Private Blog? - Fatihah Fazlin

Rabu, 20 Januari 2016

Private Blog?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bila korang dapat baca entry nik yang satu ni, maknanya blog picisan ni dah kembali normal. Untuk pengetahuan korang.. nik dah private blog nik ni untuk beberapa minggu. Kalau nak ikutkan sayang sangat, bagi nik apa gunanya ada blog kalau nak private kan.? Dah la bagi effect tak baik pada pageview. Keputusan yang nik buat ni susah sebenarnya. Tapi demi kebaikan dan keselamatan.. i have too.

Kenapa? Sebabnya hanya kerana sebuah kesilapan dari diri nik sendiri. Dan nik betul-betul mengaku tu memang silap nik dan sesekali tak akan menegakkan benang yang basah. Pada mereka yang mungkin one day baca apa yang nik tulis ni... nik minta maaf sepenuh hati.. Kalaulah mampu bayar balik apa yang nik buat.. sepenuh hati...nik minta maaf.. 

Selalunyakan korang.. kalau orang yang buat salah dengan kita.. payah jugak untuk kita maafkan.. mungkin makan masa.. mungkin juga tiada maaf.. yepp.. payahh.. sekali kita buat salah orang akan ingat sampai bila-bila. Kalau salah kita tu orang tak dapat terima.. maka jadilah dendam.. benci dan so on. Bila orang dah benci kat kita tu yang kita takut.. bila dah jadi dendam.. lagilah ngeri... itu yang terjadi.. dan ni pengalaman paling ngeri yang tak boleh lupa. 

Korang.. berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita buat. Jangan silap langkah. Jangan silap memilih. Fikirkan dulu semasak masaknya untuk buat keputusan terutamanya soal hati perasaan. Sebab hati kita kita tahu caranya.. tapi hati orang lain kita tak tahu. Sebelum buat sesuatu.. tolonggg.. berfikir semasaknya... tanya pendapat mak ayahhh.. terutamanya yang perempuan ni. Pendapat dorang jangan abaikan.. sebab kalau nasi dah jadi bubur... percayalah.. menangis air mata darah sekalipun.. kita tak akan dapat undur balik masa untuk ubah keputusan kita. Nak tak nak kena hadap. Stress. Tension.. akan jadi makanan harian. Mintak dijauhkan. 

Lagi satu.. media sosial.. memang mengerikan kalau disalahgunakan. Untuk korang gegadis.. elakkan letak gambar penuh di mana2 media sosial...kalau nak letak jugak.. letak gambar beramai-ramai yang kecik yang orang nak cam pun tak boleh. Bahaya korang ! ! ! Orang dah benci kita dia boleh buat apa sahaja dengan gambar kita tu. Pesan untuk korang... adik-adik perempuan korang.. sepupu sepapat... semualah ! For your/  their own sake. Cegah sebelum jadi ! Dan peringatan ni untuk empunya tulisan ni jugak yang sebelum ni tak pernah fikir side effect benda macam ni. Dan terlalu menyesal. 

So korang..sesama kita fikirkan baik buruk isi penulisan nik ni. Tak berniat nak buka pekung ke apa. Cuma nak kita sama sama beringat.

Terima kasih sudi baca.

Nik. 
Jan 16






3 ulasan:

  1. btw nik, saya suka blog awak. sebab simple tapi cantik sgt. tak serabut. jgn giveup tau

    BalasPadam
  2. salam nik...dah lama tak dengar kaba nik.tetibe ase nak bc blog nik.hehe
    teringat dulu2, nik cakap suka sangat tulis blog.sampai sanggup duk ngadap lappy tuk godek2 blog.kalau lah mse tu kak pom turut sama blaja.kan dah hebat sekarang..kihkihkih
    ni masih lagi duk kapai2 tak tau bnde :)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard