ASSALAMUALAIKUM.
Salam Isnin korang. Keseronokkan melanda bila cuti di hari isnin. Orang lain kerja/sekolah, nik landing menuju bulan. hahaha. *takyahjeles*
Salam Isnin korang. Keseronokkan melanda bila cuti di hari isnin. Orang lain kerja/sekolah, nik landing menuju bulan. hahaha. *takyahjeles*
![]() |
| Masalahnya ada ke yang baca? |
BLOG?
Ada ke orang baca blog personal ko? Sentap ambe bila kena tanya macam tu. Nak jawab macam mana eh kalau korang? Korang rasa blog nik ni, takde orang masuk baca ke?
Nik tak simpan ke hati soalan sindiran macam tu. Takpe. Sebab nawaitu nik menulis kerana nik minat. Di samping nak berkongsi apa-apa ilmu, yang nik tahu serba sikit. Ya, ambe BUKAN ustazah nak yang pandai segalanya, ambe ni manusia biasa. Tapi ambe dalam proses belajar sampai mati. Tak banyak, adalah sikit yang boleh dikongsi tu.
Orang tak baca? Mustahil kot. Memang tak ramai tapi ada. hehe
Setelah nik kaji(baca kat pelbagai blog), kalau nak blog kita sentiasa ada pembaca, kalau boleh tulis sesuatu entry yang bermanfaat dan evergreen.
Tajuk post pun memainkan peranan besar untuk menarik pembaca ke blog kita. Jadi, tak boleh letak sembarangan tajuk.




