Fatihah Fazlin

Isnin, 16 Mei 2016

Pengalaman ajar kenal dunia
Assalamualaikum..


Payah nau nak buka dashbord blog. Dulu hari hari duk buka fikir nak tulis apa
 Tapi sekarang dah jadi mcm lain pulak. Faktor umurlah kot kan? Korang macam mana.? Okey ke dengan blog masing2? Ke ada macam nik jugak, dah terfikir nak resign? Wakakak.. mohon jangan!



Banyak benda dah berlaku sepanjang dekat 9 bulan nik berhijrah kat bumi Selangor ni. Dan boleh dikatakan semuanya tough enough untuk dihadam. Fikiran pun jadi bling bling untuk beberapa ketika. Hahaha. Tak sangaka banyak betul dugaan kat sini. Dari utara selatan timur barat... semua dalam satu masa menghempap. Tapi still lagi under control orang kata. 

Dan rasanya orang lain kena lebih teruk lagilah kot.. rilek je depa nik tengok. Nik pun dok belajar jadi lebih rilex dan matang. In  case datang lagi ribut taufan ke...kena banyak cool... malas dah rasanya nak melenting bagai macam sebelum ni. Yaaa. Pengalaman mendewasakan kita. Lagi banyak pengalaman lagi banyak kita akan rasa kita kebudakkan. Lagi banyak pengalaman, lagi senang kita nak hadapi situasi. Setuju? 

Yang penting kena banyak banyak tanam sabar kat hati. Kalau hilang sabar tu, dunia boleh terbalik. Kan?  


Jumaat, 6 Mei 2016

Aku gila steamboat & grill.
Assalamualaikum.

Hai korang. Sedang berkursus sekarang ni. Haha. Tapi sempatlah jugak nak update blog. Mengantuk weeei. Bwt, hari selasa hari tu sempat nik melepaskan hajat yang telah sekian lama terpendam. Gigih okey. !








Nak makan steamboat & grill katanyaa.. tapi susah nau nak dapatkan steamboat kat hulu selangor ni. Duk google cari.. ada kat bukit sentosa.. tapi bila pergi tempatnya.. tak jumpa pun kedai steamboat tu. Keciwaaa.. pernah juga nik cari kedai steamboat kat rawang.. kat google kata adalah satu kedai kat tesco rawang.. tapi tak jumpa jugak. Kecewa jugak. 

Semalam, dek kerana teringin sangat nak makan steambot and grill, nik gigih google sekali lagi. Sampaikan cari kat insta. Gigih cari melalui hashtag.  haahaha. Nampak tak kegunaan # ni? Akhirnya jumpa la satu #steambotkalumpang . Nik apalagi usha ka profile semua igers yang berhashtagkan #steamboatkalumpang tu. Kebayakkan gambar dorang masih baru. Means kedai tu masih ada di alam nyata. HAHAHA. 


Tunggu apa lagi kan, kedai dah jumpa, pastu tak jauh dari tempat nik dalam 15km je atau lebih dekat, nik terus peceut ajak si kawan pergi. Alhamdulillah.. pencarian berakhir.. Dengan bantuan waze nik akhirnya bertemu dengan restoren steamboat and grill kat kalumpang tu. Dan makanlah nik dengan jayanya. Nikmat hidup! Syukur. 

Lepas ni kalau nak makan lagi, nak pergi situ je. Harga berbaloi dengan apa yang disediakan(buffet).  Suasana pun okey. Pelayan pun takdelah kerek ke apa ke. 


p/s: Entry ni dh lebih seminggu di simpan dalam draf. Baru teringat nak publish. Sibuk bak hang. 

Jumaat, 15 April 2016

Di amaran mama by Hazama !
Assalamualaikum. 

Maap..


Hello korang. Esok cuti dah yeaay !! Nak ot tak boleh sebab start petang ni sampailah ahad.. server down katanya. Tak pelah. I can rest and rest and rest. Gituhhh.  

Sebenarnya.. dalam dua ke tiga minggu ni nik duk dengar kat radio ofis yang dorang duk pasang. Satu lagi ni best gila dengar. First time dengar  hari tu. Eh.. lagu apa ni? Suara macam penyanyi fav kita.. hazama. Eh.. takkan lah hazama nyanyi lagu gini.. gitulah nik punya monolog. 

Tak puas hati nik google..haaa. memag tepat dah betul dan clever girl lah. Memang Hazama yang nyanyi. Di Amaran Mama. Dah jatuh cinta dengan lagu ni. Duk buka youtube 10 kali dengar tak bosan. Haaa. Gigih.  *jangan nanti ada yang kata lagu merapu boleh dengar... ceramah agama tak nak. 

Eh hellooo.. kita nak buat benda elok tak bagitahu orang pun tak pe kot. Haha. Yang penting dont judge a book by its cover. Okeyh? Tengok.. nik dah merapu dah.  Tujuan sebenar dah lari.  

Nah lirik Di Amaran Mama By Hazama untuk korang. Ye. Sama-sama😛

Lirik Lagu Di Amaran Mama – Hazama

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang

Mamaku kata lagi
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang

Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi

Tanpa aku sangka
Kau di depan mata
Menyambut hatiku terbang pergi

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya


Okey.  Siapa minat lagu ni kita geng. Siapa minat lagu lagu hazama. Kita lagi geng. Hehehe. 

Bye !

FATIHAH FAZLIN@templatesyard