Fatihah Fazlin

Isnin, 4 Ogos 2014

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan

 ASSALAMUALAIKUM.

Pagi tadi nik ada terbaca satu artikel pasal kahwin muda. Opss.. Dedulu masa belajar kat matrik, nik dah tanam azam, berofe 21 y/o iolls mesfi kahwin. Gatai ! Tak tahulah kenapa kena berazam sampai gitu sekali. Huh.. but now i'm already 21 tahun 2 bulan dan beberapa hari. Hehehe. Takde maknanya nak kahwin before 21. Jodoh ni bukan boleh kita agak-agak kan. So, biar secara semula jadi dia datang. Macam tu jugak ajal. Sampai masa, tidak cepat tidak lambat, akan tiba jugak waktunya. 

Some parents tak berapa suka anak-anak mereka kahwin muda. Sebab? Macam-macam sebab la kita boleh tengok. Iya.. bukan parents sesaja tak bagi anak mereka kahwin awal.. they have their reasons coz they know verry well their son/daughter. Kita sebagai anak yang nak kahwin muda ni kena pandai2 lah menerangkan kebaikan dan sebab2 nak kahwin awal. Bagi nik, banyak pro and contras kahwin awal ni. Sebelum nak decide ape2, kena tengok, fikir and teliti dulu. Istikharah yang terbaik. Nik tergerak hati nak share dengan pembaca blog nik 15 sebab kenapa kahwin muda digalakkan. Maybe boleh jadi rujukan buat mereka2 yang berazam nak kahwin muda. ^_^

Credit gambar pada pemilik asal.

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.

Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :


1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)

Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T


9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.


11. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.


12. Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.


13. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
 

14. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.


15. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.


Wallahua’alam.

Dah baca kan? Ehhehe.. nanti nak bagitahu parents, senang la sikit.. ye dak. Tapi yang penting. Niat kita tu. Allah tahu. Dan kalau niat kita betul, Allah akan mudahkan jalan kita. ~_-

Ahad, 3 Ogos 2014

KERANA CINTA KLON Bab 10
BAB 10




“Riq, dah banyak hari Diana cari kau. She’s gone crazy. Aku dah tak tahu nak jawab apa. Do something bro.” Shahrul Hakimi mengadu. Dia sudah tidak tahan digangu dengan panggilan dan sms dari Mardiana. Dia penat nak menjawab.
“Kau jangan layan dia. Macamlah kau tak kenal Diana tu.” Hazriq sendiri sudah lali.
“Kau cuba slow talk dengan dia. Explain kat dia. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok dia tu. Masa dia datang sini cari kau, aku tengok macam kucing hilang anak. Berterus-terang je dengan dia kau dah ada orang lain. May be lepas ni dia faham and tak ganggu hidup kau dan aku dah.” Sengaja ditekankan perkataan ‘aku’. Mahu Hazriq sedar yang dia begitu bersungguh mahu Diana tidak mengganggunya lagi. Dia sangat tidak selesa. Masanya terganggu.  Sebagai pelajar tahun akhir, banyak tugasan dan kerja-kerja lain yang perlu dia selesaikan. Tapi selalu saja panggilan telefon dari Diana membantutkan segala urusan. Bukan dia tidak mahu menolong kawan tetapi dalam kes Diana, dia rasa Hazriq perlu buat sesuatu.
Hazriq mengeluh. Ada benarnya kata-kata Shahrul. Dia sendiri pun dah stress dengan perangai Mardiana.
“Bukan kau tak kenal aku Shah. Aku dah cuba sedaya upaya sedarkan dia yang antara kami tak ada apa-apa hubungan, but she still like that. Too obsess with our past relationship. Bila aku fikirkan balik, menyesal aku rapat dengan dia dulu. Aku tak pernah ada perasaan pun kat dia.” Hazriq meluahkan rasa. Dia yakin Shahrul mengerti. Dan dia yakin Shahrul boleh membantunya. Kerana selama ini pun hanya sahabatnya yang satu itulah banyak menghulur bantuan. Malah, banyak nasihat berguna yang diberikan.
Shahrul. Lelaki itu amat dihormatinya, sebagai kawan baik dan sebagai seorang abang. Dia senang mengenali lelaki itu. Alhamdulillah, Allah hadirkan dia seorang sahabat yang baik, yang mampu mengingatkan dia ke jalan-jalan kebaikan.
“Yang lepas tu biarlah berlalu. Kita tak boleh nak putar masa lalu. Tapi kita boleh ubah masa depan Riq. Jumpa dia, explain baik-baik yang kau ni dah ada orang lain. Sampai bila kau nak mengelak. Masalah tak akan selesai kalau kau asyik mengelak.”
“Yelah. Ada masa nanti aku jumpalah dia. Tapi kau teman akulah.”
“Kalau masa tu aku free, boleh je. Tapi inform aku awal-awal okay. Kawan kau yang seorang ni sibuk.” Shahrul ketawa. Hazriq mencebik.
“Sibuklah sangat!” Hazriq meninggalkan Sharul terkebil-kebil di ruang tamu. Dia masuk kebilik. Bersiap untuk ke kelas pukul tiga nanti. Di luar kedengaran pula suara Shahrul dan Ikmal berbual. Usai solat, Hazriq terus memecut keretanya ke kampus. Dia turun awal daripada biasa kerana mahu ke fakulti bertemu pensyarah.
************************************************
Sudah hampir dua bulan Hazriq menjalani kehidupan di kampus setelah selesai mejalani praktikal. Rindunya menggunung pada gadis bernama Fazlia. Kadang, bila dia kenangkan kembali, lucu rasanya. Jatuh cinta pada budak sekolah! Sedangkan dia sudah 23 tahun. Fazlia pula masih terlalu muda. Tapi apa ada kisah. Yang penting dia yakin dengan perasaannya. Dia juga percaya dengan Fazlia.
Hari-hari yang dilalui penuh dengan semangat yang luar biasa bila ada sms dari Fazlia. Walaupun hanya ucapan salam selamat pagi di subuh hari, itu sudah cukup baginya. Yang  penting dia tahu dia ada dalam ingatan gadis itu. Dan, tidak akan sesekali dia mahu mengganggu masa Fazlia dengan sms yang tidak penting. Dia mahu Fazlia tumpukan sepenuhnya pada pelajaran. Dan dia sendiri pun hanya menghantar mesaj pada Fazlia sebelum tidur, hanya ucapan selamat malam.
Indah perasaan itu, hanya dia dan Allah yang tahu.
Tanpa sedar kuliah yang bermula jam dua tadi telah tamat. Tidak dia sedar Dr. Hamidah  sudah punkeluar dari dewan kuliah. Haish.. mengelamun lagi! Berangan tak sudah! Hazriq mengutuk diri sendiri. Kuliah entah ke mana, fikirannya ke mana. Astagfirullah. Dia meraup muka. Melihat sekeliling, rakan-rakan ada yang sudah mula bersurai. Dia bangun memangil kumpulan rakan lelaki yang lain, mahu mengajak mereka makan. Tengahari tadi dia tidak berkesempatan untuk menjamah nasi.
“Nak makan kat cafe ke kat luar ni?” salah seorang daripada mereka bertanya.
“Kat luarlah. Kita bukannya ada kelas pun lepas ni.” yang lain pula memberi idea.
Dua daripada mereka menaiki kereta Hazriq, dan dua lagi masing-masing ada motor sendiri. Mereka menuju ke tempat kegemaran. Hazriq menghantar dua kawannya itu ke rumah sewa mereka. Dia kemudian menuju kembali ke kampus. Niat dihati ingin ke perpustakaan dan mencari sedikit bahan untuk kertas kerja tahun akhir. Dia sudah siapkan kertas kerja tersebut, tapi mahu diperapikan lagi. Mahu buat sentuhan akhir. Mungkin minggu depan hasil kerjanya itu akan diserahkan kepada pensyarahnya. Bergantung pada hasil pencariannya hari ini.
Hazriq melihat skrin telefonnya menyala. Sudah  banyak kali begitu,  menunjukan ada panggilan masuk. Tapi tidak di hiraukannya kerana panggilan itu daripada Mardiana. Dia malas mahu melayan. Selain itu, dia masih belum bersedia memberitahu Mardiana. Dia tahu gadis itu akan meroyan jika mengetahui hubungannya dengan Fazlia. Berbelas sms dari Mardiana juga tidak dibalas.
Jam sudah menunjukan pukul 10 malam. Sekejap lagi pasti perpustakaan akan tutup. Hazriq berkemas. Sekali lagi telefonnya menyala.
Hello assalamulaikum Riq. Kau kat mana? Balik sekarang, Diana ada kat depan rumah ni.”
“Haa? Kau suruh dia balik la. Aku tak nak jumpa dia. Lagipun dah malam ni.” Salam Shahrul hanya di jawab dalam hati. Patutlah Mardiana banyak kali menelefonnya. Rupanya gadis itu berada di Perak.
“Aku dah bagitahu dah. Dia nak tunggu kau juga. Kau balik la dulu, aku rasa hanya kau yang boleh buat dia pergi.” Shahrul membalas. Pening juga kepalanya memikirkan hal Hazriq dengan Mardiana. Gadis itu keras kepala. Sudah orang tidak suka masih lagi mahu memaksa. Bagi Shahrul, Mardiana sudah meletakkan maruahnya sebagai seorang perempuan serendah-rendahnya. Dia sendiri malu mengenangkan perbuatan Mardiana. Tapi, apa sajalah yang boleh dia lakukan untuk membantu. Sudah dinasihatkan Mardiana untuk melupakan Hazriq, tidak diendahnya.
“Yelah. Kejap lagi aku sampai.” setelah meletakkan telefon, Hazriq menuju ke keretanya. Kepalanya ligat memikirkan apa yang mahu dibicarakan pada Mardiana nanti
Hazriq memakir kereta di garaj rumah. Kereta Mardiana ada di luar pagar. Dia menarik nafas panjang sebaik turun dari kereta. Mardiana sudah siap menunggunya. Gadis itu menuju ke arahnya. Setelah beberapa lama mengelak, akhirnya dia sudah tidak dapat lari. Nekad sungguh gadis itu. Ya. Tentunya dia dudah tahu bagaimana perangai Mardiana. Mereka kenal sejak zaman sekolah rendah lagi. Mereka teman sekelas, teman sepermainan, mereka teman rapat. Mereka juga berjiran sebelum Dato’ Hisyam berpindah ke banglo di Damansara Perdana. Tapi, bagi Hazriq, gadis itu hanya dianggapnya sebagai saudara kandung. Adik. Dia melayan Mardiana tidak lebih tidak kurang. Tidak pernah dia menaruh rasa cinta pada seorang yang dia anggap sebagai adik. Cuma Mardiana yang salah erti tentang rasa sayang yang dia pamerkan selama bertahun ini.
Mardiana yang Hazriq kenali memang seorag yang agak tegas dan keras kepala. Tapi, gadis itu juga seorang yang mudah tersentuh. Dia pantang melihat orang susah. Pasti mahu dibantunya semampu mungkin. Dia mudah kasihan pada pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua yang sentiasa ada di tepi-tepi jalan.
“Kenapa you layan I macam ni Riq? Apa salah I sampai you mengelak dari I sampai begini sekali?” tanpa salam, Hazriq dihujani soalan.
Memang terbit rasa kasihan, tapi dia tidak mahu terus membiarkan Mardiana salah faham tentang hala tuju hubungan mereka. Dia tidak mahu Mardiana terus menaruh harapan. Lebih dari itu, dia mahu mencari wanita untuk dijadikan isteri yang sempurna tertutup auratnya.
“Kita jumpa esok pagi boleh Diana? Tak manis kalau jiran I tengok. Dah lewat ni.” Hazriq cuba memujuk.
Nop! I nak bincang sekarang. Fullstop!” tegas Mardiana. Dia sudah malas mahu berdiplomasi dengan Hazriq. Banyak helah lelaki itu untuk tidak bertemu dengannya.
Now!” belum sempat Hazriq membuka mulut, Mardiana lebih cepat bertindak.
Hazriq mendengus kasar. Fahamlah dia Mardiana betul-betul bertegas mahu berbincang sekarang juga.
“Kalau macam tu you tunggu kat sini. I’ll be here in 30 minutes.” Seraya itu, Hazriq terus meninggalkan Mardiana. Malas dia mahu berbasa-basi lagi. Gadis itu sepatutnya sedar yang kehadiarnnya memang tidak diperlukan.
Hazriq mencapai barang-barangnya dikereta dan terus masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia keluar. Kali ini dengan wajah yang lebih segar.
You memang sengaja kan Riq?” soal Mardiana memulakan 'perang'.
“What?”
“Tak payah la nak berpura-pura tak tahu.” Balas Mardiana sinis. Dia bengang tahap maksima. Hazriq memang sengaja menduga kesabarannya.
You belum kenal I lagi Riq. You ingat senang-senang you boleh reject I? It’s not that easy dear. I akan dapatkan setiap benda yang I nak. Tanpa ragu-ragu.’ Mardiana bermonolog dalam hati. Sesekali dia tidak akan melepaskan sesuatu yang dia sayang ke tangan orang lain. Dia memandang Hazriq. Wajah itu yang dia igaukan setiap masa. Dia cintakan Hazriq. Lelaki itu mesti menjadi miliknya walau dengan apa cara sekalipun.
Say it Diana. It’s getting late. I have a class tomorrow morning.” Lebih cepat mereka berbicara lebih baik. Hazriq tidak mahu lama-lama bersama Diana. Tengah-tengah malam begini, jika ada yang ternampak tidak manis.
You totally channged dear. Dulu you cakap you sayangkan I and we’ll be together sampai bila-bila. But now, look at you Riq, pandang I pun you tak mahu. Kenapa Riq? Kalau I ada buat salah I’m sorry. You tak boleh nak buat I macam ni Riq. I sayangkan you sepenuh hati I. In fact, parents kita pun sama-sama dah setuju nak jodohkan kita. Kenapa you berubah? Kenapa setiap masa you mengelak dari I Riq?” luah Mardiana panjang. Sudah lama dia mahu berbicara dari hati-ke hati begini. Dia cintakan Hazriq. Tiada siapa yang mampu mengubahnya. Dia nekad mahu memiliki lelaki itu. Wajah Hazriq dipandang, meminta secebis rasa. Ya. Rasa yang dia juga rasa. Rasa yang orang lain tak dapat rasa. Rasa cinta. Rasa mahu memiliki dan dimiliki.
Di hadapannya, Hazriq meraup wajah. Kedua belah tangan kemudiannya dimasukkan kedalam kocek seluar. Dia memandang wajah Mardiana, mencari sesuatu di wajah itu, tetapi tiada. Fikirannya ligat berfikir sesuatu. Tiba-tiba dia teringat tentang satu artikel yang dibacanya bebarapa hari lepas di internet. Artikel tentang wanita idaman lelaki.
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk sang Adam yang bengkok lantas menghiasi taman-taman indah dan menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika ada terdapat cacat atau celanya. Antara ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki adalah:
1.       Berpegang kepada agama.
Wanita yang berpegang kepada agama memilii keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat terpelihara dalam hidupnya akan mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Mana-mana lelaki yang mendapatkan wanita sebegini memang beruntung.
2.       Kecantikan dalaman
Wanita tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip hidup. Inilah  kecantikan dalam yang dicari oleh lelaki. Kalau cantik, itu memang bonus. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana nama dan harta.
3.       Manja
Lelaki memang sukakan wanita yang keanak-anakan atau lebih kepada sifat manja supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai pelindung utuh. Namun, sifat manja yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4.       Berakhlak mulia        
Wanita yang berakhlak mulia dikenali sebagai wanita solehah. Wanita adalah perhiasan dunia, tetapi sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Merekalah yang akan menjadi ibu, isteri, kekasih dan tunjang kejayaan suami.
5.       Tidak mempamer keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka miliknya atau isterinya begitu kerana keindahan diri wanita bukan menjadi barang pameran untuk tontonan semua lelaki.
6.       Tidak cerewet
Lelaki suka kepada wanita yang tidak cerewet kerana wanita yang cerewet merimaskan mereka dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu. Biasanya, wanita yang cerewet suka menkritik apa sahaja yang tidak disenanginya walaupun itu hanya perkara kecil.
7.       Memahami lelaki
Wanita yang memahami lelaki biasanya memiliki intusi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam apa jua keadaan.
8.       Sejuk mata memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk mata memandang akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sebegini adalah termasuk bersopan santun, sentiasa memaniskan wajah dan memberikan senyuman ikhlas, menutup aurat, ramah mesra tetapi bersyariah, tidak terlalu cemburu dan menghormati orang lain.
9.       Pandai menjaga kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Wanita akan kelihatan bertambah cantik jika bijak mengurus penamapilan. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana ia akan membuat mereka bangga.
Arikel yang dibacanya itu baginya memang betul. Tetapi, dia sedar bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang pencipta yang Maha Esa, sang Khaliq.  Manakala segala kecatatan, keburukan mahupun kelemahan adalah dari manusia itu sendiri. Ya. Hazriq tahu dia bukanlah lelaki sempurna dan tidak dia mengharapkan gadis sesempurna itu, cuma sebagai sorang lelaki dia layak memilih. Dan pilihannya, bukan Mardiana.
***********************************************
I akan buat apa saja Riq untuk make sure hubungan kita tetap macam dulu. I belive, we still need each other.” Ujar Mardiana lagi.. tetapi...

bersambung....
terima kasih pada yang sudi membaca dan terus membaca. :)
BAB 9 
BAB 8 
BAB 7
BAB 6
BAB 5
BAB 4
BAB 3
BAB 2
BAB 1


Detik aku rasa aku jatuh.




Assalamualaikum.

Syawal dah masuk hari ke tujuh hari ni. Tak terlambat lagi kot rasanya kalau nik nak ucapkan semat hari raya aidilfitri kat semua yang kenal nik, yang baca blog nik, yang nik kenal.. semualah! huhuhu. Kenapa baru sekarang nak ucap? Line tenet kat kampung agak slow, buka fb boleh la, tapi gambar semua tak keluar. So, diam-diam jelah masa balik bercuti. Now, sambung kerja balik. Serius, rasa tak puas beraya. Nak pajangkan cuti.. tapi kita ada tanggungjawab lain. Berkhidmat untuk masyarakat ! Jua demi mencari sesuap bakso. eh??

Nik bukan nak bercerita pasal raya lagi, and tak de pun gambar raya. 
Pernah tak awop-awop rasa sesuatu yang buat awop rasa jatuhhhh.. sampai tak mampu nak ucap apa-apa. sampai rasa nak nangis tujuh hari tujuh malam? pernah tak? pernah tak masa tu awop rasa, detik tu adalah detik paling 'bawah' dalam hidup?  pernah tak awop rasa give up sampai terkeluar perkataan "aku penat. aku penat!"

Sejujurnya, nik pernah. Sampai satu masa, nik keluarkan air mata sampai tertidur..Allah saja tahu perasaan masa tu. Nak bercerita, tak sanggup. Allah jadi tempat mengadu. Sungguh. tak tahu nak cerita macam mana. Tapi, apa yang jadi sekalipun, life must go on kan? berat macam mana sekalipun masalah, kita masih ada Tuhan. Allah sentiasa ada dengan kita. Kita kena yakin ! kena percaya!

Dan, sungguh! Bukan mudah nak puaskan hati semua pihak. Kadang, kita perlu korbankan hati kita untuk mereka. Susah? Mestilah. itu namanya ujian dari Allah. Dia uji kita sebab dia sayang kita, dia tegur kita. dan, kadang, ada masa kita kena buat 'bodoh'. 'Layankan' saja mereka-mereka yang selalu simpan rasa tidak puas hati. Kata mereka kita sambut dengan senyuman. boleh? Susah.. ye samalah kita. tapi kita kena cuba buat. Manusia , Allah cipta rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

Sabar jadi kunci. Kita! Manusia! Tak akan pernah puas hati dengan apa yang kita ada. Malah, lebih teruk, tak pernah puas hati dengan apa yang orang sekeliling miliki. Nak tak nak, kita latih diri bertahan. sabar. Jangan sesekali biar, kata-kata orang sekeliling musnahkan 'rasa' kita. Detik awop rasa awop jatuh, cuba bangun dan ucap pada diri, "Aku ada ALLAH!"

awop semua. nik menulis bukan sebab nik hebat. bukan sebab nik pandai. bukan sebab nik sempurna.. tujuan nik, untuk mengingatkan diri. Diri sendiri dan awop-awop yang membaca. Insyaallah. :)

Sekian.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard