Fatihah Fazlin

Jumaat, 17 April 2015

Ayam Masak Pedas Simple
Assalamualaikum...




Tetiba rasa rajin nak update entry, tapi blur nak update pasal apa. Bak kata otai, jangan biarkan blog bersarang. Jangan biar blog tak berisi. So, sekarang nak isilah. hehehe. Buka nak isi apa pun, just nak share resepi simple lagi senang dengan korang. Resepi Ayam Masak Pedas simple.

Sebelum ni, nik tak pandai pun nak masak Ayam Masak Pedas ni, tapi hari tu cuba buat, menjadi.. yeeehaa. Tapi masa tu tak terfikir pun nak snap gambar ke apa. Try kali ke dua buat Ayam Masak Pedas ni, baru terasa nak update kat blog. hehehe.. Idoklah sesedap mana. Tapi rasalah jugak ayam pedasnya. 

Meh nik share resepi Ayam Pedas yang nik buaat ye :)


Bahan bahan Ayam Masak Pedas:
8 ketul ayam di potong kecil - goreng separuh masak ye.
1sudu besar sos cili
1 cawan air
2 biji bawang besar - satu biji untuk dihiris dan satu lagi untuk dikisar
2 ulas bawang merah - untuk dikisar
2 ulas bawang putih - untuk dikisar
Halia - terpulang nak letak banyak mana - nik kisar je. hahaha
Serai - Sebatang cukuplah
8 tangkai cili kering -Untuk dikisar tapi sebelum tu rendam dengan air panas dulu.
1 biji tomato - belah 4 bahagian
Garam secukup rasa Gula secukup rasa- nik letak secubit je
Minyak masak

Cara cara nak  Ayam Masak Pedas:

Memula panaskan minyak dalam kuali dulu.Agak-agak minyak dah panas boleh start tumis semua bahan yang dah kita kisar tu. Nik kisar guna blander sampai lumat.  Lepas tu masukkan sos cili. Agak-agak minyak dah pecah, boleh masukkan ayam yang dah kita goreng separuh masak tu. -_-

Kacau rata.. Masukan air. Kalau kata nak kuah banyak, boleh masukkan air lebih la. Takdak hal. Ada orang suka letak santan, nak bagi kuah pekat kan? Tapi nik tak boh pun, buat simple simple je.. Lepas tu masukkan serai.

Biar masakan sampai pecah minyak. Masa tu dah boleh masukkan hirisan tomato, gila dan garam. Secukup rasalah. Bila dah dapat rasa Ayam Masak Merah, kira siap dah tu..:)
 
Senang kan? Rasa menyesal pulak tak belajar masak Ayam Masak Merah ni masa muda-muda dulu. hahaha




Khamis, 16 April 2015

Buah Hati ..

Assalamualaikum..

Attention Please !

Nak buat satu pengumuman penting ni. Harap korang bersabar dan terima dengan hati terbuka ya.:) hahahaha..

Nak bagitahu, nik ada buah hati baru. Hazama namanya.-___- 
Mesti ada yang meluat dengan entry berani mati ni kan? 



Jangan tengok buah hati ambe lama lama eh! 

Amaran LAGI.. Jangan tengok lama2 okeyy..


Biodata Ringkas Hazama

Nama Sebenar: Hazama Bin Ahmad Azmi

Nama Artis: Hazama

Tempat Asal: Keramat, Kuala Lumpur

Umur: 29 tahun

Pekerjaan: Artis, Model, Penyanyi, Pelajar UUM

Personaliti:Seorang yang peramah, ceria, kadang-kadang banyak cakap, senyum, pemarah dan nakal.


Haaaa... hazama nilah buah hati ambeee.. Okey dak? Kehkehkeh.. Macam mana boleh terjatuh hati dengan Hazama? Opsss. Sebenarnya bukan jatuh hati kat Hazama lah korang. Iolsss jatuh hati pada kemerduan dan kesedapan suaranya. 

Kisah bermula bila nik tengok AJL hari tulah. Hazama bertanding lagu Malaikat kan? Pergghh. Suara meremang bulu roma beb! So, nik decide, he will be my fav artis. Ceh. Sejak hari tulah nik start follow Hazama. Add semua akaun media sosial dia. Keh keh! 

Melting tahap ais kat padang pasir bila dengar lagu dia, terutamanya Lagu Relakan Jiwa. Perghhh.. Beratus kali dengar tak bosan. Makin nak debgar adalah! Berat nanang kan? 



Isnin, 13 April 2015

Seronoknya Dapat Cashout Nuffnang !
ASSALAMUALAIKUM.

Hi korang! ! Memasing mesti tengah sibuk kan? Almaklumlah hari isnin. Nik pun baru habis kerja, Jam 5 kejap lagi sambung OT. Ni fefiling nak rehatkan diri. Penat. Hahahaha. bukan merungut sangat, tapi dah namanya kerja dan buat kerja..memang penat la kan?

Haiihh.. Tajuk tu sesaja je berangan nak cashout akaun nuffnang. Berangan je dulu ni. Entah tahun bila boleh cashout nuffnang. RMnya masaih belum sampai ke satu tahap yang best untuk di cashout! hahaha. Nak beli Go Pro dengan tabungan nuffnang ni boleh dak? Agak-agak kena tunggu berapa lama lagi?





Nik kepilkan iklan yang masih on going kat akaun nuffnang nik. Humm.. korang kalau singgah sini tolong tolong la klik ye.. hehehehe:P Banyak iklan, tapi earning tak berapa nak laju.. kuikui.. 





FATIHAH FAZLIN@templatesyard