Fatihah Fazlin: Tempat menarik terengganu
Memaparkan catatan dengan label Tempat menarik terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempat menarik terengganu. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2022

Tempat Menarik Besut, Terengganu | Pantai Beting Lintang

 Assalamualaikum.


Sibuk sangat seminggu dua ni sampai tak sempat nak menaip kat blog. Padahal dah berazam dah nak menulis kat sini lebih banyak untuk 2022 ni. Takpe, kita try semampu yang boleh. 



Pantai Beting Lintang 

Ini kali kedua nik sampai di kawasan Pantai Beting Lintang ni. Kali ni sempatlah snap gambar sebagai kenang-kenangan nak letak kat blog ni. Masyaallah kawasan sini memang semua sudut dia cantik. Dalam gambar cantik, depan depan lagi cantik. Sesuai sangat untuk kita picnik tepi pantai dengan family. Ambik angin petang duduk tepi pantai sambil makan keropok lekor. Fuh.. seronok sangat! 


Nik singgah kedai makan dulu. Perut tengah lapar kan. Sekarang dah banyak kedai-kedai makan dibuka kat kawasan pantai ni. Berderet kedainya, Tinggal kita pilih je nak masuk kedai mana. Macam macam dekorasi kedai which is memang menarik sangat, pelancong datang pun akan seronok. 


Nik cuma singgah kedai yang tak ramai orang sangat. Yelah sebab weekend kan, takut jugak dengan si covid yang tak mahu lenyap ni. Masuk kedai pak cik mak cik ni. Ada satu meje je yang ada orang.  Kedai dia macam warung je, tapi menarik sebab dia bina wakaf macam kat bawah ni. Seronok la ,makan meggi celup betul-betul tepi pantai. 


Maafkan muka ibu anis tak semengah. Keluar rumah muka togel je. Anis tak sihat tu, tu yang berpeluk je dengan ibu. 


Comey la hor, wakaf tempat nak makan pun. Gambar muka papa anis kabur tu kira halal lah, asalkan boleh nampak full wakaf tu.

Order meggi celup sor, meehun sup sor, teo beng sor, tea o panas sor. Padey lah.

Anis sekali lagi tak nak disnap.

Kawasan kampung beting Lintang dah ni. Ambik gambar dari dalam kereta je.



Ada sungai dan bot-bot nelayan. Papa anis ajak turun ambik gambar kat bot tu, tapi nik malas sebab anis pun dok meragam. 

Ramdom nik ambik gambar tepi tepi jalan. Ni pukat ke apa ek?

Ni macam sesuatu benda untuk penduduk situ buat keropok nik rasa. Rasa-rasalah. Tak ingat bertanyalah pulak hari tu.

Nik ada baca sikit info jugak, kawasan kampung Beting Lintang ni tempat orang dok buat budu. Pastu  korang datang boleh beli makanan laut segar kat sini. Ada beberapa kedai nik perasan. Katanya fresh dari laut nelayan bawak kedarat terus jual. 

Kalau kata nak stay area sini, korang boleh google homestay. Nik nampak ada banyak yang sediakan penginapan homestay. Kalau hotel macam takde. Area kampung kan, biasalah. Agak jauh jugak dari pusat bandar.  Kalau korang betul-betul nak cari ketengan dunia, kat sini sesuailah.


Kedai makan jugak ni, tapi masa nik pergi tak bukak lagi. Rasanya masih dalam construction lagi. Dah siap nanti mesti cantik. Pagar kedai boleh jadi tempat untuk korang ootd, hahaha


Masuk kedalam sikit. Jalan pun dah tak berturap. Banyak pokok-pokok rhu kat sini. Port bergambar untuk koranglah! hehehehe.


Budak kampung je. Syukur boleh tengok pantai tiap minggu. Hilang serabut di kepala.

Papa anis konon nak ambik gambar astetik. Layannn

sayangnyaaaaa.

Nampak estatik, ibu ambik gambar lah. Walaupun rumah buruk takde orang duduk. heheheh

Tunggu je orang sampai.

Overall, nik suka sangat dengan suasana dan pemandangan pantai sini. Tapi... sampah sarap banyak sangat-sangat. Korang kalau datang tempat ni tolonglah.. tolong sangat jangan buang/tinggal sampah sampah tu merata. Bawak lah masuk kereta kalau  takde tong sampah.  Bila sampah melonggok kita salahkan majlis/pbt sebab tak jaga, tapi kita tak sedar yang sampah tu datangnya dari tangan kita.

Hahhh. sekian ucapan YB hari ni. Nanti datang terengganu, singgah di Besut jangan lupa terus ke Pantai Beting Lintang. Korang google maps je nak ke sini. Pasti jumpa. 




Khamis, 17 September 2020

Bercuti Ke Pulau Kapas, Terengganu Edisi Jimat

 Assalamualaikum.  


Bercuti Ke Pulau Kapas, Terengganu - Tajuk edisi jimat tu mesti korang tertarik kan. Hahaha, saje pancing nak korang baca. Alhamdulillah minggu lepas dapat bawak Anis Farhana ke pulau untuk pertama kalinya. Eh, nik pun kali pertaman jugak ke pulau okey! 


Dah lama teringin nak ke pulau, mula-mula plan nak ke Pulau Perhentian tak jadi. Last-last awal bulan Ogos hari tu, nik ternampak sponsored post kat ig untuk percutian 2D1N. Apalagi terus klik la. Tanya sikit- sikit itu ini, nik terus book. Kang takut tak jadi pulak. Papa anis bukan boleh kira, takut dia tunda tarikh kita pilih, baik kita bayar siap-siap. 

PULAU KAPAS.

ni kawasan resort yang nik stay, yang bahagian depan ni, memang bilik sebiji sebiji, harga mahal la sikit, nik stay kat bahagian belakang, kalau kat gambar ni nampak yang tinggi kt belakang tu. 

Bilik air agak luas jugak. Ada benda basic je, syampoo ubat gigi apa semua tu takde ye.

ada balkoni.Kanan tu viewnya.  aahah. memang hutan je.

anis sampai terus tido. dia mengantuk dari atas bot lagi.

Nik share apa je yang nik buat/apa yang ada kat Pulau Kapas ni ye. Btw, nik ambik pakej 2D1N dengan Vacayria. Korang carilah kat fb/ig. 


Tempat menginap: Kapas Coral Beach Resort
Harga: RM140 per pax X 2 = RM 280 ( harga ni hanya untuk boat pergi balik dan 1 bilik superior)


Lain-lain aktiviti, bayar asing kat pulau. Tak ambil dalam pakej sebab nik tak pasti akan buat aktiviti apa je kat sana. Ada anak kecik kan, nak snorkeling pun takut anak tak bagi kerjasama, kalau ambik pakej, kita kena ikut masa yang dorang tetapkan. 


Kitaorang bertolak dari rumah di Setiu awal lagi dalam jam 10 pagi, sampai kat Jeti Marang dalam pukul 12tghri.  Masa untuk naik boat jam 1 tengahari. So, sempatlah singgah di pasaraya untuk beli makanan sebagai bekal kat pulau nanti. Sebab sesungguhnya makanan kat pulau kapas mahal nak mati ye. Air mineral sebotol, RM 4. Lain-lain harga untuk makanan lain korang bayangkanlah sendiri. 

 Ni Jeti Marang ye. Tengah menunggu bot. Anis tu memang tak sabooo nak naik bot. Berlari sana sini seronok. Lepas tu sibuk nak turun tangga nak naik bot. .


Nik bawak meggi 1 paket, bubur instant, air ineral 2 botol(tak cukup huaaa), biskut 2 jenis, kokocruch untuk sarapan anis farhana, dan lain-lain jajan yang tak sihat. haha . Semua makanan ni cukup untuk nik dan suami makan kat sana, tak berlapar tanpa order makanan kat pulau. Tapi untuk anis kami order jugak nasi goreng bagi dia makan malam tu. Meggi is a big no!



Ni budak excited sangat dapat naik bot, dia tak takut langsung. Suka kalau air lauk tu terpercik kena muka dia. hai la anis. 

Hari pertama.

Naik boat dalam 15 minit dari Jeti Merang.

Sampai terus check in- deposit bilik RM50 - Towel ambik kat kaunter check in,

Disebabkan anis tido, nik pun lelap mata dulu. Pukul 4.30 baru turun ke pantai. 

Jarak resort ke pantai dekat sangat.  Best! 

Petang tu mandi-manda pantai je. Jalan-jalan ikut gigi pantai sambil tengok sunset.

Malam pun sama. ambik angin tepi pantai. lepak kat cafe jap.

Btw, korang ada anak kecil, nak buat susu nak kena bayar deposit RM20 untuk thermos air panas, (hahahahaha) lepastu boleh refil banyak kali. Jangan risau deposit semua boleh dapat balik kalau tak de barang yang rosak.


Anis dengan papa. Dua dua suka sangat dengan air. Sampai tepi pantai terus terjun dah tak tengok kiri kanan. 


Ko tengoklah muka bahagia budak ni. 


ajak papa cari port takde ramai orang. 

Dapat tengok jelah orang naik kayak. Kita nak naik takut. hahaha dasar penakut. 
Macam macam dok fikir, kayak terbaliklah, lemaslah. 


dah senja pun tak mau keluar dari air tu. maka dapatlah tengok sunset sikit. Jadilah. 



Kita ambik gambar banyak banyak bagi nampak seni sikit. 

Rajin berjalan, dapat tengok view yang berlainan sikit. Yang mana memang jarang tak cantik. Ni kawasan resort sebalah, nik naik naik atas batu kat hujung gambar tu, tapi hmmm, malas nak jalan, kalau tak mesti dapat gambar cunnn.







Hari Kedua

Naik bukit singa pagi. Boat akan tunggu untuk bawak ke tempat korang nak naik bukit tu. Nik takde gambar ke bukit singa, sebab tertinggal fon dalam bilik. sedeyhhh! Layan view kat sana. cantik sangat.

Balik dari bukit singa teruskan misi mandi pantai sebab anis farhana dah tak sabor nak masuk air semula. berendamlah dalam air sampai pukul 11 lebih. 


Naik kebilik, terus mandi dan kemas barang-barang. Agaj rushing sebenarnya. So korang kalau nak santai santai, better pilih pakej yang 3D2N. Sebab banyak lagi aktiviti lain yang nik tak sempat buat. 

Pukul 12 dah nak kena check out. Pulangkan towel yg dorang bagi, kalau tak takleh balik. Hahahah

Bot nak balik ke jetty Marang pukul 1.30 tengahari. Kalau terlepas yang ni kena tunggu pukul 3. Kami siap-siap tunggu pkul 1 sebab dah check out kan, kang nak duduk celah mana pulak.


Tak reti eh nak ootd. 

Kat pulau kapas ni orang kata air tak berapa nak jernih kalau nak dibandingkan dengan Pulau Perhentian atau Redang, tapi ni pun nik rasa dah cukup jernih dah ni. Boleh nampak muka dalam air macam cermin. hahaha, Ada rezeki nanti kita g Pulau Perhentian pulak. 

Ni masa dah tunggu bot nak balik dah. Sempat lah bergambar sana sini sinun.  Yang jadi masalah, kenapa nik nampak gemuk ><  oh, terima kasih kat abang kaunter sudi offer ambik gambar kami kalau tak, kesudah tak dapat gambar bertiga.


Okey yang ni guna kerusi sebagai stand. jadikklah! Payah nau nak ambik gambar dengan anis farhana.



Selfie selfot dengan anis. Tudung tu dapat gift dari officemate yang nak bersara hari tu. Cantik dan senang jadi. hahaha memang mesra travel betul. tak yah iron. Haa, btw nik kat sini memang bwk pakaian ironless. kat blik resort pun takde disediakan iron. Tak tahulah kot kot kena mintak ke apa. 

hmmm. papa anis ambik gambar. Ibu tak sedia lagi dia dah siap dah. Redha.........



Tengok kalau ibu yang snap, verry artistic pa. hahhahahah

Overall, seronoklah dapat bawak anak ke pulau kapas ni. Orang ramai tapi masih tak crowded. Tapi taktau lah sebab nik pergi weekdays kan, weekend mungkin berbeza. Mungkin. Anak seronok ibu lagilah berganda seronok, dapat bercuti release tensionnnn. hahaha.

Okey bye! 

P/S: Pening ye nak update blogpost jalan-jalan ni.  



Ahad, 13 September 2020

Setiu Wetlands - Edisi Jalan Jalan Hari Cuti
Hai korang.

Bulan Ogos hari tu rasa macam banyak pulak public holiday kan. Asyik cuti je, Hari cuti Hari Merdeka baru ni plan nak balik kampung tapi kat kampung takdok air lah pulak. Nik jenis stress kalau takde air, so kita tangguh balik kampung. hahaha. Maka dengan tiba tiba sampailah ke Setiu Wetlands, di Pengkalan Gelap. Lama dah sebenarnya nak ke sini, tapi asyik tak jadi je.

Bergambar depan pintu masuk is a must! 

 

Setiu Wetlands ni takde apa pun bagi korang tak minat dengan alam, tapi kalau berminat memang layan la sebab dapat tengok dan kenal bermacam jenis pokok paya, hidupan kat paya. Pemandangan laut pun cantik, Ada sampan dan bot bot kecil nelayan setempat bergerak sana-sini. Anis sukalah dapat tengok bot. Agak menarik kalau bawak budak sebenarnya, dia boleh tengok pokok pelik-pelik, boleh tengok ikan pelik-pelik. hahahah . Pemandangan macam ni bukan senang-senang boleh tengok kat mana-mana kan?

Nah, serba sedikit info pasal Setiu Wetlands

SETIU WETLANDS
  • Tanah Bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar, adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.
  • Kawasan persekitarannya adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
  • destinasi eko-pelancongan dengan aktivitiaktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu dan memancing yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.


Yang bestnya kat Setiu Wetlands ni, tempatnya verry instagramable. Sesuai kalau korang suka ambik gambar sampai penuh memori fon tu. Setiap sudut nampak cantik sangat. Kena pulak buat wedding photoshot, memang cantiklah gambar kahwin nanti. hahaha. 

Nik berjalan nak sampai ke hujung ambik masa dalam 20 minit. Tu pun sebab banyak berhenti Anis Farhana nak tengok airlah, pokoklah, ikanlah. Macam macam. Hujung perjalanan korang, baru akan jumpa tempat penduduk sana cari lokan(lokan bakar is my fav btw hahahaa). 


banyak berehenti ambik gambar.


ada beberapa wakat persinggahan macam ni, 

Ada board info which is kita bolehlah baca dan tahu serba sedikit info pasal pokok.

Setelah jauh berjalan, jumpalah tempat ni. - tengok anis dah penat berjalan, papa dia dukung atas belakang. tapi papa pun nampak macam penat tu. Nak terlondeh  kebawah dah anak. Nasib baik ibu larat berjalan, kalau tak kena dukung ibu sekali. ahhaha

sangat tenang ye! Dengan angin sepoi-sepoinya.

Kat sini boleh nak santai santai sebab ada kerusi dan meja disediakan. Banyak jugak jumlahnya. Nak buat BBQ pun boleh. Boleh bakar lokan makan panas-panas. Sedapnya. Selebihnya korang tengoklah gambar-gambar yang nik sempat tangkap. 

Pemandangan kat sini lagi cantik sebab pantai kan.  Dengan langit membiru. fuhhh rasa tenang Pastu ada macam jeti kecil untuk korang ambik gambar. Sebelah sana ada darat, pun macam pantai. Memang cantik sangat sangat. Dah berapa kali perkataan cantik dah kita taip. 



 




 


Kalau datang setiu, jangan lupa pulak datang sini tau. Korang waze je SETIU WETLANDS, PENGKALAN GELAP, mesti jumpa. Setakat nik pergi hari tu, masih percuma lagi. Lain tahun, tak tahulah kan. Bawak anak anak, seronok tengok alam. 

Till then, 
bye..><


FATIHAH FAZLIN@templatesyard