Fatihah Fazlin

Sabtu, 6 Februari 2016

Cuti-cuti CNY
Assalamualaikum..

Dah masuk hari sabtu dah ni.. mesti geng geng pantai timur terutamanya kelantan dah penuh mengisi jalan raya. Hahaha. Bestnya cuti panjang ye korang. 

Nik baru je dua minggu lepas balik kampung. Ni pun rasa nak balik lagi tapi tapiiiiii.. bila fikirkan kalau balik kampung paling tidak kena ada Rm100 untuk tiket bas.. wahhhh.. dengan brim tak lulus.. aihhhh.. delima betul. 

Hah.. korang balik kampung ke CNY ni.?? Beraya sakanlah cuti panjang kan.. hahaha. Nik... sekarang tengah tunggu officemate datang.. nak siapkan keje yang menimbun.. baru boleh cuti.. Opss.. walaupun tak dapat brim nak jugak balik kampung... hahaha.. Tumpang kereta kawan.. kehkeh. Tak sabar nak tunggu esok pagi.. 

Kalau cuti lagi panjang kan best.. boleh duduk lama-lama kat kampung.. Boleh pergi Bukit Keluang lagi.. 


Jumaat, 29 Januari 2016

Pentingnya give and take !
Assalamualaikum. 

Punya payah nak dapatkan mood untuk menulis kat blog ni.. Nasib esok cuti, so tido lambat pukul dua tiga pagi malam ni pun tak pa. Kan? 



Alkisahnya nik teringat kat seseorang kat tempat kerja lama nik. Nik kena mengaku kat sini that she was the best friend there.. Bila teringat kat dia.. tetiba teringat la kerajinan dia. Suka buat kerja remeh-remeh yang orang lain tak suka buat which is apa yang dia buat tu dah banyak memudahkan kerja rakan rakan yang lain. Thanks wei.. 

Lepas tu nik teringat pulak kat kawan yang tak berapa nak kawan.. yang nik dah lama kenal dalam 5 tahun macam tu. Wahai kawan nik tahu awak akan baca apa yang nik tulis ni nanti.. dan awak tahu nik nak cakap ni pasal awak.. hehehe. Awak manusia yang bertimbang rasa. 

*******

Give and Take !

Dalam sesuatu perhubungan.. tak kiralah hubungan sahabat.. hubungan percintaan.. hubungan perkahwinan.. hubungan kekeluargaan.. . GIVE AND TAKE ni amatlah penting.. awak hanya bagi.. tapi awak tak ambik. Ia akan jadi masalah nanti. Dan awak hanya ambik tapi awak tak memberi.. lagilah masalah besar. 

****

Jadi.. apa motif entry ni? Takde motif. Cuma teringat kat kawan kawan yang datang dan pergi silih berganti..  dan disesuaikan pula dengan perangai hamba Allah yang satu ni... yang pandai sepandainya bab bercakap tapi actionnya yillek. ! Then boleh pulak suruh kita GIVE AND TAKE. Bertolak ansurlah.. kita malas dah nak give and take apa benda tu semua. 

Bai. !

Rabu, 20 Januari 2016

Private Blog?
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bila korang dapat baca entry nik yang satu ni, maknanya blog picisan ni dah kembali normal. Untuk pengetahuan korang.. nik dah private blog nik ni untuk beberapa minggu. Kalau nak ikutkan sayang sangat, bagi nik apa gunanya ada blog kalau nak private kan.? Dah la bagi effect tak baik pada pageview. Keputusan yang nik buat ni susah sebenarnya. Tapi demi kebaikan dan keselamatan.. i have too.

Kenapa? Sebabnya hanya kerana sebuah kesilapan dari diri nik sendiri. Dan nik betul-betul mengaku tu memang silap nik dan sesekali tak akan menegakkan benang yang basah. Pada mereka yang mungkin one day baca apa yang nik tulis ni... nik minta maaf sepenuh hati.. Kalaulah mampu bayar balik apa yang nik buat.. sepenuh hati...nik minta maaf.. 

Selalunyakan korang.. kalau orang yang buat salah dengan kita.. payah jugak untuk kita maafkan.. mungkin makan masa.. mungkin juga tiada maaf.. yepp.. payahh.. sekali kita buat salah orang akan ingat sampai bila-bila. Kalau salah kita tu orang tak dapat terima.. maka jadilah dendam.. benci dan so on. Bila orang dah benci kat kita tu yang kita takut.. bila dah jadi dendam.. lagilah ngeri... itu yang terjadi.. dan ni pengalaman paling ngeri yang tak boleh lupa. 

Korang.. berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita buat. Jangan silap langkah. Jangan silap memilih. Fikirkan dulu semasak masaknya untuk buat keputusan terutamanya soal hati perasaan. Sebab hati kita kita tahu caranya.. tapi hati orang lain kita tak tahu. Sebelum buat sesuatu.. tolonggg.. berfikir semasaknya... tanya pendapat mak ayahhh.. terutamanya yang perempuan ni. Pendapat dorang jangan abaikan.. sebab kalau nasi dah jadi bubur... percayalah.. menangis air mata darah sekalipun.. kita tak akan dapat undur balik masa untuk ubah keputusan kita. Nak tak nak kena hadap. Stress. Tension.. akan jadi makanan harian. Mintak dijauhkan. 

Lagi satu.. media sosial.. memang mengerikan kalau disalahgunakan. Untuk korang gegadis.. elakkan letak gambar penuh di mana2 media sosial...kalau nak letak jugak.. letak gambar beramai-ramai yang kecik yang orang nak cam pun tak boleh. Bahaya korang ! ! ! Orang dah benci kita dia boleh buat apa sahaja dengan gambar kita tu. Pesan untuk korang... adik-adik perempuan korang.. sepupu sepapat... semualah ! For your/  their own sake. Cegah sebelum jadi ! Dan peringatan ni untuk empunya tulisan ni jugak yang sebelum ni tak pernah fikir side effect benda macam ni. Dan terlalu menyesal. 

So korang..sesama kita fikirkan baik buruk isi penulisan nik ni. Tak berniat nak buka pekung ke apa. Cuma nak kita sama sama beringat.

Terima kasih sudi baca.

Nik. 
Jan 16






FATIHAH FAZLIN@templatesyard