Pasca Banjir di Gua Musang, Kelantan - Fatihah Fazlin

Jumaat, 16 Januari 2015

Pasca Banjir di Gua Musang, Kelantan

ASSALAMUALAIKUM.

Dah dua minggu rasanya banjir besar melanda negeri Pantai Timur berlalu. Terlalu banyak gambar-gambar banjir yang menyayat hati di kongsi di media sosial. Kalau buka facebook, memang scroll sampai ke bawah hanya gambar situasi banjir je. Memang menyayat hati. Sebak tak terkata. Teruk dan memang sukar nak terima. Tapi dah ketentuan Allah. Nak tak nak, benda dah berlaku dan kita tak mampu nak elak. 

Banjir Pantai Timur kali ni memang mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Tidak terkecuali beberapa negara luar/jiran yang turut memberi bantuan dan sumbangan. Nik sebagai anak kelantan, turut merasakan keperitan mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk. Macam yang nik katakan semasa banjir tengah teruk melanda hari tu, ramai juga kenalan dan saudara mara nik yang turut kehilangan harta benda semasa banjir kali ni. 

Menurut kata mak, rumah bapa saudara nik di Tanah Merah lumpurnya sampai ke buku lali. Seminggu proses membersihkan rumah dijalankan. Alhamdulillah rumah masih elok tapi kebanyakan perabot musnah. Nik tahu, payah untuk mangsa mangsa banjir bangkit balik... terutamanya bagi yang rumah mereka "total lost". Tapi, insyaallah mereka mampu untuk hadapi semua ni. 

Sini nik kongsikan beberapa gambar Pasca Banjir kiriman kawan nik di Gua Musang. Gambar terbaru yang dia ambil di area sana. 

















Bila tengok gambar, nik tak dapat bayangkan macam mana keadaan semasa banjir. Juga keadaan selepas air surut. Apapun..harap semua mereka mangsa banjir bertabah dengan apa yang berlaku. Insyallah ada hikmah di sebalik bencana alam yang berlaku ni. Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada yang sudi membantu menjadi sukarelawan dan menderma barang serta wang ringgit. Bila terjadi musibah sebegini; baru nik sedar yang rakyat Malaysia masih ramai yang berhati mulia dan pemurah. Hanya Allah yang mampu balas jasa baik kalian semua.



4 ulasan:

  1. jalan raya pun sampai retak oo..huhu..

    BalasPadam
  2. Allah...dh nmpk mcm tsunami kt Acheh dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. kita doakan yang terbaik utk mereka.. nik pun sedih tgok gambar2 ni..

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard