ASSALAMUALAIKUM.
Jeruk Mangga Asam Boi Menjadi Viral di seluruh negara. Semua orang asyik bercerita pasal Mangga Asam Boi ni. Kat tempat kerja nik pun tak terkecuali. Siap ada yang nak order kat seller internet. Fuh.. laris terlajak lariss ni!
Amacam.. kalau terasa nak makan buat je tau. Kalau beli macam tak berbaloi. Tapi kalau takde mangga memang kena order dengan orang la.
Nik macam biasa.. sentiasa tertinggal kereta api. Orang dah puas makan baru nik nak cuba Jeruk Mangga Asam Boi ni. Nak tahu la jugak sedap setara mana rasanya. Kat sana sini orang duk pung pang bagitahu sedap tu. Ambe nak la try test jugak.
Dengan tekadnya, nik ajak kawan nik pergi ke Pasar Philipine kat KK tu semata mata nak beli mangga dan lada burung nak buat Mangga Asam Boi. Fuh.. duk menaip pun kecur air liur. Jangan tak tahu, nik ni hantu asam. Yang masam-masam semua nik telan. Rilek and steady katanya adik bongsu. Hehhehe
Dah lengkap semua barang.. Apa lagi.. mulakan prosesnya la. Tak susah pun nak buat mangga asam boi ni korang. Campak-campak. Done! Tapi kena sedia kan barang-barangnya la. So korang kena ada:
MANGGA
ASAM BOI PUTIH
LADA BURUNG
GULA GARAM
Tu je. Resepi mangga asam boi ni paling simple dan senang la nak buat. Nak bubuh banyak mana?? Terpulang. Kalau nak masin boh la 5 sudu garam. Errrrrr?????!?!??!?! Secukup rasa la korang. Siap semua masukkan dalam peti ais. Then. JERUK MANGGA ASAM BOI korang SIAPP!! Kalau nak resepi yang kebabom sila rujuk entry blogger ni.
hehehe.
Selamat mencuba.. ^_^



