ASSALAMUALAIKUM.
Kerana Seringgit Manusia Biadap | Kenapa sanggup jadi begitu wahai manusia? Anda punya akal yang cerdik, kenapa mesti cetuskan perbalahan hanya kerana satu ringgit. Saya tak kisah anda siapa. Kalau hari ni anda profesor. Kalau hari ni anda pengarah. Kalau hari ni anda timbalan pengarah. Kalau hari ni anda doktor. Kalau hari ni anda cikgu. Kalau hari ni anda suri rumah. Kalau hari ni walaupun anda kerani, tapi kalau tiada budi bahasa, tiada adab sopan yang sepatutnya kita masyarakat timur miliki, jujur. Di mata orang lain anda tak lepas belajar darjah enam pun! Ilmu yang anda belajar setinggi langit tu tak berguna andai tak digunakan.
Sebuah kisah benar yang terjadi di depan mata penulis sendiri. Anda sebagai pembaca nilaikan.
Sedang penulis melangkah untuk berjalan balik dari kerja, datang seorang wanita, bersama anak dan suaminya. Lagak dan gaya wanita itu menyatakan memang dia bukan sembarangan orang. Penulis yang melihat pun dah rasa 'sesuatu'. Dia menuju ke kaunter pendaftaran pesakit setelah mengambil borang di kaunter Triage 1. Mungkin tak sihat. Demam atau sebagainya.
Si kerani di kaunter memberi senyuman. Meminta borang secara baik dan di suruh duduk. Dengan muka masam, tanpa sebarang senyuman atau terima kasih, wanita bergaya itu duduk. Siap meminta maklumat, si kerani meminta bayaran seringgit. Seperti biasa di hospital kerajaan memang kena bayar seringgit(warganegara) kalau datang ke kecemasan atau klinik pesakit luar.
Wanita bergaya itu bangun dan marah-marah tanpa menghiraukan patient lain yang sememangnya ramai. Mungkin dia tak perasan, ramai orang memerhatikan dia. Dan suami serta anaknya hanya diam. Dia menyatakan ketidakpuasan hati kenapa perlu bayar seringgit sedangkan suaminya adalah goverment servant? Dengan suara yang tinggi dia memarahi si kerani. Patutkah? Tidakkah dia sedar tindakannya itu hanya akan membuatkan orang sekeliling memandang rendah padanya?
Si kerani memjelaskan secara perlahan. Pihak hospital perlukan Surat dari jabatan tempat bekerja atau lebih sinonim dengan 'guarante letter' . Kat sini adakah diantara pembaca yang bekerja dengan kerajaan? Tahukah anda pasal GL ni?
Relevantkah membawa surat sekeping yang boleh diprint itu ketika anda sedang sakit tdan perlu berjumpa doktor secepatnya? Atau lebih baik anda datang ke kaunter senyap-senyap dan bayar? Juga bayaranya hanya Seringgit dan anda mampu. Terpulanglah pada anda. Anda boleh kalau nak bayar seringgit. Tapi kalau tidak, sediakanlah GL seperti yang telah digariskan dalam peraturan.
Tapi persoalan yang penulis nak tekankan di sini, perlukah kita marah-marah dan menengking hanya kerana seringgit. Dan kita sendiri tahu prosedur di jabatan kerajaan macam mana. Tak kisah di mana-mana jabatan sekalipun. Kena ada hitam putih! Nanti masalah lain pula yang timbul. Penulis pun boleh claim penulis adalah Setiausaha Kanan di salah sebuah jabatan kerajaan. Siapa pun boleh mendakwa dirinya begitu dan begini. Cakap mulut tidak mampu membuktikan siapa anda. Pada pandangan penulis, kalau kita mampu, bayar sahajalah..apalah sangat dengan seringgit itu kalau nak dipertikaikan.
Dan kita sebagai goverment servant, memang hak kita mendapat keistimewaan sebegitu rupa di mana-mana jabatan kerajaan. Tapi ada syaratnya juga. Ikutlah peraturan yang telah digariskan. Bukankan kalau kita memudahkan kerja orang lain, Allah akan memudahkan kerja kita. .
Penulis bukan siapa-siapa. Dan kisah ini bukan tujuan untuk mengaibkan. Malah untuk dijadikan pengajaran kita bersama.
Sekian.
Kerana wang manusia berubah
BalasPadamDah follow blog ini :)
http://syahirbasharuddin.blogspot.com/
Assalamualaikum Nik.. Akak datang melawat blog sponsor dari GA Mialiana..Hehe..^^,
BalasPadamMesti stress kerani kaunter tu kalau hari2 terpaksa mengadap patient macam tu.. Seringgit je pun.. Aduhaiii..
Rosmiza Ali Official Blog™
Ni dinamakan bodoh sombong....plus nak berlagak tak kena tempat...huhu
BalasPadamPendapat saya pula..tidak perlu menengking..tanya dgn sopan itu lebih baik kalo tak puas hati
BalasPadamrilek sudah... nak tengking setakat singgit.. adoi... cakap elok2! diri sendiri pun tak sakit hati
BalasPadamorang yang macam ni lah yang memburukan orang-orang yang kerja kerajaan. entah-entah dia ni yang jenis kerja makan gaji buta kot. haaaaa. kan dah skeptikal. lol!
BalasPadamjemput singgah blog okay! www.kaio.my
Alahai kesiannya kerani tu. Dan kenapa agaknya si suami x explain pd isteri dia pasal prosedur tu ye?
BalasPadamWww.mynutriqueen.com
dah biasa dah macam tu. Dari masuk pintu klinik nak belagak, sampailah jumpa doktor. Kadang2 dia pla mengajar apa nak buat. Kalau doktor kata tak perlu, sampai nak bergaduh. Tu belum lagi bab tak layak dapat MC. Semoga Allah lindung kita dari fitnah dunia
BalasPadamwww.fydanoh.com
Kalau suami die kerja gomen spptnya dia dh sedia maklum la.. hokaloh seringgit je pun xde nye jatuh miskin..
BalasPadamZaman sekarang ni, ramai yg suka berbicara tentang HAK daripada peranan. Kesian si kerani, tak pasal pasal kena marah walaupun dia just jalankan tugas je.
BalasPadamSalam ukhwah,
www.jurnalnutrisi.com