Fatihah Fazlin

Isnin, 19 Mei 2025

Pengalaman Twin Pregnancy -  Trimester 2

Trimester 2


Macam biasa, trimester 2 nik masih lagi loya, muntah, terlalu cepat letih dan sebagainya. Tapi appointment yang KK bagi memang nik follow tak pernah skip. Kita risaukan baby je wak. Memang ikut semua yang misi dan doctor bagitahu. Even ubat dan segala vitamin, nik makan tanpa skip(kecuali memang betul-betul lupa)


Pagi-pagi loya pastu muntah sampai muntah kuning. Penat sangat. Petang balik kerja pulak melepek  je atas sofa. balik tu tak larat langsung nak buat apa-apa.Nak angkat kaki pun rasa penat. Nafas pun nik rasa pendek-pendek je waktu tu. Setiap hari nik menangis sebab rasa macam kain buruk tak berguna. Anak ajak main pun tak larat. Yang si adik nasib dia macam faham ibu ada baby dalam perut, ibu penat dia kata. Ambik dia dan kakak rumah pengasuh, balik rumah.. dorang main je sendiri sampailah papa dia balik kerja. 


Kesian dorang tapi nak buat mcam mana. Ada masa kalau larat memang akan lebihkan perhatian kat dorang. tapi tulah sekejap je laratnya. Selebihnya penat dan tak bermaya. 


Dan nasib baik jugaklah suami nik jenis okey je. Hari-hari dia balik kerja dia masak dan kemas dapur dan jaga dua beradik tu. Ada masa dia bungkus je lauk..nik tinggal masak nasi je. Memang time larat nik bangun gagahkan diri jugak. Tapi lepas settle makan,anak kenyang nik sambung baring. hahahha. Nampak macam mengada kan? tapi sumpah memang tak larat. Kalau berdiri lama sikit macam nak pengsan dah rasa. Pernah nik basuh pinggan,tak banyak pun.. tapi tak sempat siap sebab rasa nak jatuh/pitam. Tak tahu kenapa pregnant twins ni sampai begitu sekali teruk penatnya. 


Kalau ikutkan pregnancy sebelum ni, nik okey je. Alahan dan muntah-muntah tu sikit dan sebelah pagi je. Kali ni tak kira pagi ke malam ke, asyik meloya dan muntah.. 


Setiap 2 minggu nik ada appoiment KK dan setiap 2 minggu jugak appt doktor pakar kat HSNZ. First appt dengan doc pakar kat Hsnz masa nik 18 week. Baby dah besar doc kk kata jadi dia tak nampak kembar nik ni jenis macam mana(kongsi uri ke tidak.. dcda or mcda). Memandangkan pregnant kembar ni risiko agak tinggi kan? doc KK terus refer ke doktor pakarlah. 


Tapi sayang, masa appointment 18w pun doc pakar tak nampak twins nik jenis macam mana, tapi dorang decide as MCDA twins. Lepas appointment 18w ni,a da appt dengan pakar MFM pulak untuk details scan pada 21w. Asalnya doc cakap appt doc pakar 2 minggu sekali, nik macam terfikir "kerapnyaaa" penatlah nak menapak ke HSNZ tiap dua minggu, jauh pulak tu. tapi nasib baiklah lepas dapat tarikh tu jaraknya lama sikit. dalam 3 minggu. 


Ingat lagi masa dalam bilik scan, Dr.Kamarul tnya nak tahu jantina ke tak? hahhaha. mana boleh tak nak tahu! mestilah nakkkk. Tapi dia scan sorang je masa tu..hehehe. Alhamdulillah masa details scan 21w baby semua nampak okey. Berat baby pun around 330g dan 350g. Next appointment waktu 24weeks pulak.  


Yang menjadi cabarannya, bila appointment banyak kali, nik kena apply cuti. Kadang rasa macam rugi cuti. Yelah, sebab cuti sehari kena ambil, tapi masa yang habis tu banyak untuk menunggu giliran je. Tapi nasib kawan suggestkan minta mc dengan doc time appt tu. So dapatlah jimatkan cuti sikit.Kitonyo segan nak mintak mc. Jarang ye nik minta mc dengan doc even kalau sakit apa-apa sebelum ni pun.


Masa 23 weeks, anak anak semua demam. Berjangkitlah sekali dengan kita. Seksanya demam time pregnant ni ye. Dengan sakit satu badannya. Kepala asyik pusing. Pastu tulang betis nik pun sakit masa demam tu sampai nak berjalan pun tak boleh. Suami urut tak jalan. Gosok dengan minyak panas pun tak jadi apa. Pergi klinik pun, doc tak boleh bagi ubat tahan sakit. Nik sampai buntu nak buat apa sebab melampau sakitnya. Tapi selepas 3 ke 4 hari dia sembuh dengan sendiri. Macam pelik bin ajaib. Tapi nik biarkan jelah. Dah baik sakitnya, minta ampun tak nak kena sakit macam tu!! Rasa nak potong je kaki yang sakit tu!


24 weeks, sekali lagi jumpa pakar MFM HSNZ, Dr, kamarul. berat baby 599g dan 535g each. Suami request doc cek jantina untuk dua-dua baby. hahhha. nampaklah siapa yang tak sabar nak jmpa baby ni.


Nasib doc layan je kita ek.. Selalu kalau hospital kerajaan jaranglah nak cek jantina ke apa kan. Tambah-tambah kat kk. Anak-anak sebelum ni pun nik scan jantina kat klinik luar.  Then, doc maklum dia scan kalini tak nampak pulak pemisah antara baby tu.. dia macam dua-dua baby duduk dalam satu kantung. Sedangkan sebelum ni seingat nik doc dah nampak dua kantung dua baby .. $&^&*& pening jap kita wak.. pastu doc terangkanlah risko baby dalam satu kantung ni.. mudah terbeli tali pusat and etc.. jadi dinasihatkan baby satu kantung bersalin c-section semasa 34week.. nik double pening dan terkejut. Nik paling takut czer wakkk. Memikirkan pun dah ngeri.. Pastu kena beranak awal... baby tak matang sepenuhnya lagi. Nik kalau boleh memang doaaa banyak-banyak nak beranak 37w atau paling awal pun 36w. takmo beranak awal.. baby kecil lagi sian baby..


Sekarang memang nik doa Allah bagi keajaiban. Tiap masa suruh suami doa. Semoga yang doc kata satu kantung tu sebab dia tak nampak.. bukan sebab mmg satu. Sebabnya 30w nanti doc akan scan sekali lagi. Untuk tengok betul-betul. Jadi nik rasa doc pun tak 100% pasti dan nik yakin Allah akan tolong nik. Aminnnn... 


Start 24-25 weeks juga nik dah mula rasa heartburn. Pedih kat bahagian dada(ulu hati). Awal ye, compare dengan pregnancy sebelum ni, 8-9 bulan baru start rasa terbakar tu.. tapi ni baru 6 bulan dah rasa. Amatlah tak selesa. Lepas makan je akan rasa. Misi memang suruh kurangkan makan makanan berminyak dan pedas. Tapi tak pedas pun pedih tu mai jugak. 


Nik cuba follow tips ni utuk elak heartburn. 


Bab sakit tulang punggung dan pinggang tu toksah ceritalah. Nik bangun tido alahai seksanya. Slow-slow kena bangun. Mungkin faktor kerja nik yang duduk je 24 jam ni kot. Kat office memang nik duduk je. Bangun time nak gi makan, atau g tandas je. pastu time solat. Lain-lain memang banyak duduk. Lagipun nak jalan banyak pun mengah.. rasa tak mampu.. tak tahulah nak mengadap 3 bulan lagi macam mana heheheh.. Semoga Allah bagi kekuatan.


Btw, Untuk baby kali ni, kami memang tak diizinkan dari segi masa lagi untuk ke klinik swasta. setakat ni, memang 100% scan kat klinik dan hospital gov(yang best pregnant twins ni, setiap masa doc kk pun scan untuk cek condition baby) Tapi memang kita orang plan nak buat 5D scan jugak, cuma nak tunggu baby gebu gebas sikit hehehehe. Minggu ke 30 ke.. Seronok tau tengok baby gebu dalam perut!


26 Weeks

Masa ni dah mula rasa tendangan baby yang kuat dan aktif. Perut pun besar kemain. Kat office semua tegur macam dah sarat, padahal kita awal lagi.  Lambert lagi nak beranaknya. 

Moga Allah permudahkan semuanya sampai bersalin nanti. Aminnn...


Selasa, 22 April 2025

 Pengalaman Pregnant Baby Kembar !

 Pengalaman Pregnant Baby Kembar !




Assalamualaikum uolls yang sudi jengah ke sini.


Yeayy alhamdulillah. Allah rezekikan lagi untuk kami pregnant kali ni walaupun kami tak rancang untuk ada new addition lagi dalam family. Dan benarlah, Allah sebaik baik perancang. Ko rancanglah macam mana pun,kalau Allah berkehendak, Dia akan bagi and vise versa. 


Dan  nik doakan semoga yang sedang TTC sekarang ni, Allah bukakan jalan rezeki untuk korang. Semoga Allah hadirkan korang anak-anak yang soleh dan terbaik untuk korang. Amin.


Okey. berbalik kepada cerita nik, sebelum ni nik rasa dah cukup kot dua orang baby girl kat rumah ni. sebab walaupun girl, lasaknya kemain. Panjat tangga papa dorang buat kerja itu biasa. Naik sofa dan terjun kuak lentang itu juga biasa. Berenang dalam lopak air depan rumah time hujan lagilah selalu. Basuh seluruh dapur sebab nak sembunyikan kotoran dorang buat pun pernah.  Jadi, nik putuskan supaya biar mereka berdua je. hahhaa.  Tak larat ye kawan-kawan sekalian.


Mungkin Allah nak bagi rezeki lebih lagi la kot kan. Allhamdulillah tahun 2025 nanti akan bertambah anak-anak ibu. Daripada 2 terus jadi 4! Excited sangat-sangat! Paling tak boleh bayang macam mana keadaan rumah nanti dengan 4 orang anak. hahahha. Sebab nik dari awal kahwin dulu mmg plan nak anak paling ramai pun 3 sahaja. 


Meh nik share pengalaman nik daripada awal tahu pregnant, tahu pregnant twins, alahan, dan sebagainya. 


Bulan julai 2024 nik ada join satu program turun berat badan kat pejabat ni (kita berat wakkk). Setiap khamis memang ada macam macam aktiviti kecergasan. Panjit bukit, briswalk, briswalk kat tepi pantai, water resistence, dan macam -macam lagilah. Nik join je semua aktiviti tu dengan sepenuh hati sbb memang niat nak kurus! Jaga makan, mmg makan makanan dietlah. Tanpa nik tahu sebenarnya masa tu nik dah mengandung pun! 


Dipendekan cerita, pada 20 Ogos, nik tak larat sangat nak pergi kerja. Tak demam, tak sakit apa pun. Cuma penat dan tak larat. Nak bangun siapkan anak pun tak larat. Hari tu semua suami buat. Dan nik baring je. Dalam tengahari gitu, teringat ada pregnancy test lebih yang tak guna lagi. Dah terlintas kat fikiran masa tu.. ke aku ni ada baby lagi??? seram sejuk masa tu. Tapi gagahkan diri bangun dah cek. Memang tak sampai seminit naik double line terang benderang tak boleh nak tipuuuu! 


Masa naik double dalam 2 ke 3 hari jugaklah nik menangis hahaha. sebab memang sebelum-sebelum tu dah bincang dengan suami yang kita tak nak tambah anak lagi dah. Dan suami pun memang setuju. Cukup dua orang. 


So mentally, memang nik tak bersedia. Tapi suami kita pujuk kemain. rezeki Allah bagi adalah tu hikmahnya nanti. Lepas dah habis fasa menangis tu, happy dah.. sebab tak tahulah, seronok sebenarnya ada baby dalam perut ni. Dia punya perasaan cinta dan berbunga-bunga tu Allah je yang tahu mcm mana. 


Dah tahu pregnant, nik fikir macam malas nak buka buku pink awal-awal sebab penat nak menapak ke klinik setiap dua minggu. Tapi in the same time,nik beli vitamin dan asid folic kat farmasi. So makan jelah ubat tu. 

Lepas dari tu, terus alahan ye kawan-kawan sekalian. Makan apa-apa semua loya. Selera nak makan tu tinggi, boleh telan tapi selepas tu akan loya atau terus muntah. Paling pilu,minumatau makan manis-manis, confirm akan keluar balik. Both pregnancy sebelum ni tak pun. Lagi manis, lagi suka telan! Hari-hari sekarang makan makanan yang masam-masam untuk cover semula rasa loya nak muntah tu. 


20 Oktober tarikh nik buka buku pink.. heheheh. memang lambat dan memang kena tegurlah dengan nurse, dengan doc apa semua. tapi nik pekakkan telinga jelah sebab mmg salah kita kan.Masa ni dah 16week ++ dah. Korang kalau tahu pregnant, bukalah buku pink awal-awal ye. 


Masuk bilik doctor untuk terus scan hari tu sebab dah lewat sangat nurse cakap. Kat part ni paling lawak, paling mendebarkan. hahaha. Sampai sekarang tergelak sorang kalau ingat balik. nik recall balik conversation nik dengan doc kat blik scan tu.,,.


Doc: Besar dah baby awak baru nak buka buku pink ni.


Nik: Ye doc.(sambil sengih) berapa minggu dah tu doc?


Doc: Kat sini bagitahu dah 16w dah ni. Tenngok ni kepala, kaki, paha. Aktif dia kat dalam. 


Nik: Ooo. sihat kot dia. Amin..


Lepas doc tunjuk semua tu dia nak ukur ukuran apa semua secara detail, jadi nik dah tak tengok kat skrin dah. pandang siling jela. tiba-tiba....


Doc: Eh..eh..


sepantas kilat nik berpaling kat doc, sebab nada eh dia tu macam mencemaskan..


Nik: kenapa doc? Baby ada masalah ke?


Doc: Ada suprise ni. awak tengok ni!


Nik tengok moniter csan tu.. kita tak pandai nak baca scan baby ni terus bagitahu


Nik: Doc bagitahu jelah saya jantina baby, saya tengok pun saya tak pandai nak tentukan tu boy ke girl, doc bagitahu jelah senang. 


Doc: BUKANNNNN.. BABY AWAK NI TWINS! CUBA TENGOK NI. NAMPAK ATAS SATU BAWAH SATU! 


Nik: Biar betul doc. Macam mana boleh ada dua manusia pulak! 


Doc: Eh dia tanya kita!!!


Doc tu gelak dengan kawan-kawan dia kat luar sekali gelak. Nik masih samar-samar nak percaya atau tak. Pakej gementar semua ada. Siap minta doc scan sekali lagi biar nampak dua-dua untuk puas hati. Boleh dia bergurau, kang saya scan lagi jumpa yang ketiga kang... ampunnnn!!


Tapi doc tu baik je, dia layan je kita minta nak scan lagi. Dan tak boleh nak in denial sangatlah sebab memang terang nampak dua ketul baby dok kemain bergelek kat dalam perut. Dua heartbeat. Turun dari katil, sambung kat meja doc pulak, mcm-macam dia bebel kita, buka buku lewatlah, dah twin pregnancy ni tinggi risiko.. Kita hadam jelah ek walau masa tu masih tak boleh nak percaya "aku pregnant twinsssssss"


Keluar bilik doktor terus call suami dan bagitahu dia dalam keadaan nik sendiri terketar dan terkejut lagi! air mata menitis masa ni sebab memikirkan kemampuan nik dari segi kesihatan mental sendiri. mampukah aku nak berpantang dan jaga dua baby serentak nanti?? mampukah aku nak jaga amanah Allah ni sebaik-baiknya?? Memang macam-macam dalam kepala masa tu. Bercakap sejap dengan suami masa tu pun dalam sedu sedan dah.. hahhaha. Kita tisu wakk. sikit sikit nak nangis. 


Jadi gitulah kisah nik masa mula-mula tahu pregnantkan baby kembar ni. Nik plan nak update week by week kat sini. tapi tengoklah dulu macam mana sebab daku tak berapa nak rajin. Yang ni pun berapa hari taip baru nak siap dan mungkin akan publish bila baby dah lahir nanti kot. hari last nik tulis kat sini masa baby dah 20 weeks. 


















Khamis, 20 Februari 2025

Anak Sulung dah Darjah 1.

 Assalamualaikum.


Minggu ni dah start buka sekolah, mak-mak mesti dah lega kan.. hehehe. Nik pulak excited sebab anak sulung kita dah masuk darjah 1 tahun ni. Dalam tak sedar,anak pun dah besar,7 tahun dah si kakak Anis Farhana ibu. Masih ingat lagi macam mana sakit nak melahirkan dia dulu. 

Ni hari khamis lepas masa pendaftaran. Beg semua tak nak kalah ye.


Ibu nak pastikan bergambar kat sini wajib, setiap kali tahun baru. hehehe. Pengepit rambut dia selit kat tudung nak bagi kiyoot katanyaaa.. Terserahlah kakak. 


Anis macam biasa, dia rajin dan nak pergi sekolah tapi bab bangun pagi tu dia susah sangat. Selalunya memang nik pass kat papa dia bab kejut pagi-pagi. Daku tiada kesabaran yang tinggi untuk kejut orang susah bangun ni. hahahah. 


Beg minta papa dia belikan beg kuromi, tapi papanya tak kenal kuromi bawak balik beg ana muslimah.. ibu gelak tak ingat dunia. hahaha.. Nasib dia okey redha je terima yang papanya beli. 


Minggu lepas hari khamis bawak Anis ke sekolah baru dia untuk pendaftaran awal dan ambik buku dan baju-baju sukan. Yuran sekolah not badlah, untuk darjah satu dalam RM143 termasuk buku latihan semua, baju sukan dua pasang. Tu pun nik plan nak tambah sehelai lagi buat gilir. Sebab masa taklimat tu cikgu pun cakap sekolahnya memang banyak pakai baju sukan sekolah. Nasib persediaan buka sekolah hari tu nik beli sepasang je baju uniform sekolah. Sebab nya mingkin hanya dipakai bila ada perhimpunan je. Cuma kasut nak kena tambah lagi la. 


Hari pertama sekolah, botol airnya pecah, kawan tersepak katanya. Ibu nak marah pun macam tak berbaloi.. pesan jelah jaga barang elok-elok. Malam tu terus ajak papa dia ke DIY cari botol air baru. Botol air pun dah habis RM16. Ibu tak tahulah nak habiskan setahun darjah satu ni berapa banyak botol air akan berganti. Sebabnya kat Pasti dulu pun banyak kali tukar baru. 



Anak ibu dah besar. Ibu kena get ready untuk fasa seterusnya pulak.


Semalam pulak, ajak papanya ke pasaraya kat rumah ni nak beli pensil warna. Tepuk dahilah si bapak melayan anak sulung perempuan. Tapi papa dia tak bawak pun sebab pensil warna banyak kat rumah, cuma takde dah kotak. Setiap kali beli dia mesti buang kotaknya. Tu yang selalu tak cukup warna. hahaha. Gitulah ye budak-budak. Nak kena sabar untuk tunggu masa dia pandai jaga barang sendiri. 


Sebenarnya, ibu dia yang excited anak masuk darjah satu. Balik daftar petang khamis tu terus nik balut semua buku-buku teks dan aktivity. Walaupun cikgu ada cakap, sebulan ni untuk program transisi je dulu, takde guna lagi buku teks. takpelah ibu settle awal tak kalut. Minggu depan satu lagi nak puasa dah. Nak kena siap-siap buat persediaan untuk raya pulak. 


Semoga kakak anis baik-baik jelah kat sekolah tu dan diterangi hati dan jiwa dia untuk belajar dan menambah ilmu. Semoga anak ibu sentiasa dalam jagaan Allah sepanjang masa.  Amin..


Ahad, 29 Disember 2024

Masuk Rumah Baru.

 Assalamualaikum..


Sementara tengah rajin ni, mari kita menaip kat sini.


Korang,nik dah masuk rumah baru tau! Alhamdulillah. Lamanya tunggu hadiah yang satu ni. Sejak pindah terengganu ni, ini adalah impian nik yang paling besarlah orang kata. Nak duduk rumah sendiri. Allah makbulkan nik duduk rumah sendiri pada umur 31 tahun. Atas kerja keras suami juga yang bepanas berhujan bertukang siang dan malam untuk siapkan rumah. Allahuakbar. Cabarannya bukan biasa-biasa ya. Tapi biarlah yang tak seronok tu kita simpan sendiri. heheheh. 





Dalam banyak-banyak benda, pintu bilik paling nik loveee..


Sliding door ruang tamu..


Syurga bagi wanita dapat dapur yang diidamkan. 

Bahagian luar sikit. Semua nik design ikut citarasa nik sendiri. Just bagitau kat pelukis plan nak macam mana, dorang lukiskan. 


Untuk yang bertanya, yepp.. nik buat rumah sendiri kat atas tanah sendiri. Nik beli tanah dan buat rumah kat situ dengan loan lppsa. Aahh wak,,guna loan juga. Kami tak de duit banyak nak bina rumah cash sendiri.. Pastu rumah kami ni kecil je keluasannya. Cukuplah untuk berteduh 4 beranak. 


Nik nak simpan kenangan masuk rumah baru kat sini untuk kenangan akan datang.  Tarikh kami masuk rumah 8 Ogos 2024 walaupun masa tu rumah tak sepenuhnya siap lagi,,, hehehe.. sampai sekarang pun ada lagi nak nak kena touch up, tapi slow-slow lah ek.


Nik share journey terbangunnya sebuah rumah dari awal sehingga siap. Korang followlah tiktok dan ighome nik hahaha. @nnnnhome1. Sempat ek promote..Nak menaip panjang-panjang macam bosan lak orang nak baca kan. Tengok gambar/video lagi senang. heheheh.

Dalam masa yang sama, nik doakan semua yang berhajat nak memiliki rumah sendiri nanti dikabulkan impian dan doa korang. Amin.. Doakan nik jugak tau. 




Selasa, 17 Disember 2024

Pengalaman Bersalin Baby Girl Number Two.

Assalamualaikum.


Disclaimer: Blogpost ni dah tulis lama dah, tapi takde kesempatan nak review dan edit.  Dah nak masuk 2025 wehh. Baru ada masa. Kita terpaling busy wak..


Baby girl ke 2 ibu...yang sangat jarang sakit, alhamdulillah Ya Allah!


Apa khabar korang. Dah masuk 2023 dah kita kan. Cepat je masa berbalu. Baby girl nik Number two pun dah 3 bulan lebih dah. Dah besar dah dia. Pengalaman bersalinkan dia lain sangat daripada bersalinkan Anis Farhana, 2018 yang lepas. 


Due date adik Anis ni adalah pada 14 Oktober 2022. Dan nik memang minta dekat Allah nak bersalinkan dia minggu ke 37 pregnancy. Seminggu minggu ke 37 tu tak jugak bersalin. Nik tukar doa nik. Nak bersalin 1 Oktober. Pun tak dapat jugak. 😅 Nik merancang dan berdoa, tapi perancangan Allah lagi hebat. Nik bersalinkan adik Anis pada 05 Oktober 2022 tepat jam 1.16pm pada hari Rabu di minggu ke 38, 5/7 prengancy. Alhamdulilah.


Sehari sebelum tu takde apa-apa tanda sikit pun. Sedangkan nik setiap masa berdoa nak bersalin secepatnya. Adalah beberapa sebab. Tapi nik kalau boleh bila baby dah matang dalam 37w tu memang nak keluarkan je terus. haha.


Pagi 5 oktober


Subuh-subuh bangun, rilek macam biasa sebab memang dah apply maternity leave start 2 okt lagi, dah baby tak keluar jugak 1 okt tu kan.. Dekat pukul 7 tu nik dah dapat rasa contraction, tapi dalam selang 20-30minit sekali contraction. So bagitahu suami, tak payah gi kerjalah kita gi hospital terus, Lagi pula hospital yang nik nak bersalin ni jauh sikit jaraknya, dalam 60km dari rumah. Perjalanan dekat sejam jugak. 


Beg baju ibu dan baby memang dh siap letak dalam kereta. dalam pukul 8 lebih macam tu terus ke hospital. Sakit contraction macam dah makin kerap masa dalam perjalanan tu.. tapi still boleh tahan lagi. Siap boleh bergelak dalam kereta. Suami ajak makan dulu, tapi nik risau takut terberanak hahahaha. jadi tak sempat sarapan langsung pagi tu.


Dah sampai hospital, terus ke tempat daftar. Eh kena tunggu lama pulak nak daftar. Misi kat pendaftaran tu mcam tak percaya bila nik bagitahu nik ada contraction dan nak beranak. Dia macam slowww je tulis nama,ic dan lain-lain. Pastu siap kata kena menunggu lama ni, awak kena buat covid test dulu. Dia lambat maklum kat bahagian staf kat dalam untuk buat test. Nik perati je gerak-geri dia masa tu. 


Dah settle covid test tu, masuk dalam doktor dan misi cek apa semua, bukaan 2cm. Bacaan CTG pun macam laju. Dalam sejam duduk kat PAC tu nik dah tak tahan. Bagitahu doktor pelatih kat situ saya sakit sangat dah ni. Boleh ke nak minta ubat tahan sakit.


Then datang doktor lain, dia cek jalan sekali lagi dan bagitahu dah 4cm dah. Tak boleh nak cucuk ubat tahan sakit dah. Kecewalah kita masa tu. Sebab sakit contraction kali ni tak sama dengan yang anak first dulu. Lain macam sakitnya ye! 


Bukaan dah 4cm, doktor arahkan masuk labour room terus. Naik labour romm pukul 12 kalau tak silap nik. ada staff tolak guna wheelchair.  Barang barang semua dengan suami lagi, dia tak boleh masuk sebab belum masa lagi misi cakap. Tapi in the same time misi suruh suami bersedia kat aras labour room tulah, sebab anytime dorang akan panggil masuk LR. 


Alhamdulillah, misi dan doktor kat LR semua okey dan baik-baik. Nik pun sebab sakit contraction kali ni lain macam perginya, menahan sakit sampai keluar air mata. hahaha. misi siap gosok belakang nak tenangkan. hehhehe. Dia bagi gas sedut tu untuk kurangkan sakit ttapi entahlah macam tak jalan je. Doc pecahkan air ketuban, lepastu bermulalah episod sakit yang lagi dasyat! hahaha


Kat labour room tu ramai ek orang(misi, doc and etc) masa bersalinkan Kakak Anis dulu ada 3 orang je misi senior. Kali ni fuhhh macam pasukan sorak pulak. Tapi semua wanitalah. Setelah beberapa kali push keluarlah seorang lagi anak girl ibu. Keluar jam 1.16 tengahari dengan berat 3.41kg. Berat ye dia. Kakak dulu 2.93kg je. Doc angkat baby kat nik suruh tengok baby girl ke boy.. Macam biasa nik tak nampak sebab rabun tak pakai spek dalam labour room. Ibu cakap je girl sebab mamang dah scan kan sebelum ni. Konfiden ekk.. 


Lepas doc dah jahit kat bawah ape semua, misi datang offer air milo. fuhhh enak ye minum air milo dalam tu.hahahha. Yang lawaknya doc yang jahit tu boleh tanya misi yang ada kat situ"okey tak saya jahit ni? macam tak cantik kan?" Nik dalam hati.. ko biar betul doc? hahhaha. Sakit ye jahit tu walaupun dia bius.. boleh dengar sebijik bunyi jarum dan benang bergerak masuk keluar kat kulit kita. seram kalau ingat balik! 


Settle part tu, Nik dah tak sedar apa-apa dah. tak tahulah nik tertido ke apa tapi tahu tahu dah kat wad. hahahah. Mungkin kesan sedut gas tadi banyak sangat kot kan?


Baby nik masuk scn jap dalam 24 jam. Nik dapat tengok kejap tu je lepas tu terus tak jumpa baby dah. Malam tu pulak misi kata boleh tengok baby esok pagi. Bagi susu kat baby. Masa baby takde dengan nik tu, nik cuba marmet susu untuk bekal baby kat scn. Adalah keluar sikit sikit. Dapat jumpa baby baru perasaan happy tu membuak-buak. Senyum-senyum tengok baby sendiri. Cantik dan sempurna sungguh ciptaan Allah. Alhamdulillah. Sakit beranak tu pun dah auto lupa.. ehhhh



Ni haaa budaknya dah besar dah. Tahun depan ibu nak hantar school dah sebab dia selalu nak ikut kakak g school. Suka gi pantai macam ibu tapi main pasir je. Ombak pantai dia takut. hahahaha.


Nota kaki: Baby yang nik ceritakan ni dan 2 tahun 2 bulan dah sekarang(Disember 2024) hahaha..




Sabtu, 30 November 2024

Tempat makan menarik di Setiu: cafe BY SANTAI, Penarik.

 Assalamualaikum.


Korang, banyak sebenarnya draf blogpost yang nik dah buat, tapi tak siapkan sebab malas nak edit gambar. Acilahkan kalau letak gambar raw tanpa edit. 


Tempat makan menarik di Setiu: cafe BY SANTAI, Penarik.


Nik tahu ramai yang datang ke Setiu macam tak tahu nak makan kat mana selain daripada kedai masakan panas dan kedai makan celup tepung tu. Nik sendiri pun macam tu. Kadang tu nak keluar makan tapi dah boring makan yang sama. 


Nik nak suggest satu cafe hipster yang agak menarik untuk korang try. terletak betul-betul ditepi Pantai Penarik. Yelahkan, setiu ni kan terkenal dengan keindahan pantai. So banyak dah sebenarnya kedai-kedai makan buka kat persisian pantai. Bukan restoren celup tepung je yang ada.




Ni kedai nya. Gambar gelap sikit ye.

banyak meja kerusi. Tak risau kalau ramai pun, sebab jarak antara meja tak dekat sangat.



Anis nak bergambar tapi malu-malu.

Nak ambik gambar lampu je. 





Kami duduk atas wakaf. Suami pilih nak duduk rileks bersila. 









Wanpaku ni ek orang panggil?? hahaha habis yang ni order lagi 1 sebab tak cukup.








Croffle dia sedap! 


Nik dah dua kali try makan kat cafe BY SANTAI ni, so far alhamdulillah rasa dia bolehlah kan.. Not bad! Masa menunggu pun tak lama hari tu walaupun ramai orang. Kami order makanan yang ringan je hari tu sebab mmg dah kenyang. Layan anak-anak nak main tepi pantai. Suasana pun best..nyaman je malam-malam sambil dengar bunyi ombak.  Total ,makan hari tu tak sampai rm40 seingat nik. 


ALAMAT: Lot 4071, Jln Penarik, Kampung Penarik, 21010 Permaisuri, Terengganu

BUKA:3PM-11PM

SELASA TUTUP



Isnin, 18 November 2024

Apa yang menarik di Zoo Kemaman?

 Assalamualaikum.


End of February hari tu sempat nik bawak anak-anak ke Zoo Kemaman. Kisahnya boleh sampai ke Kemaman ni sebab nik berkursus kat sana dua hari. So hari last kursus tu boleh balik awal. Mula plan nak menapak ke Mesra Mall sebab kitaorang tak pernah ke sana. Nak kenal la kan.. Tapi fikir-fikir kalau nak balik semula ke KT macam  jauh nak kena patah balik. So, pergi Zoo jelah. Lagi pun anak-anak seumur hidup dorang tak pernah pergi zoo. Mak bapaknya tak pernah bawak hahaha..


Ticket price:

DEWASA: RM15

KANAK-KANAK: RM 10

4 YEARS AND BELLOW, FREE.


So, untuk tiket sahaja hangus RM 40. Tapi nik rasa agak okeylah sebab anak-anak dapat pengalaman tengok binatang depan mata sendiri. Selama ni tengok dalam buku dan kat tv je. Si kakak tu dapat tengok Seladang punyalah excited. 


Dalam zoo pun ada buggy disediakan. Nak masuk tu kita boleh pilih nak naik buggy ke nak jalan kaki. Of course kami naik buggy kan. Angkut stroller naik buggy. Hahaha. Sebab pergi pukul 2ptg so masa tu agak panas lagi. Plan asal nak jalan je, tapi macam tak yakin nak berjalan panas-panas. 










tak tahu kenapa anak anak ni suka sangat tengok kuda.












kambing gurun ada.





makan dulu sebelum sambung tengok haiwan  lain. Luas lagi area yang tak explore!









Buaya di mana-mana ya tuan puan. HAHAHAHA


Bergambar kenangan sebab tak tahu bila lagi akan sampai sini. Maaf juga sebab nik letak gambar caca merba tak ikut flow sebab malas nak susun wehhh..



Petugas tu turunkan kami kat tempat tumpuan,so dari situ kita jalan-jalan sendiri tengok binatang apa yang ada. Kami sempat tengok gajah, harimau, seladang, kambing gurun, burung burung, rusa dan banyak lagi lah. Cuma agak sedih sebab ada di satu area tu macam tak terjaga dah. Rumput panjang tak potong dan ada binaan pun mcam tak dijaga dan dah rosak. 


Tips bawak anak-anak berjalan gini, snack kena bawa secukupnya. Air masak pun wajib. Si kakak jalan sikit cakap lapar. Maka ibu keluarkan je roti dan bermacam makanan yang ibu bawa. Zoo kemaman ni best sebab dia tak berbukit, mendatar je, tak macam mini zoo Kuala Krai kena panjat bukit. So  budak-budak berlari pun macam tak risau sangat. Kita pun takdelah penat mendaki.


Dalam area zoo ni ada je kedai makan. Tapi pilihan limited dan harga pun biasalah kan. Tapi kami tetap singgah makanlah sebab suami pun lapar >'< Kebetulan menu yang ada masa kitaorang pergi tu hanya mee kari. Telan jelah mee kari dia hahahaha. Setiap hari menu berlainan dan hanya satu menu satu hari. 


Dan sebenarnya kat zoo ni juga ada taman rekreasi. Nik tak tahu pun, cuma bila dah sampai tu merata signborad tulis "mini zoo dan taman rekreasi kemaman". Dah masuk dalam tengok memang ada kolam apa semualah. Sesuai untuk aktiviti air anak-anak. Cuma on that day nik tak buat aktiviti airlah sebab tak bawak  baju yang sesuai. 


Kemudahan basic yang lain pun ada. Surau, tandas dan playground ada disediakan juga kat Zoo Kemaman ni. Bolehlah korang bawak anak-anak jalan ke sini nanti. Mesti dorang suka. 



Isnin, 1 Januari 2024

Tak move on 2023

 Assalamualaikum. 




Hi korang. 

 

Dah 2024 dah hari ni, tapi nik masih macam tak boleh nak move on dengan 2023. Banyak benda yang tak terjangka dan tak selesai di tahun 2023. Jadi nak taknak akan dibawa terus ke 2024 ni. 


Benda yang paling nik tak boleh move on ialah pasal pembinaan rumah yang masih tak siap-siap. Okey ni bagitaulah kat sini ek, sebagai goverment servant, nik ada buat lon Lppsa untuk dapatkan sebuah rumah kecik(rumah idaman) yang harapnya dapat jadi RUMAHKU SYURGAKU lah untuk kami empat beranak. Amin. 


Sekarang boleh dikatakan dah 65 peratus siap. Korang doakan tau by this Mei boleh siap sepenuhnya untuk diduduki. Aminn. Mana tahu, ada diantara doa korang Allah angkat kan. 


Untuk tahun baru ni, nik macam nak dietlah sikit. Bak bagi turun 20kg hahahha. Janganlah korang gelak baca azam yang tak berkesudahan ni ye. Berazam itu perlu. Capai tak capai belakang kira ekk. 



Khamis, 19 Oktober 2023

Hiking Bukit Keluang, Besut Terengganu
Assalamualaikum.
Bulan lepas plan dengan suami nak hiking Bukit Keluang. Masa plan tu takut jugak, takut tak sampai ke puncak bukit. Yerr tahu Bukit Keluang tu secoet je tingginya. Tapi bagi kita yang teramatlah jarang nak buat aktiviti fizikal macam ni memang seram. Tapi tekad jugak nak naik. So menapaklah kami di Bukit Keluang pagi Jumaat tu. Nik ajak adik sekali join. hehehe. Dia pun memang minat juak aktivi gini. Dia bawak sekali mok abah dari kampung. Tapi mok abah dok bawah jela tunggu. 


Seronok kemain Anis ye nak naik bukit. Sehari sebelum tu dah pot pet tanya bila nak naik bukit ni ibu.... Silap ibu pergi bagitahu awal-awal. Kenalah hadap menjawab soalan sama 40 kali. Pagi tu dalam 6.30pagi kami bertolak dari Setiu. Makan masa dalam 45 minit jugaklah nak sampai ke kawasan Bukit Keluang tu. Janji dengan adik nak jumpa seawal mungkin. Tapi dia sampai lewat so kami singgah makan nasi lemak dan roti canai dulu. Lupa dah kat kampung nama apa, tapi sedap sangat nasi lemak dia. Sampaikan gambar pun takdan ambik.

So, selesai makan semua, kami berkumpul kat kaki bukit Keluang. Dalam pukul 8.30 pagi baru mula start berjalan ikut jalan pejalan kaki menuju ke tempat mula mendaki. Jauh jugak berjalan dalam 1km lebih. Boleh la sambil-sambil buat warm up dulu.

Anis dengan cikling.


Nik kan dah agak lama tak exercise, mula mula naik tu macam mintak nyawa lah sikit. Dalam 5 minit pertama tu semput jugak. hahaha. Tapi lama sikit dah dapat rentak tu, nik dah okey dah. Daki slow-slow je sambil dok perhatikan Anis dengan Cikling dia kat depan laju kemain. Papa Anis lak dukung Adik Iman. Dia bawak beban dalam 11kg tuu. Tapi tak nampak mengah sikit pun. Nik je yang pancit walaupun bawak badan je. hehehe.

So total naik dan turun adalah dalam 2 jam lebih. Mau tak lama kejap kejap behenti ambik nafas. Alaa. hiking main-main kan, gini lah jadinya. Orang lain 20 minit je turun naik. Pastu duduk berehat kat puncak pun dah sejam. 

Tapi serius seronok masa dok kat atas tu. Walaupun cuaca panas sebab dah tengahari kan, tapi udara dia nyaman je. Rasa segar je. View kat Bukit Keluang ni pun Masyaallah tak payah cakaplah. Memang cantik dan berbaloilah untuk lenguh badan keesokan harinya. 




Letak gambar kat puncak dululah, sebab dah edit comey comey ni..


Anis degan cikling berlenggang nak menuju ke kaki bukit.





Papa dengan Iman. Gigih! Masa ni baru nak start naik je rasanya.




Ada wakaf ni, kita stop dulu regangkan urat yang tiba-tiba stress tu. hahaha Iman pun masa ni lapar. Bagi susu dan suap dia makan sikit. Baru boleh jalan.

Papa Anis steday naik bukit pakai selipar jalan je. Kasut dia tapak tercabut last minit. 
HAHAHAHAHA



Muka ibu ni dah teruk dah ni. Slow slow nak turun dah masa ni. Iman pun dah ngantuk. Anis je aktif semacam.

Tak reti erti penat.


Nampak orang naik paragliding. Macam seronok je. Papa Anis kata dia nak try.










Ok dah habis. Banyak gambar lagi tapi malaslah nik nak boh banyak-banyak. Nanti nak naik lagi Bukit Keluang. Macam segar badan seminggu dua lepas hiking ni. Rasa ringan sikit walau hakikatnya masih berat. Rasa macam nak diet tapi nantilah.. 


FATIHAH FAZLIN@templatesyard