Cosmoderm Soothing Cream Cleanser | Review - Fatihah Fazlin

Jumaat, 13 Januari 2023

Cosmoderm Soothing Cream Cleanser | Review

 Assalamualaikum. 

Hi korang. 

Cosmoderm Soothing Cream Cleanser | Review


Sebenarnya kan, nik ni sangatlah malas nak guna apa apa produk skincare. Leceh sanagt nik rasa. hahaha. Tapi gagahkan diri jugaklah, sebab nanti pergi kerja kang muka macam mak lampir pulak. 


Nik nak share satu cleanser yang bagi nik sangat okey dengan kulit muka nik. Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid - Soothing Cream Cleanser. 



Sebelum bersalin hari tu memang nik gunalah cleanser ni. Lepastu kebetulan pulak masa pantang tu cleanser nik habis, terbeli dan guna yang lain. Tapi sebab tak best, nik cari yang ni balik. Terus beli yang tube besar. hahaha. 

Best masa pakai tu sebab dia bagi muka kita cooling. Rasa sejuk dan berangin je. And yang paling penting, nik punya tiny bumps macam banyak dah kurang.  Kalau tak atas dahi ni penuh.  

Then, biasanya sebelum sebelum ni, muka nik memang kuat berminyak. Sangat stress. Now masalah tu dah macam berkurang. Kulit muka pun nik rasa makin bersih. 


Cosmoderm Soothing Cream Cleanser 125ml.

Paraben Free, SLS/SLES Free and Mineral oil Free. 



Cara Penggunaan: 


Just squeez a small amount of cleanser and gosok prlahan lahan kat muka. Then bilas dengan air bersih. 

Its claims:


➡️ Cleanse skin impurities
➡️ Balance sebum production
➡️ Gently exfoliate
➡️ Unclog pores

Ingredients:


➡️ Aqua
➡️ Myrustic Acid
➡️ Stearic Acid
➡️ Glycerine
➡️ Potassium Hydroxide
➡️ Cetyl Alcohol
➡️ Lauramine Oxide
➡️ Niacinamide
➡️ Salicylic Acid 
➡️ Polyquaternium-7 
➡️ Mentha Peperita(Peppermint) Oil
➡️ Hydroxyethyl Cellulose 
➡️ Glyceryl Stearate SE
➡️ Ethylene Glycol Monostearate

Bagi nik, setelah penggunaan botol ke dua ni, worth to buy lah. Serius best. Muka lepas cuci pun rasa smooth je. Mungkin nik akan setia guna cleanser yang ni dah kot lepasni.


Atau mungkin nik akan try lain-lain Cosmoderm punya produk.Maklumlah umur dah masuk 30 tahun ni. Kena betul-betul jaga kulit muka dah. Sebelum ni kurang kesedaran. Huhuhu.. Harga produk-produk Cosmoderm pun tersangatlah affordable. 



Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard