner Caladium 



Postman Joyner Caladium 


Nik rasa betul dah nama keladi ni Postman Joyner Caladium. Cantik ann kalau merimbun gini. Keladi ni paling banyak pasu mok tanam. Rumah mok sedara nik pun banyak jugak. Balik kampung nik melawat je keladi-keladi mok sedara, hehehe. Untung nasib mok sedara bagi free. 




Keladi Telinga Keldai.


Keladi Telinga Keldai.


Dua gambar kat atas ni, nik tak pasti nama apa keladinya. Nik cuba google tak jumpa. Ada nampak sama bentuk tapi tak sama warna. Keladi ni urat dia timbul-timbul. Mok ada dalam 3 pasu jugak rasanya. Dah besar-besar semua. Dua pasu kat atas ni pokok keladi yang sama tapi bentuk beza sikit kan. Warna pun agak berbeza. Kalau kat kedai harga dah jadi lain dah ni, sebab lagi unik pokok keladi tu, lagi mahal.

Update: nik dah jumpa nama pokok keladi ni, katanya keladi telinga keldai. Ada satu jenis lagi kelai tengkorak. Dia macam sama tapi yang tengkorak tu bahagian tepi daunnya bergelombang.

Kalau korang nampak jugak, ada pokok ati-ati. Mok banyak jugak pokok ati-ati ni. Ada berjenis-jenis. Semua cantik-cantik. Tapi takde ambik gambar, tak dapatlah nak share kat sini. 



Caladium Festivia

Caladium Festivia


Yang kat atas ni nama saintifiknya Caladium Festivia.  Yang ni mak ada banyak pasu asalnya tapi macam banyak yang mati. Pastu mok banyak bagi kat orang jugak. Nik ada ambik anak keladi ni tanam kat rumah. Dah merimbun, dia jadi cantik sangat-sangat tau. Korang kena dapatkan satu jugak. Harga kat pasaran pun nik rasa yang ni murah je. 


Nik ingat nak beli Caladium Moonlight. Cantik sangat-sangat nik tengok. Tapi setakat ni tak jumpa lagi kat nursery terdekat. Nak bagi kat mok je sebab kalau mok jaga cepat besar, subur pulak tu. 






2 ulasan:

  1. Cantiknya semua ..akak berkenan..tapi tu la hajat hati nak ada tanaman keladi tu selalu kena hijack...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... kena hijack dengan apa tu kak? Serangga perosak ke?

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard