2022 Wrap ! Happy New Year 2023. - Fatihah Fazlin

Khamis, 19 Januari 2023

2022 Wrap ! Happy New Year 2023.

 Haaiiii.. Assalamualaikum semua.


Happy New Year korang. Excited tak korang dengan 2023 ni? OPR dah berapa kali naik dari hujung tahun lepas. Terpaksalah hadap ye. Loan kereta, loan rumah semua naiklah. 


Dah nak habis Januari baru sempat nak update 2022 wrap ye. Bukan ape, lama dok scrol gambar pastu nak rewind balik setiap kejadian tu yang susah sikit. Tapi tetap nak buat sebab tahun 2022 banyak sangat kejadian-kejadian yang menarik, susah dan senang. Nak jadikan satu memori kat blog ni. Nanti ibu dah tua, dah takde esok-esok, anak-anak ibu boleh baca. 


JANUARI



Anak kesayangan ibu, tempat ibu bergaduh dan bermanja masuk wad. Nafas Anis laju masa ni. Demam lagi. Badan panas je. Masuk hospital macam macam wayar kena lekat kat badan, meraung menangis dia. Hati ibu sayu je.

FEBRUARI



Banjir yang tak berkesudahan. Terpaksa hadaplah sepanjang menyewa kat sini dah tiga tahun. Anis seronok tengok air banjir macam ni, tapi bagi ibu, ibu akan stress lebih. 



Hujung Feb mok dijemput Allah ke tanah suci Mekah yang mana memang impian dan cita-cita mok lama dah. Alhamdulillah. Sebagai anak, nik teramatlah seronok mak dapat kesana. 


Ibu dapat tahu pregnant sebelum nenek Anis pergi umrah lagi. Benda tak rancang kan, tu yang terkejut dan tak sangka. Tapi, Alhamdulillah rezeki Allah bagi ni tepat pada masanya. Tak akan cepat atau lambat sesaat. 

MAC



Anis start sekolah. Ibu nak daftarkan dia  dia tadika under Yayasan Terengganu, tapi papa Anis nak dia masuk pasti. Okeylah, ibu ngikut ajer. Hari pertama meraung taknak masuk kelas. Tapi sekarang, ada masa ibu cutikan dia, dia tau dia marah. hahaha. Asyik nak g sekolah je. Takpe, belajar pandai pandai, biar jadi manusia berguna untuk diri-sendiri, bangsa dan agama ye kakak.

APRIL



Alhamdulillah. Allah bagi rezeki ibu dan papa Anis beli tanah murah-murah. Hujung tahun 2021 lagi. Tapi masa ni pergi lawat tapak untuk bina RUMAHKU SYURGAKU pulak. Doakan ye kawan-kawan semua. Moga Allah permudahkan semuanya. Amin..



MEI


Kereta ornag lain umur 3 tahun duduk dalam plastik lagi, tapi tidak bagi kereta nik. Hahaha. Berapa kali dah bergesel dengan tiang dan divider parking. Yang ni paling teruk. Nik tergesel dengan divider parking kat klinik masa check up adik Anis. Stress mak nakkkk. Naik terus BP hari tu. Menggigil-gigil masuk klinik. 



Ni ibu masa raya.  Nak jadikan cerita nilah kan 1st raya yang meriah selepas musim covid kan? Tapi ibu termasuk wad sehari sebelum raya. Malam raya yang kelam kabut tetiba pengumuman raya esok tu. Haaaa. beraya dalam wadlah. Nasib esok pagi hari raya merayu kat doc nak keluar wad. hahaha. Cepat-cepat call suami suruh mai ambik nak g beraya. Sakit-sakit pun nak beraya yee..


Jalan-jalan ke dungun beraya rumah sedara belah papa Anis. Gemuk nau ibu Anis ni.

JUN


Naik boatlah malam-malam. Sian Anis asyik sebut nak naik boat, train dan airoplane je. Kita naik boat je dulu. yang lain nanti-nanti ye. Ni apa nama entah, cumanyanya seronok sebab dapat tengok Masjid Kristal, Drawbrigde dan pesisir sungai waktu malam. Seronok dak Anis masa ni. Dia tak takut pun.


JULAI


Julai adalah bulan healing kitaorang. hahahaha. minggu ni ke sungai, minggu satu lagi ke pantai. Minggu depan satu lagi ke bukit. hahhaa. Jadilah. Masuk percuma kan.:) Papa anis dah plan tu, nak bawak pergi camping, tunggu adik Anis besar sikit. 



OGOS


Nik masuk wad lagi sekali. Bacaan BP naik lagi + doc suspect edema. Tapi nik pelik kaki tak bengkak pun. Cuma sakit tak tahan bahagian tulang betis. Masa ni dah 8months pregnant.


Hari jadi Anis Farhana yang ke 4 tahun. Ibu minta cikling Anis belikan kek mur mur je. Asalkan hiasan comel. Okeylah asalkan ada kek.



Tapi cikling Anis yang baik hati bermurah hati sponsor kek cantik. So kita hiasalah belon-belon kasi cantik. Backdrop pun guna kain pasang ibu nak buat baju kurung. hehehe


SEPTEMBER


Ibu masuk wad lagi. hemmmm.


Mengidam nak makan lokan bakar. Papa Anis teruk ajak pergi cari. Alhamdulillah.

OKTOBER 

Mengidam nak makan steamboat pulak. masa ni dan anytime baby akan keluar. 


Nasib baik baby dapat apa yang ibu mengidam kan, keluar pun senang je. Seketul Iman yang dan demokk sangat sekarang. Sihat- sihat je ye anak-anak ibu.



Dah beranak stress kena g klinik hari hari. Cek kuning anak satu hal, BP mak ni yang tak turun-turun. Boleh dikatakan, dua minggu pertama beranak tu, hari-hari ke klinik. Berpantang entah ke mana, mengurut pun entah kemana. Memang kenangan sangat. 


NOVEMBER


Tapak rumah kami dah mula jadikkkk. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Harap-harap sebelum raya haji dapatlah duduk rumah sendiri pulak.


DISEMBER



2022, dua kali kena banjir. Yang hujung tahun baru-baru ni atas rumah air naik sampai paras atas lutut. Keadaan ni yang buatkan ibu lagi rasa nak pindah cepat-cepat. 


Segala kenangan 2022 nik simpan dalam ingatan. Tapi incase terlupa nanti boleh baca kat blog semula. Tahun-tahun depan pun nak kena buat entry macam ni kan. Nak rewind balik pun senang. heheheh. Semoga 2023 ni membawa lebih banyak kebahagian dan ketenangan untuk kita semua. Amin. 







1 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard