ASSALAMUALAIKUM.
Selamat pagi korang. Hari ni rasa panjang sangat. Mungkin sebab hari ni nik dapat off day kot. Best juga cuti hari Jumaat. Boleh spend masa untuk perkara perkara lain..
Tak lupa juga, nik cuba blogwalking habis habisan hari ni. Nik singgah mana-mana blog yang jumpa samaada di bloglist nik sendiri atau bloglist rakan-rakan blogger yang lain. Hajat di hati nak join GA, tapi biasalah kalau dah update blog pun guna smartphone, nak join GA pun tak de semangat. Dengan linenya yang slow macam kura-kura sakit kaki.. huhhh.. sabo jela.
Entry ni sebenarnya entry penghargaan kepada semua mereka yang sudi menjadi follower blog suam suam kuku nik ni. Alhamdulillah.. dan Terima kasih kepada korang semua yang sudih menyinggah dan meninggalkan komen tanpa jemu. Terima kasih daun keladi ye korang. Mana-mana yang komen, insyallah nik akan berkunjung balik ke blog korang.
Banyak benda baru nik belajar sepanjang nik libatkan diri dalam dunia blog ni. Nik kenal macam-macam peel manusia yang pelbagai. Apapun nik nak ucapkan terima kasih pada blogger ihaveasweetsmile.blogspot.com kerana sudi menjadi follower blog nik yang ke 1111.. ehehehe.. terima kasih ye awak. Terima kasih semua.
Sekian.
Salam sayang..
following a blog like building a new friendship.. ^_^ salam perkenalan jua..
BalasPadamYup.. setujuu... salam kenal juga Anil.. :)
PadamTahniah ;D
BalasPadamThank you sis sally... :)
Padam