Fatihah Fazlin

Khamis, 27 Januari 2022

Try Queen Manggo, sedap ke tak?


Hi. 


Lama dah dok usya  stall Jus Mangga tepi jalan ni. Stall Queen Manggo. Tapi takut nak try sebab nik jenis tak suka buah mangga dijadikan air atau jus. Makan buah gitu je yang sedap. 


Sebab teringin sangat nak rasa kan, balik kerja tadi nik singgahlah kejap. Nak merasa sangat-sangat dah tekak pun, dengan cuaca panas lagi. Rasa macam syok je kalau dapat minum sejuk-sejuk.


Inilah rupanya Queen Maggo tu. Nik beli bekas kecil.



Nik beli cup kecil je. Untuk rasa dulu. Kalau sedap nanti beli yang besar pualk. So dari segi rasa bagi nik kureng sikit. Manggo banyak, aiskrim pun dalam kuantiti yang okey, cuma bagi nik kalau dia tambah susu ke sikit bagi rasa lemak gitu, akan lagi sedap.

Harga pulak hanya RM4 sahaja. Buah mangga kan mahal. Mungkin kalau dia letak susu nik akan beli lagi. hehehe





Selasa, 25 Januari 2022

Pengalaman Bersalin Anak Pertama, Part 2

Assalamualaikum.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama, Part 2 | Fuh.. Lama sungguh nak siapkan entry bersalin Part 2 ni. Anis Farhana anak ibu pun tahun ni dah nak masuk 4 tahun. Bulan 3 nanti dah nak sekolah dah. Punyalah peram kat draf tu.  Dah taip lama dah sebenarnya, tapi ada part-part yang nik rasa tak sesuai, lepas tu nak edit tu yang malas. Tak sampai seru orang kata.  Ni nik dah finalise ni, okey dah kot. Selamat membaca korang. :)


KENANGAN BERANAKAN ANIS FARHANA

Gambar terbaru anis farhana, 3 tahun 5 bulan. 


Pengalaman Bersalin Anak Pertama, Part 2


Tepat jam 9.10pm Anis Farhana keluar dari perut ibu. Tung tangtung tang, papa anis iqamatkan ambik gambar sekeping dua yang mana kena tegur dek misi.. haha. mana boleh ambik gambar @ video kat hospital kerajaan kan. 

Dari awal yang bersalinkan anis adalah nurse baju biru(sister). Ada dua orang dalam bilik bersalin tu. Nik dah lega dah anis keluar, rasa macam dah settle hutang dah. hahaha. 

Tapi part nak keluarkan uri pulak jadi masalah sampaikan kena bawak ke hospital berpakar. 

Sister cuba nak keluarkan uri secara biasa, which is urut urut sikit bahagian perut. lepastu tarik tali pusat yang teringgal. 

Nak dijadikan cerita, uri terlekat takleh nak bwak keluar. Sister panggil doktor. Tapi doktor pun tak leh buat jugak masa tu.  Diseluk oleh misi dan doktor hidup-hidup masa tu.

Kena Transfer ke Hospital Lain


Mungkin dalam setengah jam, terus dorang decide nak refer nik ke hospital berpakar. Agak jauh ye, dalam 45minit perjalanan biasa. Tapi nik naik ambulanslah. Terhuyung hayang atas ambulan tu. fuhhh. Baby masa tu doktor pegangkan. Korang bayangkanlah, kan waktu ni raya haji ke dua, ramai yang dah otw nak balik ke Selangor/Kl. Jalan memang sesak habis suami nik bagitau. NIk sendiri pulak tak perasan berapa lama atas ambulan. Tau tau sampai.

Dah sampai tu, terus dibawa masuk kecemasan(ED)/LR. Yang sebenarnya nik sendiri tak tahu nik kat department mana masa tu. Yang pasti, semua orang sibuk dan kecoh. Nik dikelilingi ramai giler misi dan 3 orang doktor. 

Doktor yang paling senior(nik rasa dan paling garang dengan HOnya)memcuba seluk sekali lagi..dua kali lagi.. kali ketiga nik meraung. Sakitnya Allah je yang tahu. Lebih sakit dari beranak tadi. Lepas tu doktor decide nak bius. Sebelum bius, nik ditambah 1 beg darah, kena dimasukan air. 

Nik redha jela masa tu, punyalah sakit doktor sorang tu nak cucuk masa nak masuk darah. Uri pun nak tak nak, kena keluarkan sebab akan ada masalah lain lagi kalau tak bawak keluar. 

Lepas kena bius, nik dah sedar apa-apa dah. Anak pun nik tak tahu dorang letak kat mana. Tau-tau pukul 1 atau 2 pagi, nik tersedar semua sebab dengar baby menangis. Dalam hati, "eh tu macam suara baby aku". Naluri mak mak kan, walaupun dengar suara baby sekali je masa keluar, tapi boleh rasa. Mintak dengan staf situ nak tengok anak. masa tu masih di tempat yang sama. Dia bawak anak nik duduk atas dada. Seronoknya dapat pegang anak. Allah saje yang tahu rasa seronok masa tu. 

Nurse tu baik je, dia ajarkan nik menyusu, ajar nik cara nak letak baby kat sisi untuk menyusu. Baby pun dah dapat susu terus senyap. Walaupun nik tahu, susu tak keluar pun masa tu. 

Pagi dalam 7am, nik gagahkan diri bangun dan bersihkan badan, pun ada misi tolong. Toilet ada tak jauh pun.

Alhamdulillah Baby pun okey.


Lepastu, nik dibawa ke wad dengan kerusi roda. Alhamdulillah semua dah okey masa tu walaupun rasa sakit sangat. Susu pun kurang, panggil mak sedara urutkan kat hospital tu jugak. hahahhaa. tak menyabar ye. Cuma baby kena kuning sikit, dan kena tinggal dalam 3 hari kat wad. Yang lain-lain semuanya ok. Alhamdulillah. 


TAMAT. HAHAHAHAH


Baca part 1 kat  ->  Pengalaman bersalin part 1

Isnin, 17 Januari 2022

Rumah idaman ke tu...

 Assalamualaikum.


RUMAH IDAMAN KU 2022 GITEWWWWW..


Korang mesti ada rumah idaman masing-masing kan? Nik dulu-dulu teringin nak duduk rumah tinggi, ala macam kat KL tu..apartment ke, condo ke. hahaha. Nampak macam seronok je walaupun tak sedar yang diri ni gayat! 


Tapi pendamkan jelah hasrat nak duduk rumah atas awan ni, kat tempat nik duduk ni semua duduk atas tanah. hehehe. Takde pemaju buat rumah atas awan kat sini. Kita berangan dululah. Tak pun kuburkan terus. hahaha


Nik ada banyak reka bentuk rumah yang nik suka sangat. Dah save siap-siap kat fon incase ada rezeki nanti nak bina rumah sendiri. Amin. Insyaallah. Berangan takyah bayar kan?  Kalau ikutkan nik lebih suka rumah rumah ala-ala orang putih, lebih tepat lagi mordern farmhouse. Nik suka sangat! Cuma dah kita kat malaysia ni kena ikut cuaca dan keadaan sinila. 


Lima gambar pertama ni antara design mordern farmhouse omputeh yang nik berkenan sangattttt. Design ni nampak simple dan kemas bagi ni, tak banyak kerugian ruang kalau macam ni. Combination colour pulak, just two colour. Hitam dan putih / dark grey dan putih. Tak kisahlah putih macam mana, tapi kalau gabung dengan hitam ni, konfirm orang lalu dua kali toleh. ehhhh. *Ni mesti buat rumah nak menunjuk ni.*

Comey toksoh royak la. Kalu ado pitih buat selaluh.

Kecik macam ni cukuplah kan. Untuk 3 4 orang tido. Walaupun malaysia panas tetap jugak nak salji malji. Sekali lagi berangan itu percuma. Kenapalah diperhatikan salji tu, sedangkan design rumah tu fokus utama.


Cermin sebesar alam ni buat senang takut je sebenarnya, Yelah kat Malaysia kan banyak hantu. Kang berkelibat sikit terus pindah rumah. Tapi semestinya rumah jadi terang benderang. Jimat letrik takyah on lampu.


Ruang masuk cantik macam ni mesti rasa nak duduk rumah je kan.


Ini pun simple. Tapi nik berkenan dengan entrance dia tu. Tak perlu pintu besar-besar sampai atap pun kan? Tapi lain orang lain citarasa. Ada sesetengah orang suka rumah yang lebih kemelayuan. Ada orang suka yang morden petak-petak tu. Ada yang lebih suka design rumah thai. 


Gambar-gambar rumah kat bawah ni pulak, design yang nik berkenan yang ada kat Malaysia. Nik save banyak design rumah kat hp so tak de link untuk bagitahu sumber gambar. Sorry. Tapi kebanyakan rumah-rumah ni viral kat fb sebab cantiklah. Memang cantik pun kan?

 
Rumah ni nampak dari luar pun dah besar, luas.  Warna warna kegemaran sangat ni.



Ni lukisan 3d kontraktor, mungkin sekarang dah siap kot kot tuan rumah dah masuk. Inspired dari design farmhouse jugak ni nik rasa. Ada vibe dia kat situ.

Ni hari tu viral rumah ala-ala farmhouse. Kalau korang terbaca tak silap owner dia share interior design lagi. Memang cantiklah. 
Lari sikit dari tema farmhouse untuk rumah ni. Banyak design morden gini kat Malaysia dah kan? Nik kenan jugak. Simple je. Tapi warna cat akan main peranan sangat. 

Umur dah nak masuk 30 dah ni, tapi takde rumah lagi.. hemmm. okey ke tak okey? Ada orang risau umur dah makin lanjut tapi masih belum memiliki rumah lagi. Ada orang rilek-rilek je. Bagi nik, ukur baju kat badan sendiri je. Hanya kita yang tahu kemampuan diri kita. Hanya kita yang bersusah payah untuk diri kita. So tak perlu nak memberatkan fikiran atau tertekan dengan benda macam ni. 


Harap-harap tak lama lagi tercapailah impian nik nak ada rumah kecil sendiri nanti.  Insyaallah. Amin. Korang doakan jugak tau. hehe.


FATIHAH FAZLIN@templatesyard