Fatihah Fazlin

Sabtu, 20 September 2014

Kerana Seringgit Manusia Biadap
ASSALAMUALAIKUM.

Kerana Seringgit Manusia Biadap | Kenapa sanggup jadi begitu wahai manusia? Anda punya akal yang cerdik, kenapa mesti cetuskan perbalahan hanya kerana satu ringgit. Saya tak kisah anda siapa. Kalau hari ni anda profesor. Kalau hari ni anda pengarah. Kalau hari ni anda timbalan pengarah. Kalau hari ni anda doktor. Kalau hari ni anda cikgu. Kalau hari ni anda suri rumah. Kalau hari ni walaupun anda kerani, tapi kalau tiada budi bahasa, tiada adab sopan yang sepatutnya kita masyarakat timur miliki, jujur. Di mata orang lain anda tak lepas belajar darjah enam pun! Ilmu yang anda belajar setinggi langit tu tak berguna andai tak digunakan.

Sebuah kisah benar yang terjadi di depan mata penulis sendiri. Anda sebagai pembaca nilaikan.

Sedang penulis melangkah untuk berjalan balik dari kerja, datang seorang  wanita, bersama anak dan suaminya. Lagak dan gaya wanita itu menyatakan memang dia bukan sembarangan orang. Penulis yang melihat pun dah rasa 'sesuatu'. Dia menuju ke kaunter pendaftaran pesakit setelah mengambil borang di kaunter Triage 1. Mungkin tak sihat. Demam atau sebagainya.

Si kerani di kaunter memberi senyuman. Meminta borang secara baik  dan di suruh duduk. Dengan muka masam, tanpa sebarang senyuman atau terima kasih, wanita bergaya itu duduk. Siap meminta maklumat, si kerani meminta bayaran seringgit. Seperti biasa di hospital kerajaan memang kena bayar seringgit(warganegara) kalau datang ke kecemasan atau klinik pesakit luar.

Wanita bergaya itu bangun dan marah-marah tanpa menghiraukan patient lain yang sememangnya ramai. Mungkin dia tak perasan, ramai orang memerhatikan dia. Dan suami serta anaknya hanya diam. Dia menyatakan ketidakpuasan hati kenapa perlu bayar seringgit sedangkan suaminya adalah goverment servant?  Dengan suara yang tinggi dia memarahi si kerani. Patutkah? Tidakkah dia sedar tindakannya itu hanya akan membuatkan orang sekeliling memandang rendah padanya? 

Si kerani memjelaskan secara perlahan. Pihak hospital perlukan Surat dari jabatan tempat bekerja atau lebih sinonim dengan 'guarante letter' . Kat sini adakah diantara pembaca yang bekerja dengan kerajaan? Tahukah anda pasal GL ni? 

Relevantkah membawa surat sekeping yang boleh diprint itu ketika anda sedang sakit tdan perlu berjumpa doktor secepatnya? Atau lebih baik anda datang ke kaunter senyap-senyap dan bayar? Juga bayaranya hanya Seringgit dan anda mampu. Terpulanglah pada anda. Anda boleh kalau nak bayar seringgit. Tapi kalau tidak, sediakanlah GL seperti yang telah digariskan dalam peraturan.

Tapi persoalan yang penulis nak tekankan di sini, perlukah kita marah-marah dan menengking hanya kerana seringgit. Dan kita sendiri tahu prosedur di jabatan kerajaan macam mana. Tak kisah di mana-mana jabatan sekalipun. Kena ada hitam putih! Nanti masalah lain pula yang timbul. Penulis pun boleh claim penulis adalah Setiausaha Kanan di salah sebuah jabatan kerajaan. Siapa pun boleh mendakwa dirinya begitu dan begini. Cakap mulut tidak mampu membuktikan siapa anda. Pada pandangan penulis, kalau kita mampu, bayar sahajalah..apalah sangat dengan seringgit itu kalau nak dipertikaikan. 

Dan kita sebagai goverment servant, memang hak kita mendapat keistimewaan sebegitu rupa di mana-mana jabatan kerajaan. Tapi ada syaratnya juga. Ikutlah peraturan yang telah digariskan. Bukankan kalau kita memudahkan kerja orang lain, Allah akan memudahkan kerja kita. .

Penulis bukan siapa-siapa. Dan kisah ini bukan tujuan untuk mengaibkan. Malah untuk dijadikan pengajaran kita bersama. 
Sekian.





Ranking alexa blog ni kurang 300?
ASSALAMUALAIKUM. 

Banyak pula entry hari ni kan? Jari ni bukan boleh kira sangat. Time rajin semua nak ditulisnya. Tapi bagus juga kan,  dapat menambahkan entry untuk blog ni. Nik yakin ada yang membaca. Terima kasih yang the verry berjuta kepada yang singgah, yang klik-klik tabung simpanan waktu tua nik, yang komen mengomen. Nik hargai korang semua. Terima kasih.! 

Malam ni nak update ringkas pasal ranking alexa blog biru ni. Biar betul kurang dari 300? !!! Kalah blogger famous lain ni ! Sekali lagi biar betul ?!!! Eh. 

Kalau korang tak percaya tengok lah sendiri. Huhuhu.


Eh. Bawah 3000 la. Bukan 300 sayang oi.. saja je kan kasi gempak. Jangan main-main tau. Okey serius! Nik jarang sebenarnya cek ranking blog kat alexa ni. Sebab ni tahu blog nik ni blog suam suam yang tak berapa nak suam. Nik malas la kan. Dulu cek Rank in Malaysia tu tak pernah kurang 6000. Putus asa dah rasa.

Tiba-tiba tadi tergerak hati nak masuk web www.alexa.com ni. Jadi itulah hasilnya. Sebulan yang lepas memang bukan begini nombornya. Alhamdulillah dah banyak meningkat walaupun takde lah setinggi  ranking blogger lain.  

Yang ni pun nik dah gembira sangat. Nak kena usaha lebih lagi ni. 

Jumaat, 19 September 2014

Kelab Blogger Ben Ashaari: Selangkah ke Depan

ASSALAMUALAIKUM.


Kelab Blogger Ben Ashaari: Selangkah ke Depan | Mesti korang ada terbaca pasal pelancaran website dan laman instagram rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari kan? Tahniah nik ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan usaha ni terutamanya Abang Ben Ashaari selaku penggerak utama.
http://kelabbloggerbenashaari.com

WEBSITE
Website Kelab Blogger Ben Ashaari ditubuhkan oleh Hafiz Rahim beberapa hari lepas. Nik dengar akan ada pelbagai aktivi dan penampbahbaikkan akan dilakukan. Bagi yang turut serta menjadi rakan blogger #kelabbloggerbenashaari mesti seronok sebab macam-macam aktiviti yang dibuat. Nik pun rasa macam nak sangat join aktiviti mereka, tapi tak dapat sebab jauh.huhuhu.

Kelab ini dengan singkatan ringkas KBBA membawa slogan "Bukan Sekadar Blogger". Memang geng KBBA ni secara raellitynya bukan sekadar blogger. Mereka blogger yang happening!


INSTAGRAM
Laman instagram pula di wujudkan untuk update segala aktiviti yang dilakukan oleh rakan-rakan blogger #kelabbloggerbenashaari. Bagi yang adab instagram bolehlah korang follow @kelabbloggerbenashaari. Boleh tengok aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh rakan bloger kelab ni. Serius happening! 

Jangan lupa terjah ye korang!!





FATIHAH FAZLIN@templatesyard